24 Mac 2011

PAS Mahu Trio Datuk T Direman


Reman trio 'Datuk T' bantu siasatan

PAS mahu polis segera bertindak ekoran pengakuan terbuka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan dua lagi rakannya bahawa mereka terlibat dalam pendedahan video seks kelmarin, harakadahdaily dipetik.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengakuan itu sudah cukup untuk pihak polis mereman mereka untuk melakukan siasatan.

"Pengakuan itu sudah cukup untuk polis menahan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka semalam mendedahkan beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Perkasa adalah trio yang sebelum ini digelar 'Datuk T'.

Pendedahan itu dibuat dalam satu sidang media, sebelum tempoh 24 jam sidang akhbar Pakatan Rakyat yang mendakwa beliau dan Eskey terlibat dalam pendedahan video itu.

Dengan pengakuan itu juga, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, tidak menolak kemungkinan video itu dirancang oleh mereka untuk memfitnah ketua pembangkang.

"Ada kemungkinan mereka (trio Datuk T) sendiri merancang membuat video fitnah itu.

"Polis kena segera tangkap mereka. Hanya tindakan itu boleh membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini," tambahnya.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, didakwa dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Isu itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila turut dicampur tangan pemimpin tertinggi Umno BN.

Anwar juga kelmarin membuat laporan polis dan menafikan penglibatan beliau dalam video itu.

Sementara itu, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR Sungai petani berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.


Video seks: Polis ambil keterangan Rahim, Eskay

Polis sedang merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung tayangan video seks.

Menurut wartawan yang berkumpul di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, kedua-dua mereka dilihat tiba pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Kedua-dua mereka dikatakan akan memberikan sidang akhbar selepas pertemuan dengan polis.

Wartawan Malaysiakini menghubungi Eskay pada kira-kira jam 5.55 petang dan beliau mengesahkan sedang berada di Bukit Aman bersama dengan Rahim.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di belakang tayangan video lucah berkenaan.

Shuib, bagaimanapun dipercayai di luar negeri dan dijadualkan diambil kenytaannya esok.

Adalah dipercayai salinan asal video berkenaan juga mungkin diserahkan kepada polis pada perjumpaan hari ini.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim - Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut. -mk



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau benar IGP pun tak berapa puas hati campur tgn Hishamuddin harap2 ada tindakan yg lebih professional dan berperikemanusiaan utk tangani kes kali ini.

RakyatHinaDina berkata...

Maaf la...terus terang saya nak katakan di sini. Sebagai rakyat bawahan saya nampak macam ada double standard punya undang2 polis ni. Satu utk rakyat "paria" macam kita...kalau berlaku kes ni pasti akan ditangkap dan digari dan di reman. dan di belasah utk pengakuan. Kedua, untuk Datuk2, Tansri2, Tun2...kalau buat kes macam ni.....siap ada body guard dpd polis jaga mereka, boleh berlenggang ke balai polis, silap2 polis pulak sendiri yang datang jumpak mereka, kemudian boleh di beri privacy.

Tak SIAL ke penguasa undang2 macam ni?

Ni doa aku utk dia orang ni....'CILAKA LAH HIDUP KAU ORANG"

Tanpa Nama berkata...

jika dah anjing tu anjing aje...bertindak bila menerima arahan tuannya...itulah anjing malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Virus yang Allah hantar kePusat Latihan Polis(Pulapol) sudah beri amaran kepada PDRM untuk bertugas dan berfungsi sebagai entiti penguatkuasa yang baik dan profesional.Apa yang berlaku sekarang,PDRM tak ubah macam kisah-kisah polis yang ditunjukkan dalam filem-filem Hindustan dan Tamil.Jangan tunggu kejadian seperti diMesir,Tunisia dan Yemen berlaku dinegara ini baru nak berubah.