9 Apr 2011

Bangunan Bertingkat-tingkat SPRM Tidak Lagi Selamat?

Kerajaan Diminta Pastikan Bilik Soal Siasat SPRM Dilengkapi Sistem Pengawasan Penuh

Bekas pengerusi sebuah daripada lima panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan memastikan semua bilik soal siasat di pejabat SPRM mempunyai sistem pengawasan serba lengkap. Illustrasi FMT

Tan Sri Ramon Navaratnam, bekas pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, menggesa agar bilik berkenaan dipasang dengan kamera televisyen litar tertutup (CCTV), manakala tingkap premis suruhanjaya itu pula mempunyai penghadang.

Langkah segera juga perlu diambil untuk melatih semula para pegawai penyiasat tentang prosedur operasi standard, katanya bagi mengulas kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, yang mayatnya ditemui di gelanggang badminton pejabat SPRM di sini, Rabu lalu.

"Kerajaan akan mendapat sokongan meluas daripada orang ramai sekiranya ia segera memenuhi permintaan kira-kira 75 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, Navaratnam, tidak bersetuju dengan gesaan pihak tertentu agar pengerusi suruhanjaya itu Datuk Seri Abu Kassim Mohamed meletakkan jawatan berikutan kejadian tersebut.

"Sebaliknya, kita perlu beri sokongan penuh kepada beliau untuk memperbetulkan keadaan dalam SPRM dengan secepat mungkin," katanya serta mencadangkan agar SPRM dirombak sepenuhnya untuk memenuhi harapan orang ramai yang ingin melihatnya memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. -- BERNAMA


Soal siasat SPRM hanya di aras bawah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan kesemua sesi soal siasat saksi dan suspek hanya akan dijalankan di aras bawah premis agensi antirasuah itu bagi mengelakkan insiden kematian membabitkan saksi dan suspek.

Bagi negeri yang tidak mempunyai aras bawah iaitu pejabat yang disewa, pengurusan masing-masing perlu mengambil langkah keselamatan yang maksimum.

Keputusan itu dibuat ekoran kematian dua saksi dan suspek yang disiasat SPRM dalam dua tahun ini.

Pada Julai 2009, bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati ketika berada dalam siasatan suruhanjaya itu di Shah Alam.

Pagi kelmarin, Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed pula ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini.

Pada sidang media di Putrajaya petang ini, Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar mengarahkan Bahagian Keselamatan mengambil langkah maksimum di mana tertuduh hendaklah selesai ditemu duga di aras bawah sahaja.

Mesej Twitter SPRM memetik Zakaria ketika menjawab soalan wartawan berkata, tindakan tatatertib yang boleh dikenakan terhadap pegawai SPRM adalah dibuang kerja atau minimum amaran.

“Arahan Tetap Ketua Pesuruhjaya ini adalah dokumen terperingkat untuk kegunaan setiap pegawai SPRM,” kata beliau.

Jelas beliau, di bawah arahan itu saksi dan suspek hanya dibenar bawa masuk ke pejabat sehingga ruang tetamu sahaja.

Zakaria memberitahu, arahan itu memerlukan semua pegawai, pengarah dan staf tidak membawa “pelawat naik” ke pejabat mereka.

Zakaria menjelaskan “Arahan Tetap Ketua Pengarah dan garis panduan termasuk prosedur reman, kendali saksi dan lain-lain tugas.”

“SPRM adalah satu badan yang ambil berat keselamatan pelawat dan disiplin pegawai,” katanya pada sidang media mengenai keselamatan pejabat SPRM.

Malah kata beliau, setiap pengarah bahagian dan negeri dan pegawai perlu mengetahui arahan tetap itu ketika melaksanakan tugasan masing-masing.

Semalam, SPRM mengumumkan bahawa pihaknya telah menahan kerja dua pegawainya ekoran insiden pegawai Kastam ditemui mati di premis pejabat agensi itu di sini.

Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu.

