16 Mac 2011

Ramai Kahwin Warga Asing Di Songkhla

Songkhla (Thailand): Sebanyak 23 peratus atau 782 daripada 3,260 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia yang direkodkan di lima daerah wilayah Selatan Thailand sepanjang tahun lalu, membabitkan kahwin campur dengan warga asing.

Rakyat Malaysia terbabit dikesan memilih pasangan dari 31 negara asing berlainan, dengan perkahwinan antara rakyat Malaysia-Thailand mencatat angka tertinggi iaitu 419 pasangan, diikuti Malaysia-Indonesia (228), Malaysia-Pakistan (45) dan Malaysia-Filipina (18).

Selain empat negara itu, rakyat Malaysia turut memilih pasangan yang berasal dari Bangladesh, Kemboja, Afrika Selatan, Nepal, Singapura, Perancis, Nigeria, Korea, Jepun, Afghanistan, Lubnan, Denmark, Amerika Syarikat, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan.

Walaupun pernikahan mereka dilangsungkan secara sah mengikut rukun serta undang-undang ditetapkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, namun peningkatan angka itu saban tahun menimbulkan kebimbangan Konsul Malaysia di sini, terutama berhubung status agama rakyat asing terbabit.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika ditemui di sini, mengakui wujud kebimbangan mengenai keadaan itu terutama status ‘Islam' warga asing yang dinikahi rakyat Malaysia.

Katanya, perkahwinan sesama rakyat Malaysia di Songkhla perkara biasa, walaupun angkanya meningkat setiap tahun, namun perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga asing mula menjadi 'trend' baru sejak setahun dua lalu.

“Malah, rekod kajian dan temubual pihak kami bersama pasangan terbabit juga mendapati perkahwinan bersama warga asing turut menjadi antara sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di Thailand.

“Puncanya, selain perkahwinan itu dihalang pihak keluarga, ada juga yang memilih melangsungkan pernikahan di Thailand untuk mengelak prosedur rumit ditetapkan Majlis Agama Islam negeri masing-masing jika mahu mengahwini warga asing," katanya.

Sementara itu, Mohd Aini juga berkata, jumlah rakyat Malaysia nikah di Selatan Thailand juga meningkat mendadak sejak 10 tahun lalu dan angkanya sudah melebihi 3,000 pasangan setahun.

“Pada 2005, hanya 314 pasangan Malaysia bernikah di Selatan Thailand. Namun, selepas 2006 ia meningkat hampir tiga kali ganda kepada 845 pasangan, diikuti 1,944 pasangan pada 2007.

“Jumlah itu terus meningkat dan pada 2008 lebih 2,000 perkahwinan dan tahun lalu jumlahnya mencapai 3,260 perkahwinan,” katanya.

Berdasarkan maklumat, pernikahan di Selatan Thailand membabitkan lima daerah iaitu Songkhla, Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana prosedurnya mudah dan kos yang perlu ditanggung juga jauh lebih murah berbanding di negara asal.

INFO: Pasangan rakyat Malaysia berkahwin di Thailand mengikut daerah pada 2010

Songkhla - 2,559
Narathiwat - 177
Yala - 160
Satun - 173
Pattani - 191.






Ulasan GB

Apa-apa pun nikah di Siam itu lebih baik daripada melakukan perzinaan, dan jauh lebih baik dari perbuatan "seseorang" yang merogol amahnya kemudian lepas bebas dan lakukan konspirasi untuk menutup isu berkenaan dengan memaksa wanita buat pengakuan tidak pernah dirogol..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penikahan secara sah banyak kebaikannya, dinegara Islam luar Malaysia mereka hanya mengutamakan pekara wajib dalam penikahan dan tidak banyak kerenah dan mengelakan dari zina dan sumbang maharam, diNegara ini banyak erenah dan yang ingin bermadu kebna minta kebenaran BINI dahulu,itulah kebijaksanaan Ulamak malaysia, kalau gulungan elit UMNOApcoyahudi buat apa pun tak salah nak berzina ,nak mabok nak berjudi..kalau gulungan rakyat bawahan tetap salah,

Itulah keistmewaan gulungan ELIT UMNO yang kaya raya..
pihak berkuasa takut dengan mereka.