12 Apr 2011

NGO Serah Memo Pertikai Perbelanjaan Ketenteraan RM23 Billion

NGO serah memo bantah perbelanjaan ketenteraan

Sekumpulan lebih 10 orang aktivis hari ini berhimpun di hadapan Markas Angkatan Tentera, Kuala Lumpur bagi menyerahkan satu memorandum berhubung peruntukan ketenteraan negara yang didakwa semakin meningkat setiap tahun.

Memorandum berkenaan antara lainnya mempertikaikan peningkatan perbelanjaan ketenteraan sehingga RM23 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK).

"(Sedangkan), menteri pelajaran pada masa yang sama mengumumkan terdapat 600 buah sekolah di negara ini berada dalam keadaan kritikal," memorandum itu dipetik.

Memorandum itu juga menyebut, peruntukan perbelanjaan pertahanan mencecah 15.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan dalam tempoh RMK-3 dan 15 peratus dalam tempoh RMK-6.

"Sementara itu, peruntukan kesihatan hanya sekadar 1.6 peratus dan 1 peratus bagi tempoh RMK-4 dan RMK-5.

"Ini secara jelas menggambarkan bahawa kerajaan BN telah menunjukkan komitmen dan fokus luar biasa terhadap ketenteraan dan peruntukan pertahanan pada beberapa dekad lepas,
" menurut memorandum itu lagi.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh 26 NGO dan parti politik, antaranya Suaram, Food Not Bombs Kuala Lumpur dan Parti Sosialis Malaysia.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah ADUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir Hashim dan juga pengarah Suaram Kua Kia Soong.

Ketika bercakap kepada media, Kua berkata jumlah perbelanjaan sebanyak RM6 bilion untuk pembelian kapal peronda tentera oleh kerajaan sepatutnya boleh digunakan untuk membina 6000 buah sekolah.

"Apa yang kita perlukan ialah hospital dan bukan pesawat Hornet, sekolah dan bukannya kapal selam.

"Jika ditanya, (kerajaan) cuma akan kata (sebab) keselamatan negara," kata Kua lagi yang mendakwa, kerajaan tidak bertindak secara telus dalam memberi penjelasan berhubung perbelanjaan ketenteraan
.

Memorandum berkenaan diterima oleh setiausaha bahagian kewangan kementerian pertahanan Mohd Shahbudin Ibrahim yang menemui pemimpin aktivis berkenaan di luar kompleks kementerian tersebut.

Penyerahan memorandum berkenaan dibuat sempena hari tindakan sedunia bagi menentang perbelanjaan ketenteraan (GDAMS) yang disambut pada hari ini. -mk

6 ulasan:

algojo berkata...

adeh, bantah peruntukan pertahanan ek?

ingatkan marah ada komisyen..

nih dah lain dah, tentera kita, negara kita berhak dapat sistem persenjataan yang terkini atau paling kurang setaraf dengan kekuatan serantau

sebagai imbangan kuasa...

sebagai contoh set pakaian (PIPS) untuk anggota counter terorisme pun memang mahal..tapi berbaloi gak tengok insiden di Teluk Aden

sham berkata...

soal keselamatan negara jangan dipolitikkan.aku sebenarnya penyokong pakatan rakyat tetapi aku bantah sekeras-keras sikap yang boleh mengancam pertahanan negara kita.

Tanpa Nama berkata...

Bila perbelanjaan banyak tentu komisen banyak. Inilah intipatinya.

Dan satu lagi dengar khabar banyak ubat-ubat tertentu di hospital kerajaan sering kehabisan stok kerana kekurangan peruntukan.

mejar bersara terendak berkata...

salam...
buat saudara-saudara sekalian....
cuba fikir dengan waras dan dengar suara hati anda secara jujur...
apakah anda mahu kapal perang dan senjarta n kelengkapan yang canggih2 berbanding kemudahan dan kebajikan yang lebih baik untuk anak2 kita suatu hari nanti? apakah kita mahu negara yang canggih2 dengan kelengkapan ketenteraannya sedangkan rakyat (ANAK-ANAK KITA) dan termasuk tentera sendiri tak cukuo makan, tak cukup pakai dan tak cukup sihat??
fikir2kan lah...negara kita bukan tengah berperang datau akan berperang pun....

Tanpa Nama berkata...

GB,

Harap maklumkan pada pihak Pakatan Rakyat untuk turun ke Puduraya....jika boleh jadikan isu rakyat kerana Hentian ini telah lama tak siap dari yg dijangkakan. Mcm ada yg tak kena....

Bila lagi nak belasah projek BN???

Tanpa Nama berkata...

Komisyen luar biasa bagi membeli alatan ketenteraan mestilah menjadi isu utama bukannye pembelian peralatan secara keseluruhan. Pertahanan negara sekurang-kurangnya mestilah mampu untuk menghadapi ancaman dalaman dan luaran. Sebagai contoh kurangya sistem OPV dlalam TLDM akan menyebabkan aktiviti lanun yang berleluasa manakala Helikopter Nuri yang tidak lagi efisien boleh menambah lagi anggota tentera yang terkorban semasa operasi. Komisen yang terlalu tinggi tidak sepatutnya berlaku sebaliknya boleh digunakan untuk sektor lain misalnya.