Pagi kelmarin, Ahmad Sarbani ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. -TMI


Ulasan GB

Berjuta wang rakyat digunakan untuk membina bangunan SPRM bertingkat-tingkat. Tiba-tiba ia dicemari dengan insiden kematian demi kematian.

Jika seorang meninggal dunia dituduh "membunuh diri" di situ, mungkin ada yang menerimanya, tetapi apabila berlaku kejadian kedua dengan kaedah yang sama (mungkin tak meinggalkan kesan lagi di tingkap?) maka teori itu sudah tidak boleh diterimapakai lagi.

Ia juga memberi petunjuk seolah-olah mengesahkan hasil siasatan ahli patologi Dr.Pornthip di dalam kes Teoh Beng Hock sebagai benar.

Dan jika di tingkat bawah saja hendak dijadikan tempat soal-siasat, jangan pula tingkat atas digunakan oleh pegawai SPRM untuk melakukan kerja-kerja maksian memuat turun bahan-bahan porno sewaktu bertugas.

Satu hal yang aneh, mengapa tingkap-tingkap bangunan SPRM tidak bergrill? Bukankah ia memudahkan juga orang membunuh diri atau dicampakkan keluar atau memudahkan penyamun untuk panjat dan melarikan fail-fail siasatan?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudahnya .....jangan ada mati jatuh longkang masa disoal siasat di tingkat bawah pulak. Kalau berlaku juga memang SPRM ganasssssssssss. Namun kematian mangsa harus dibela sebab beliau belum didapati bersalah dalam mana-mana pertuduhan.

Ila manzui berkata...

Elok la lepas ni SPRM pi turun padang dan buat soal siasat di kawasan tertuduh, kalau yang Islam buat di masjid, kalau tak pun buat di dalam lubang kubur, letak la dua kerusi.... moga semua insaf.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang kita lihat cadangan untuk SPRM menjalankan tugas adalah satu cadangan bodoh dan memperbodohkan.

1. Semua bilik soal siasat di pejabat SPRM mempunyai sistem pengawasan serba lengkap. Illustrasi FMT.

2. Tingkap premis suruhanjaya mempunyai penghadang.

3. Kesemua sesi soal siasat saksi dan suspek hanya akan dijalankan di aras bawah premis agensi antirasuah itu bagi mengelakkan insiden kematian membabitkan saksi dan suspek.

4. Bagi negeri yang tidak mempunyai aras bawah iaitu pejabat yang disewa, pengurusan masing-masing perlu mengambil langkah keselamatan yang maksimum...?

Sebenarnya pekara diatas tidak penting tapi persoalannya mengapa saksi yang disasat boleh mati dalam keadaan terjun bangunan ? Ini yang perlu dijawab secara jelas dan benar.

Pegawai SPRM mana sebenarnya yang telah menelan rasuah sehingga sanggup mengugut dan membunuh saksi?

Persepsi kita mengatakan bahawa SEMUA pengawai SPRM adalah orang yang bersalah kerana telah bertindak melampaui batas tugas dan tidak boleh dipercayai.

Untuk memperbetulkan keadaan SPRM, SPR, POLIS, PEGUAM NEGARA, dan HAKIM, rakyat kena bersatu tumbangkan pemerintahan kerajaan BN dan digantikan kerajaan baru yang lebih adil dan fleksibel.

Jika kita tidak tumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya ke 13, mereka akan menyiksa rakyat seperti ini untuk 5 tahun lagi. Anda sanggup ?

Tanpa Nama berkata...

suh sprm buat soalsiasat kt padang bola di sekolah...terbuka dan confirm kalau terjatuh pun...paling tidak..calar je...dan orang ramai pun leh tumpang tengok skaki soalsiasat tu...ke guano?

Tanpa Nama berkata...

ambo ada juga saing dalam sprm masa dok kat Kuching dulu. Rasanya dia orang yang baik. Tak sama semua.... sebenarnya ada orang yang pro BA dalam SPRM. Mereka pun dah bosan dengan BN