26 Feb 2015

Pro-Ulama Beri Imej Negatif Kepada PAS


PAS bukan agama, kata Agus

PAS bukan agama malah ia hanya sekadar sebuah parti politik yang ada kelebihan dan kekurangannya.

Perkara itu dinyatakan penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menasihati penyokong tegar parti itu supaya tidak keterlaluan menghukum seseorang yang mengkritik parti itu.

Katanya, penyokong PAS tidak seharusnya menganggap orang yang menegur PAS itu telah terkeluar dari Islamnya.

“Nasihat saya kepada penyokong tegar PAS, jangan menganggap orang yang menegur PAS itu sebagai telah terkeluar dari Islamnya.

Insafilah bahawa PAS itu bukan agama.

“Tetapi janganlah sampai kepada kita mencarut atas nama perjuangan Islam untuk mencari keredhaan Allah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jelasnya, sikap sesetengah penyokong tegar PAS yang suka melabel orang dan mencarut dengan hal-hal yang tidak perlu akan menjejaskan parti itu.

Katanya, PAS perlu mendakwah secara berhemah jika mahukan sokongan tanpa perlu menuduh sesiapa mengkritik parti itu adalah mempermainkan ulama dan menolak Islam.

“Cumanya saya terkilan apabila ada yang mengaitkan tulisan saya itu sebagai saya menolak Islam, mempermainkan ulama sebagai pewaris Nabi.

“Terlalu mengejar kuasa dunia sehingga lupa dosa pahala, bersekongkol dengan orang kafir, telah diupah untuk menulis cerita yang tidak benar tentang ulama PAS, dan tidak istiqamah dengan akidah perjuangan Islam,” jelasnya.

Ini susulan kenyataannya semalam yang menulis mengenai perbandingan profil parti itu dahulu dan kini.

“Dahulu meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergik kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama adalah sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS,” katanya. -rakyatpost


Saya tak hormat ‘ulama’ maki hamun, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," kata pengarah eksekutif pusat penyelidikan PAS itu.

Dzulkefly mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang melaporkan beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam Multaqa Ulama ke-2 di Serdang baru-baru ini, yang penuh dengan maki hamun sesama PAS.

"Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal beliau berikutan pelbagai ancaman yang dihamburkan kepada kumpulan yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka.

Ekoran itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."

Kenyataan Dzulkefly itu diputar oleh pihak tertentu seolah-olah beliau tidak menghormati semua ulama.


Satu poster dibuat dengan memetik kata-kata beliau itu dan diletakkan gambar ulama PAS yang kelihatan seolah-olah beliau hilang hormat terhadap mereka.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak-pihak yang didakwa menentang kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pihak paling teruk diserang ialah pimpinan PAS yang didakwa sebagai pro Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dibentuk untuk melobi agar PAS kekal dengan Pakatan Rakyat.
-TMI


ULASAN GB

Cukup memalukan. Mereka mengaku pro-ulama. mereka membela ulama kerana katanya "ulama pewaris nabi", kerana "untuk mendapat keredhaan Ilahi". Tetapi mereka mencaci, mengutuk malah ke peringkat mencarut dan memaki ... bagus sungguh untuk mendapat keredhaan Ilahi dengan cara sedemikian rupa.. Perasan mereka bagus sangat, perasan hanya mereka masuk syurga yang lain masuk neraka.

GB tak mahu lagi komen panjang-panjang. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. GB sudah menglas sebelum ini:

GB amat yakin golongan pro-ulamak yang melampau batas ini akan tetap menerima hukuman Allah kerana SUNNATULLAH itu tidak berubah, yang melampau batas akan tetap terhukum walaupun PAS Pusat sengaja tidak mengambil tindakan ke atas mereka ini. Tunggu, insyaAllah akan sampai masanya.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Now you know how Chinese feel and wonder: a party politic asking for support during election, but they accuse Chinese "Hina agama" when Chinese just give comments of hudu from constitution point of view.

Is this a parti politik???

