16 Mac 2011

Nahas Nuklear Jepun Hampiri Kes Chernobyl, Kerajaan Malaysia Tak Pandang Serius

Perancis: Serius nahas nuklear Jepun di paras enam, hampiri kes Chernobyl

PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam.

Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh.

Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam.

Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.

Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.

Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters

Ulasan GB

Tatkala dunia sedang resah kerana kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini.


Demikian tahap mentaliti dan darjah akauntabiliti seorang TPM Malaysia bernama Muhyiddin, yang lansung tidak bertanggungjawab, sebaliknya melepaskan tanggungjawab itu kepada "agensi" yang dikatanya mereka melaksanakan yang terbaik."

Sikap "ambil mudah" dan "apathetic" Muhyiddin adalah satu sikap yang merbahaya dan bakal mendedahkan rakyat kepada ancaman bahan radioaktif.

Semalam GB menulis:

ditanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia, dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti.

“Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti,” katanya.

Seorang TPM, tidak pasti terhadap perkembangan yang berlaku ke atas satu projek yang begitu merbahaya kepada negara, tetapi masih terus mahu membelanya!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

komisen dah ambik kut