24 Mac 2011

Edisi Kantoi: Nazri Dan Rais Pula Jadi Cacing Kepanasan

Video seks: Jangan kaitkan pengakuan tiga ‘Datuk T’ dengan Umno

Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah “Datuk T” — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

“Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini),” kata Ahli Parlimen Padang Rengas.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.

“Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah,” kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini.

Beliau juga meminta ketiga-tiga lelaki berkenaan agar membuat aduan polis agar siasatan boleh dijalankan mengikut undang-undang negara.


Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim Thamby di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Shuib telah menjelaskan kepadanya bahawa beliau hanya dijemput oleh Abdul Rahim dan bertindak atas kemahuan sendiri.

“Jika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis eksekutif akan datang, maka kami akan membincangkan. Sebenarnya beliau ada tanya pada saya banyak kali mahu meletakkan jawatan sebagai bendahari (Perkasa),’ kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini ketika ditanya sama ada Perkasa akan mengambil tindakan ke atas Shuib.

Ibrahim menambah untuk berlaku adil kepada Shuib dan Anwar, perkara itu harus disiasat oleh suruhanjaya diraja.

“Anwar telah dituduh tetapi belum ada bukti lagi. Tetapi jika Shuib dan yang lain mendakwa benar, maka mereka harus dihargai kerana mendedahkan kebenaran,” katanya lagi. -TMI


'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

"Jadi jangan bangkitkan isu yang bukan pokok. Pembangkang selalu mendakwa ini semua kerja BN... kamu ada masalah dalam parti sendiri, selesaikanlah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, dengan mengatakan BN mengambil tindakan sebegitu, ia sebenarnya menggambarkan apa yang boleh dilakukan pembangkang.

Daripada memberikan masa kepada ahli politik bagi membersihkan dirinya, Nazri mendesak 'Datuk T' segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya. -mk


Ulasan GB

Pertama: Semalam, Nazri beriya-iya mempertahankan Datuk T menyiarkan video lucah yang kononnya dilakukan oleh Anwar.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.

Sekarang apabila "Datuk T" dah dedahkan, Nazri berpusing menyatakan "Jangan kaitkan pengakuan tiga ‘Datuk T’ dengan Umno".

Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini),” kata Ahli Parlimen Padang Rengas.

Kedua: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.

“Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah,” kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini.

Cewah...hebat Rais, meminta kes itu disiasat polis dan Peguam Negara. Bagus, demi untuk tegakkan kebenaran dan keadilan.

Tetapi kes Menteri Rogol Amah yang laporan polis dah dibuat oleh Solidariti Anak Muda tak minta ke polis dan Peguam Negara siasat supaya yang terlibat itu di bawa ke muka pengadilan?

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta sesiapa yg ada kuasa sperti Ahli parlimen pembangkang tanya dengan sibiol tu dlm Parlimen..jika seandainya ada ahli, penyokong atau pemimpin pembangkang mempunyai video sex si biol nazri dgn pelacur dan menayangkan pada pemberita dengan tanpa niat utk dpt imbuhan atau perdagangkan seperti Dato T buat adakah menjadi kesalahan???

Saya rasa tak sempat nak tayang...anjing-anjing kerajaan dah rush terlebih dahulu mcm kes Blog Hanief?????

UMNO nie lahanat banyak...bila kena tang hidung dia...menyimpan atau mengedar video lucah salah...bila kena kat PR...boleh??? Pasal tu rakyat menyampah dgn UMNO dan Nazri biol.

Bombo berkata...

saman jgn tak saman waacabarluu..bodo b. bahlul rakyat tahu sendiwara ni,kacang tu bah

Tanpa Nama berkata...

