Video seks umpan BN beli MP Pakatan'
BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen pembangkang, dakwa pemimpin PKR hari ini.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.
Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.
Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mendakwa, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.
Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.
Katanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.
Johari juga berkata Abdul Rahim kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut.
Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.
Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.
Ahli parlimen Sungai Petani itu berkata, beliau kemudianya menghubungi bapa saudaranya untuk mengatur bagi lima lagi ahli parlimen PKR melihat menyaksi video itu semalam, seperti yang dikehendaki oleh Abdul Rahim, selepas beliau menonton video itu pada hari Isnin.
Dalam sidang akhbar bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya, Johari mengenalpasti lime ahli parlimen berkenaan sebagai Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).
Bagaimanapun, katanya, walaupun selepas menunggu selama dua jam dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang di hotel Flamingo di Ampang, tempat beliau menyaksi video itu, tetapi Abdul Rahim dan Shazryl tidak hadir. -mk
Ulasan GB
Sebelum ini GB menyatakan bahawa:
Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN.
Namun, Allah tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur. Segala kejahatan dan kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bersama-sama sekutu-sekutunya seperti polis, SPR, SPRM, Peguam Negara, Pendakwa Raya, Hakim-hakim, agensi-agensi kerajaan seperti ROS yang melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, akan pasti mendapat hukuman daripada Allah s.w.t.
Allah akan tetap membantu pihak yang dizalimi oleh mereka sekalipun mereka tidak pernah mahu mengakui kezaliman yang mereka lakukan.
Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.
Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.
Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.
Firman Allah:
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al Lahab: 1-5)
“Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu).
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (al-`Ankabut: 39-40)
Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita.
Begitu juga nama-nama seperti Datuk Wan Ahmad Wan Omar dari SPR, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Ismail Omar, Mohd Shukri Abdull, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah - sekadar menyebut beberapa nama dari sekalian ramai yang menjadi kuda-kuda tunggangan pemerintah zalim UMNO - akan tetap menerima kehancuran - selagi mereka terus berlaku zalim dan kejam bersekongkol dengan pemerintah yang zalim lagi kejam itu.
Dengan tegas kita tegak berdiri menyatakan: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, agar Allah mencabut kekuasaan dan menghukum kamu-kamu semua, dan menyerahkan hak kekuasaan kepada mereka yang beriman dan berlaku adil.

8 ulasan:
Bukan susah pun, anwar kan kata dia ada alibi dalam kes liwat tu. ambik la saksi2 tu jadi alibi dia.nurul izzah kan kata papa ada bersama keluarga. hasanudin kata anwar ada di rumah sebagai tetamu. wan azizah kata anwar tengah mesyuarat. kan semua tu alibi tu. hahaha...
suruh la karpal singh panggil geng2 ni jadi saksi...
yang kes seks ni pun dia kata dia ada alibi. waktu kejadian dia kata dia ada bersama keluarga, anak, cucu. apa nak heran. derang ni boleh jadi saksi dia. tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat. puak2 ni kan suka dengan suruhanjaya diraja. buat je la satu. panggil semua pemimpin pembangkang, ngo jadi ahli...
Datuk eskay kata jam omega ada kat dia, anwar kata jam omega dia ada kat wan azizah.. suruh la wan azizah tunjuk jam tu.
buat satu press conference tunjuk segala bukti dan alibi. senang..
kalau susah sangat, sumpah muhabalah je. panggil eskay n anwar sambil disaksikan semua ulama2 pastu sumpah. kalau kata sumpah tu cara yahudi ka kristian ka, tunjuk dan ajar la macam mana nak bersumpah cara islam.
dr asri dah kata dah. panggil kedua-dua pihak pastu bersumpah. then tutup kes. tarik balik laporan polis. biar ALLAH orang islam yang tentukan.(lani ada Allah untuk bukan islam pulak).
itu cadangan aku ...
gapodio..kamu tu karat biru.. kalau dah karat... hati hitam legam ..pegi belajar agama dulu.memang geng kepala dan taik lembu berfikir macam ini.
karat apanya?? aku bagi cadangan untuk selesaikan.itu saja.
gapodio
gapo gak mu dok bokbe bokbe
bobok lebih.wat malu ore kapung jah.
mu tau tak bakpo kucing kalu berak timbuh taik dia?
sebab dia takut mu ambik taik dia.
tgk mu ambik taik dia & post kat sini.
Reputasi PR semakin meningkat, manakala BN kian tercalar. Jelas benar golongan munafik sedang dihukum oleh Allah. Itulah pertanda bahawa do'a orang yang teraniaya dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa. Sewajarnya kita harus ingat bahawa satu daripada azab Allah akan diterima oleh para pembuat aniaya, sementara bakinya bakal diterima selepas dia masuk ke liang lahat sehingga ke hari kiamat. Marilah kita berdo'a semoga golongan insaf dan bertaubat sebelum bercerai roh dari jasad.
1. anwar patrut bersumpah di hadapan ulamak2 di Mesir kalau tak percaya imam2 di malaysia
2. anwar patut bagi DNA dan dianalisa oleh CSI,CIA,FBI luar negara
3. anwar patut bawak video tu dan kaji kesahihannya di luar negara
Buat 3 perkara di atas dahulu. Saya pun penyokong PR jugak..tp saya penyokong yg ada akal. saya tak suka bercakap sumpah seranah. saya org yg ada akal dan matang dalam berfikir serta bertutur.
kalau anwar buat 3 perkara di atas dan berjaya membuktikan bahawa dia sebenarnya dizalimi, PR bakal memerintah malaysia dan BN akan tumbang..
beri lah peluang tok org perintah dulu tgk..bg sepenggal wat percubaan.klu pr xleh pg,undilah bn balik..tp klu pr bleh memerintah lebih baik,sokong lah mereka..apa nak kecoh2 nk gaduh sesama sendiri pasal dorg tue..dorg yg kaya,kita xda apa pun....klu pr bleh turunkan tol,kurangkan cukai yg sume nak bercukai,dpt kawal harga minyak...turunkan tariff air & elektrik,ada pembangunan,hak rakyat dijaga,naikkan taraf hidup dan sara hidup yg lebih baik apa salahnya kita menyokong mereka..skang bn xdpt buat sume tue..klu pr memerintah pun xdpt buat apa yg bn xdpt buat..so,nanti pilihlah apa yg korang nak..nilai sendiri sapa lg baik....aku x bn x pr....but the leader will win..xguna gaduh sesama sendiri kita sbg rakyat..yg salah tetap salah..jgn tegakkan benang yg basah disebabkan kita fanatik terhadap satu2 parti...yg benar dan baik kita sokong,yg salah tetap salah xkira lah parti papa pun..baru kita ,negara,bangsa kita bleh maju...fikir2kan...kita xdpt apapun klu bergaduh untuk dorg tue....
salam pada smua mslimin/mat....kebenaran tetap akan kita lihat...apabila kekalahan dlm pilihanraya 13 nanti....kerana rata2 melayu cina india ashik kata yg ada amat zalimmmmmmmm.buat deek deek jer.nanti fitnah tu akan dok atas kepala DIAAAAA.nak marah apa??dia pun di jd kan allahswt.....harap2 lepas ni dpt pemimpin yg adil lg bijaksana.....insyallah....salam.
Catat Ulasan