Tanpa Nama berkata...

PAS Parti Politik GAGAL , tanpa nilai ekonomi.

PAS perlu bantu kedai kedai jualan buku agama juga pencetak agama. Semua tsk boleh cari makan.

Tanpa Cina dan cukai dari Cina , PAS tak msmpu bangun Kelantan. Dengan hasil buni pun gagal buat duit.

PAS tidak memerlu pemimpin Otak Gred 3 dan sikap malas meminta2,

Bahalol saja.

Ritchie Blackmore berkata...

Pas sama shj dgn parti politik lain yg akan bercakaran sesama sendiri dan parti lawan dlm matlamat mengekal dan merebut KUASA.Lu tengok la sendiri maa.....

Tanpa Nama berkata...

Pro UG memang berhemah masa berdakwah Tak ada masalah apa lagi bila mereka sampaikan ceramah pasal masuk neraka kecut lah perut Kalau pasal kisah Nabi kita sampai ternganga mendengar nya Apalagi kalau bab Ulamak pewaris Nabi tapi apa yang kita saksikan sekarang entah apa yang di warisi dari nabi entah lah

Satu dari empat sifat nabi tak ada pun dalam menghadapi isu hangat sekarang ini Sekali mereka mencarut dan melabel kan orang terkeluar dari Islam habis sebab sampai bila bila orang tak akan lupa dan tak hormat pada mereka

Jangan ingat Islam ini berhemah masa berdakwah Dalam politik pun mesti berhemah Nampak sangat lah yang kata politik ada dalam Islam telah dipisahkan oleh pro UG sendiri

Teringat kata ketua pro UG untuk mendapatkan keredhaan Allah bukan untuk menawan Putrajaya Bukankah antara sebab untuk UG ialah mendapat tambahan kerusi dari persempadan semula ? Dan tak mustahil jawatan Menteri dan Timbalan Menteri ? Tak tahu lah kalau kalau Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri untuk kuota PAS di Jalan Raja Laut .



Tanpa Nama berkata...

Tuan GB !

Saya bersetuju dengan teguran Dr. Agus dan Dr.Zul. - iaitu Pas bukan Agama hanya partai politik .

Yang menjadi perbalahan dan masalah ialah penyokong tegar Pas merasakan Pas itu Islam dan Islam itu Pas .

Rasulullah s.a.w menukil sebuah hadis
" Ulama perwaris Nabi " tidak siapa pun umat Ialam mempertikaikannya - cuma pengertian siapa sebenarnya Ulama yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu difahami oleh kita semua .

Secara jujur dan ikhlas dirakamkan - Ustaz - Ustaz memang ramai di tanah air kita dan yang dikatakan ulama sebenarnya tidak ada . Yang ada hanya gelaran ulama pada seseorang oleh pengikut tegar mereka .

Sekiranya benar mereka itu ulama , sila buktikan Kitab - Kitab yang telah mereka karang sebagai rujukan peringkat pengajian tinggi.

Selama ini rujukan seluruh kitab - kitab pengajian agama dikarang oleh Ulama - Ulama tersohor yang berjilid - jilid banyaknya .

oleh itu jangan lah kita terlalu ego hingga memalukan diri kita sendiri .

Tanpa Nama berkata...

Bilamana sesetengah ulama tidak berkelakuan seperti ulama, maka tercemarlah nama baik parti. Hal ini begitu ketara akhir-akhir ini. Mereka kelihatan tidak bijaksana berpolitik. Orang-orang inilah yang menarik parti mundur ke belakang.

Tanpa Nama berkata...

Shah Alam – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata jika ada pihak yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia mestilah dibuat mengikut cara yang sah iaitu melalui pemilihan parti Jun ini.

“Presiden dilantik semasa pemilihan. Kalu nak buang presiden ada caranya. Kena tunggu masa pemilihan. Jangan duduk sebor (sebar) cerita macam macam,” katanya ketika memberikan kuliah agamanya di Masjid Pulau Ketam, semalam.