Bodoh bin banggang

Itu aje tahap diaorang ni

pak lang berkata...

hebat......
hebat......

ada malaon yg kata jngn sentuh pembawa berita??.......
mudah cakap...kena terima kasih kat dia pasai dedah salahlaku seseorang.....

tapi al-quran ada menyebut dlm maksudnya......
periksa dulu pembawa berita tadi....dari si munafiq atau orang beriman???.........

dlm umngok mana nak pi caghi orang yg elok........depa sendiri kata dah busuk sampai ke usus......

kah kah kah.....

hangpa nak percaya lagi ke segala kegheja buat depa??.....hari-hari semua memalukan...menyakit hati.....tengok muka depa pun tak dak 'nur'.......
awat bersih tara mana depa tu.....
taik depa pun meleleh sampai ke tumit........

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Dari mana asalnya taik? Dari dubur.

Datuk T = Taik
UMNO = Dubur.

Tanpa Nama berkata...

benar atau tipu ALLAH tahu.... hal porno yg di akui oleh rahim & his 3T member semua dah dengar berita. orang Melayu dah tahu tapi tindakkan orang Melayu bukan cara ISLAM.... so apa anutan dan ajaran ISLAM pada orang Melayu? wALLAH hu alam. tolonglah ulama2 tertinggi negeri2 di Malaysia give comment .........

Tanpa Nama berkata...

Nazri Aziz kata memiliki dan menayangkannya tidak menjadi kesalahan. Zulkifli Nordin yang meminati kambing mengawan kata dia percaya 110% watak dalam video tu adalah Anwar. Ya Allah kembalikanlah mana-mana fitnah kepada mereka yang menaburkan fitnah. Sesungguhnya engkau Maha Adil lagi bijaksana dan Maha Berkuasa.

Amuraria berkata...

TAHAP 'KECERDIKAN' PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH , PERIOD !

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti menteri ni macam menteri-menteri dalam filem Musang Berjanggut.

Tanpa Nama berkata...

betul ke tak betul ke video tu menayang memangil orang tengok di tempat awam seperti hotel adalah salah dari segi undang-undang (lihat
undang undang Malaysia). kemudian menghebahkan pula. zul nordin pula percaya .

Tanpa Nama berkata...

Malaysia Boleh! Malaysia menakluki dunia sebagai negara pesat membangunkan klip-klip video lucah halal dan percuma. Hooray!!! Malaysia Boleh!

Doremi berkata...

...komen anda semua adalah betul pada apa yang tersurat...nilah padahnya apabila negara dipimpin oleh mereka yg kurang beriman..(Tapi bagi org UMNO atau UMNOISME tetap mereka mengatakan yg pemimpin mereka beriman..x tutup aurat pun beriman...x solat pun beriman sebab mereka semua tu UMNOISME...jika ada sesiapa kata x tutup aurat tidak beriman cepat-cepat mereka kata hanya Allah sahaja yg berhak menentukan seseorg tu beriman atau tidak..setakat tu jer ilmu yg mereka ada)..Tahap pemikiran macam nilah yg penjajah inginkan dan seterusnya turun kepada pemimpin UMNO dulu kini dan selamanya...Jika ada pemahaman yg menggugat kedudukan mereka mereka tuduh sebagai pelampau atau sesat..) ..Dan banyak lagi..moralnya x heranlah apa yg berlaku sekarang ni..even kalau Anwar atau Nik Aziz ditembak mati pun mereka kata ok sebab hakim-hakim dan polis telah dikuasai mereka...Apapun kita sebagai org beriman marilah kita mantapkan ilmu, amal dan kefahaman Islam anggap apa yg berlaku sebagai ujian Allah untuk kita kerana jika kita x mampu cegah kemungkaran secara tangan (kuasa), mulut setidak-tidaknya kita membenci didalam hati kita...

Tanpa Nama berkata...

Datuk T tiga orang lelaki muslim tapi lupa mereka kena juga buat nahi mungkar.

Kalau dah tahu orang nak buat...zina dgn pelacur cina, kena tak lapor pada penguasa agama selangor atau wilayah ?

lagi kenapa tak lapor kat polis ?