Kesatuan Kastam: Bersihkan nama Sarbani, jangan dakwa ‘bunuh diri’
Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.
Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”
“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak
“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.
“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.
Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.
Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.
“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.
Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin.
Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.
Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.
Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.
Ulasan GB
Adalah sesuatu yang tidak wajar apabila seorang Perdana Menteri membuat kenyataan bersandarkan maklumat yang dibekalkan oleh SPRM dan kemudian menghebahkannya sekalipun maklumat itu sendiri belum disemak dan belum diketahui benar atau tidaknya.
"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.
"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri...
SPRM akan melakukan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan "maruah" mereka seperti mereka telah melakukan di dalam kes Teoh Beng Hock. Tidak mahu mempersalahkan mana-mana pegawainya tetapi sebaliknya pada hari pertama kejadian lagi sudah menuduh Teoh Beng Hock terjun membunuh diri.
Dan kini cara sama dilakukan terhadap kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.
Very disappointing.

PM Arah Siasatan Rapi Kes Pegawai Kastam Mati Di Bangunan SPRM
Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional berhubung kes seorang pegawai Kastam yang ditemui mati di bangunan SPRM Kuala Lumpur pada Rabu.
Perdana Menteri berkata ia perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56.
"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.
"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan dan menyerahkan Sirim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong dekat sini Khamis.
Najib berkata beliau berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.
Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini.
Najib berkata kes itu berbeza dengan kes Teoh kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM.
Ditanya apakah perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu seperti dalam kes Teoh, Najib berkata biarlah polis menyiasat perkara itu terlebih dahulu.
Beliau berkata tindakan SPRM melakukan siasatan adalah bagi menyelamatkan wang negara kerana ia adalah sesuatu yang serius.
"Kerajaan nak bersihkan Kastam dan jimatkan wang rakyat. Jika dapat berkas orang yang terlibat, yang untung adalah rakyat. Tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.
"Kita mesti ingat tujuan siasatan itu dilakukan untuk menjimatkan wang rakyat dan (penyelewengan) dah berlaku bertahun-tahun. Ia mesti dihentikan dan (pihak bertanggungjawab) diberkas sama sekali," katanya.
Perdana Menteri berkata mungkin ada sedikit gangguan dalam tugas SPRM berikutan kejadian seperti itu sudah dua kali berlaku tetapi ia perlu diteruskan demi kebaikan rakyat.
"Tindakan ini boleh jimatkan banyak hasil negara. Bila hasil negara bertambah, boleh buat banyak program untuk rakyat," kata Najib.
-- BERNAMA
Ulasan GB
Adalah sesuatu yang tidak wajar apabila seorang Perdana Menteri membuat kenyataan bersandarkan maklumat yang dibekalkan oleh SPRM dan kemudian menghebahkannya sekalipun maklumat itu sendiri belum disemak dan belum diketahui benar atau tidaknya.
"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.
"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri...
SPRM akan melakukan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan "maruah" mereka seperti mereka telah melakukan di dalam kes Teoh Beng Hock. Tidak mahu mempersalahkan mana-mana pegawainya tetapi sebaliknya pada hari pertama kejadian lagi sudah menuduh Teoh Beng Hock terjun membunuh diri.
Dan kini cara sama dilakukan terhadap kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.
Very disappointing.
3 ulasan:
Sekiranya berlaku kemalangan atau kematian pada mana mana premis maka tuan punya premis perlu bertanggong jawab - OSHE
kerajaan najib... baling batu sembunyi tangan
SELAGI UMNO BERKUASA SELAGI ITULAH NYAWA RAKYAT DIBUAT SEPERTI NYAWA UDANG YG DIBUAT PANCING SIAKAP KOLAM?
KALAU NAK TENGOK KEADILAN DITEGAKKAN...PASTIKAN UMNO DIKUBURKAN & PAKATAN RAKYAT HARUS SAMPAI DI PUTRAJAYA.
LIHAT SAJA....3 LAHANAT YG TAYANGKAN VIDEO LUCAH SAMPAI SEKARANG TAK DITAHAN...MASIH BEBAS...INI SEMUA KERANA POLIS, MEDIA & PHK BERKUASA DIBAWAH KUASA UMNO.
3 LAHANAT PUN ORG UMNO DAN KRONI??? LIHAT SAJA PADA ORG CINA YG TOLONG ANAK MELAYU DIROGOL....AKHIRNYA ORG CINA TERSEBUT TERPENJARA.
ORG UMNO BOLEH SENYUM...TAPI TUNGGULAH ANAK2 AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH PULA TERJADI KES SEDEMIKIAN.
Catat Ulasan