Ustaz Azhar juga mengingatkan agar individu yang cuba diangkat untuk menggantikan Hadi mestilah jauh lebih baik daripada Ahli Parlimen Marang itu.

“Kalu nak ganti biarlah hak setaraf dengan hak ada, jgn lebih teruk dari yang ada.

“Kalau salah pilih tunggulah pembalasan Allah SWT,” ujarnya lagi.

Ustaz Azhar yang sebelum ini mengaku bukan ahli PAS turut menyindir beberapa pihak yang didakwa menuduh Hadi sebagai ‘bodoh dalam berpolitik’.

“Mung (kau) kata presiden dok (tak) pandai politik…mung (kau) pandai sangat ke? Mung (kau) kata presiden dok (tak) pandai ekonomi…mung (kau) pandai sangat ke? Mung (kau) kata presiden dok (tak) pandai agama…mung (kau) pandai sgt ke? Biar reti (pandai) sikit jangan duk (asyik) sedap kira nak komplen ulama saja,” ujarnya lagi.

Ustaz Azhar berkata demikian ketika sesi soal jawabnya apabila diajukan soalan berhubung wujud kelompok yang dilihat semakin berani mencabar dan mengkritik Hadi dan golongan ulama dalam PAS.

Krisis dalaman PAS kini menjadi tumpuan media dan rakyat celik isu politik. Jika dahulu krisis dalaman itu pantas dinafikan pemimpin dalam parti itu, tapi kini tidak lagi.

Pendedahan demi pendedahan dibuat sekaligus menguatkan spekulasi bahawa berlaku sesuatu diantara golongan ulama dengan golongan profesional dalam PAS.

Sebuah Facebook yang menggunakan nama samaran Tuc Tok Usin Ceroi sebelum ini menyebarkan rakaman audio yang mirip suara Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu – dipercayai sedang memberikan taklimat kepada usaha menggulingkan Hadi.

Pengendali Facebook itu juga menjanjikan lebih banyak pendedahan akan dibuat berhubung gerakan itu.

Beberapa pimpinan ulama dalam PAS menggesa Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu disiasat bersabit pendedahan rakaman audio itu.

Terdahulu Dewan Pemuda PAS Kuantan membuat pendedahan yang sama iaitu wujud gerakan menjatuhkan Hadi dan mereka menamakan Pengarah pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli sebagai dalangnya.


Hatta ketika dihubungi Antarapos enggan mengulas mengenai dakwaan itu. Namun sehingga kini tiada sebarang arahan atau cadangan agar Hatta juga disiasat. Suara TV

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Azhar idrus bukan ulama siasah, Dia tak tahu mengenai "strategi", "missi dan visi", konsep "Tsaqafatan" dan sebagainya di dalam siasah.

Tanpa Nama berkata...

aSSALAMUALAKIMUM USTAZ AZHAR IDRUS.Bukanya kata ustaz hadi tak pandai poltitik tapi dia tersilap mulut.Tapi rasanya ada juga irang pandai poltitik daripada dia.Bukan kata hadi tak pandai ekonomi tapi cuma dia tak banyak pandai nak ngurus eknomi.tapi tenguk mata kasar memang dia tak pandai pun.Terengganu dulu jatuH SEMMBAM.takdak pulak orang kata Hadi tak pandai agama.dia memnag pandai tapi mulut dia,memek muuka dia tak menunjuk pun dia amal agama.bakpa dia tak belajar dari Tok Guru Nik Aziz.panadai agama,pandai ekonomi,senyum manjang,Dok Gutu Ustaz?sebab tu orang kurang suka cara Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Dah memang kena tukar sebab Presiden tak setara Hj Fadzil Nak tahu setara ke tidak kena tukar dan berkempen sebelum muktamar adalah biasa Yang UAI kena tegur ia lah cara berkempen Kalau cakap Hj Hadi bodoh tak boleh Yang ala ala samseng pun tak boleh Yang berdemo pun tak boleh Yang mencarut pun tak boleh

Apa lagi Orang macam saya yang tak tinggi agama dan apa saja kata ustad ulamak kita pengang Bila ada perselisihan dan kita buat sedikit teguran terus di kata macam macam Sangat sangat mengeciwakan

UAI tahu tak antara UAI dengan Hj Hadi UAI lagi baik sikit tapj bila UAI buat teguran berat sebelah UAI pun setara Hj Hadi Jangan salah faham saya bukan kata UAI bodoh

UAI ada lah Ulamak atau Ustad yang hebat yang terakhir di Malaya Duduk lah berpaksi lah pada Islam ketika ini ia itu pada kebenaran (berkempen) Tak banyak sikit tentu kedua dua pihak mengatakan kekurangan lawan Tapi terima lah cara kempen pro UG yang paling teruk dan sangat terdesak sehngga UAI memberi jawapan seperti ini

Bila UMNO kata melayu lemah jika UMNO kalah bermati matian kita nafikan Kan sama dengan apa yang UAI cakap


Maaf Ikhlas dari hati yang keciwa

ABU berkata...

Penang mali talak sombong maaaa.. politik maaaa... lebut itu pangkat.. mau ckp baik2 . .. bukan ckp sama betina mcm lu..

Tanpa Nama berkata...

Anon 7 50 AM

Ada ulamak Johor beri nasihat dan memberitahu orang akan menilai siapa Mat Sabu

'tapi mulut dia,memek muuka dia tak menunjuk pun dia amal agama.bakpa dia tak belajar dari Tok Guru Nik Aziz' macam itu jugak lah saya nilai Hj Hadi

Kita jangan bandingkan dengan rupa dan mulut TGNA dengan Mat Sabu pun ketinggaln 20 meter Macamana kita tak frust Tapi antara Husam dengan Mat Sabu kita pilih Husam lah Sori ya Abang Mat Sabu

Pasal dia Presiden agaknya selama ini kita (saya ) tak perasan tapi Nasha dari awal saya dah perasan

Astagfirrullah

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya presiden ni sebagai ayah dlm keluarga cepat2 selesaikn kemelut dalaman pas ini...ni tidak...presiden menjadi seronok klu ada sebahagian org membodek...sedangkan pas sudah berlaku perpecahan sesama sendiri bila ada org meninggalkn muktammar ketika mat sabu berucap ada tak presiden tegur org yg memakai vest menyokong presiden dan msu itu...ini ertinya pemimpin yg suka di bodek...ada pemimpin pas diboo ketika berucap...tengah mesyuarat ada kumpulan buat demo pun senyap sja...patut presiden tegur awal2 supaya dlm pas tidak bercakaran...tak percaya bila depa baca komen saya ni pasti puak UG melenting...

Tanpa Nama berkata...

Mereka ulamak pewaris Nabi ?

Waitt....

Apabila panglima perang Rom balik melapur kpd pemimpin mereka mengenai insan bernama Muhammad saw.... maka panglima itu terpaksa mengakui bahawa Muhammad saw itu seorang yg jujur dan amanah.

Kalau dia memburukkan Muhammad saw itu maka dia takut dia akan dituduh menipu.

Musuh pun terpaksa akui Muhammad saw itu seorang yg baik.

Tapi dalam PAS, bukan kata musuh, sesama pemimpin pun ada yg tidak lagi menghormati ulamak. Sebb ulamak berkenaan tidak bersifat seperti Insan yg mereka dakwa mereka mewarisinya iaitu Muhammad saw.

Kalau dah sahabat yg sama berjuang selama ini pun sudah mempertikai akhlak ulamak, maka something wrong la ulamak itu.

Wala itu datang dari hati pengikut, bukan dari ugutan pemimpin.

Yg mengugut biasanya bukan ulamak, tapi gangster atau umnu je.

Tanpa Nama berkata...

conclusion nya..PAS bikin tak serupa cakap...mengarut sama macam UMNOOOOOO.

Tanpa Nama berkata...

di takdirkan Allah membenarkan terjadinya UG nanti..nak jadi cer dlm pRU nanti Pas(BN masa tu la..) lawan PKR d tempat ustaz azhar idrus katakan..masa tu terikat sama banyak undi..tup tup masuk tong xtra d bawak mai oleh spr/polis..sebagai undi pos...masa tu agak agak ustaz pas nk terima pakai tong ka..atau hukum....
org lain hampa bole gempaq la...

Tanpa Nama berkata...

sikit hari lagi UAI bole la masuk TV...uhuk hukk...

Sabtu Awab berkata...

UMNO berjays pecahbelahkan PAS. Tahniah UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Masa pru pas ini minta sokongan cina. Betul juga cina sokong pas kerana slogan "pas for all".

Lepas pru, cina Ada komen/condemn dan pengeluaran rasa tidak setuju pas & presideng pas. Pula rata rata orang pas di fb/blog kata cina "Hina agama" kerana tidak setuju tidak sokong pas atau presideng pas. Kerana presideng adalah ulama tidak boleh di komen condemn.

Apa ini? Ini parti politik ker?

Sabtu Awab berkata...

Ulamak PAS macam ikan belukang. Bila kena pancing walaupon dengan umpan ayam busuk, terus ditelan umpan itu dan tidak berjaya meluahnya. Maka senanglah UMNO menyimbatnya.

Tanpa Nama berkata...

Selagi ahli2 pas tdk bertdk pd geng ug maka rosaklah imej pas itu sendiri, pas harus mendekati semua insan sptmana yg dilakuan oleh arwah tok guru...segeralah sdr diri mimpi wahai ahli2 pas jgn sia2kan perjuangan ini

Tanpa Nama berkata...

haha anon 10:31 AM, tak sabar nak tengok apa kata ustaz!
pakai tong nampak sgt ustaz tu ustaz dunia, pakai hukum pulak sure kena gam tak leh masuk TV dah kan anon 10:34 AM.. hehehe




Tanpa Nama berkata...

Tak usah kalutlah semua... pas sebenarnya ok...yg tak ok nya geng ug yg jadi batu api dlm pas tu...nak selamatkan pas adalah hj hadi perlu undur sbg presiden dan geng ug perlu dinyahkan pada muktamar akan datang...geng ug skrg tgh buat perang sikologi utk mengolah persetujuan perwakilan muktamar utk ikut sokong agenda mereka...hati2 semua...

otoote berkata...

PAS yg bodo bg ruang kat UMngok
pimpinan Pas lembab....patut nip in the bud awai lg....lemvab lemah n tak layak mimpin

Tanpa Nama berkata...

aku ahli PAS tegar, aku setuju dengan pendapat saudara Agus mengatakan PAS sekadar sebuah parti politik, dimana setiap rakyat malaysia yang ori sahaja boleh keluar dan masok mana mana parti di Malaysia.

Pemujaan puak puak pro UMNO dalam PAS terhadap tuang Presiden telah menjadi taksub dan tipu diri sendiri supaya nampak menjadi pembodek tegar, puak puak ini tidak bodoh dan pandai main tipu muslihat untuk memperalatkan tuang peresiden ikut telunjuk mereka.

Terdapat bebagai pandangan dan riaksi penyokong PAS telah memjadi keliru terhadap perjuangan PAS sebenar, ala samsing dan kata kata yang kurang ajar, BOOoo pemimpin PAS.

Kehancuran Pengaruh PAS terhadap rakyat Malaysia sangat menakutkan dan slogan PAS FOR ALL terus musnah,

Aku bukan ahli NGO PASMA, aku ahli PAS biasa yang tidak boleh bersuara.

Tanpa Nama berkata...

Yg ramai ULAR DLM SEMAK....ulamak yg ikhlas sudah pupus hanya segelintir saje yg tinggal di dunia ini

Ritchie Blackmore berkata...

Macam anjing dengan kucin jerrr.