28 Jan 2011

Isu Sijil Sakit: Doktor Boleh Saman Pihak Yang Pertikai Sijil Sakit Yang Dikeluarkan

Sijil Cuti Sakit Suami: Sila Rujuk Doktor, Kata Cikgu Mala

LABIS: Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun jika media berminat menyiasat lebih lanjut mengenai kesahihan sijil cuti sakit kepada suaminya itu, dinasihatkan bertemu terus dengan doktor yang berkenaan.

“Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.

“Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan,” katanya kepada pemberita di Dataran Wayang Pacak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan suaminya mendapat cuti sakit selama 21 hari daripada dua pusat kesihatan di Segamat namun pada masa yang sama Maarof sering didapati menemani isterinya sepanjang musim kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.

“Ya, hal penukaran itu memberikan kesan di hati suami saya kerana pada hari yang sama juga anak saya dimasukkan ke wad,
” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.

“Saya yakin dengan integriti pihak yang mengeluarkan sijil cuti sakit ini. Apa pun tohmahan atau fitnah yang tidak benar akan berbalik kepada orang yang menyebarkan fitnah itu. Insya-Allah, Allah akan memelihara saya daripada sebarang fitnah dan hasad dengki,” katanya.

Jelasnya isu serangan peribadi sudah tidak relevan untuk memancing undi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Isu ini telah disensasikan dengan kaitan peristiwa yang tidak berasas. Isu sakit ini perlu tanya kepada doktor,” katanya. -mstar


'Suami calon PAS murung, bukan sakit serius'

PAS hari ini menafikan bahawa suami calonnya di kerusi pilihan raya kecil Tenang - Maarof Abdul Mutalib menghadapi penyakit serius seperti didakwa dalam akhbar arus perdana dan beberapa blog pro-BN.

NONEMenurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan suami Normala Sudirman itu menghadapi masalah kesihatan yang serius.

"Tidak ada indikasi beliau ada penyakit yang serius, yang bahaya, tidak ada.

"Beliau bukannya lumpuh atau hilang ingatan. Rasanya (ia) bukannya isu.

"Kalau ada pakar minta rujuk kepada pakar besar, terpulanglah pakar tersebut," kata Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata berdasarkan surat cuti sakit yang diberikan kepada guru berkenaan selama 21 hari, hanya mencatakan sakitnya sebagai "simple depressive disorder".

"Masalah kemurungan boleh berlaku dalam banyak hal. Kita tidak tahu apa puncanya, tetapi beliau pernah digambarkan sewaktu isterinya diisytiharkan menjadi calon, beliau diarahkan berpindah 24 jam.

"Mengikut amalan perubatan antara tekanan dan kemurungan boleh berlaku kerana kematian keluarga, atau perpindahan. (Jadi) kemurungan mungkin boleh berlaku," katanya.

Dr Hatta mengulas laporan akhbar dan blog yang mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Bersama isteri

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kemurungan tersebut.

tenang ceramah normala received flowerBagaimanapun, katanya antara terapi dan jalan penyelesaiannya mengenai isu ini adalah bersama-sama dengan isteri, keluarga dan orang yang disayanginya.

Mengulas mengapa Maarof mengambil cuti yang banyak, Dr Hatta meminta perkara tersebut dirujuk kepada doktor yang memberi cuti berkenaan.

Beliau juga berkata sijil sakit itu "tidak wajar" didedahkan kepada umum kerana ia merupakan dokumen sulit dan peribadi antara majikan dan pekerja.

'Tanya doktor'

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mempertahankan Maarof yang didakwa berkempen untuk isterinya.

"Beliau tidak kempen, atau memberi ucapan, tetapi (beliau) mendampingi isterinya," katanya.

Utusan Malaysia hari ini memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'. Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Sementara itu, Normala - ketika ditemui pemberita berhubung isu surat cuti sakit suaminya - berkata:

"(Perkara) itu saya kira lebih baik (media) berjumpa dengan doktor yang berikan surat cuti (supaya) lebih profesional, mengapa dan kenapa surat itu dikeluarkan kepada pesakit."

Ditanya mengenai masalah kesihatan yang dihadapi oleh Maarof, Normala sekali menegaskan supaya media bertanya kepada doktor tersebut.

"Media, kalau betul-betul nak tahu, tanya doktor. Saya kira itu lebih baik dan lebih adil (supaya) ada ketelusan," katanya.

Ditanya pemberita mengenai suaminya yang sakit, tetapi masih mengikut beliau berkempen, Normala berkata:

"Istilah sakit, bukan telantar. Saya kira ia telah diterangkan oleh (pihak) operasi (PAS). Saya ingat istilah itu perlu difahami... Setakat ini (beliau) ok (dan) emosinya sangat stabil," tegasnya.

Ditanya sama ada tertekan dengan dakwaan tersebut, Normala berkata beliau tidak rasa tertekan.

Katanya beliau percaya penganiayaan akan berbalik kepada orang yang membuat fitnah.

Katanya, suaminya jarang mengambil cuti dan beliau sangat memberi komitmen dengan kerjanya. -mk


Ulasan GB

Sebagai seorang ahli iktisas, seseorang doktor boleh menyaman pihak yang mempertikaikan sijil cuti kepada pesakitnya. Pihak sekolah yang mendedahkan sijil cuti sakit itu juga boleh didakwa kerana surat sijil sakit itu adalah sepatutnya sulit dan tidak didedahkan kepada pihak awam.




11 ulasan:

Amuraria berkata...

INILAH KERJA-KERJA PECACAI-PECACAI PARTI DAJAL SEKUTU APCO HINGGA KES PERIBADI PUN MAHU DIISUKAN ! RM70 JUTA LEBIH BAYAR PADA APCO MENGAPA TAK JADI ISU ?

Tanpa Nama berkata...

Saman je, jangan cakap aja. Kemurungan tu sakit merbahaya. Jiwa tak stabil.Nasib baik kerja dengan kerajaan. dapat makan gaji buta. Gaji rakyat yang bayar bukannya APCO.

Unknown berkata...

Saman aje....InsyAllah boleh menang...Saman pada Muyudin krn dlm berita TV3 dialah lahanat yg menafikan sijil sakit tersebut. Kat pejabat aku dah menang kes mcm nie...lainlah kecuali Sijil dapat secara tak betul???

Tanpa Nama berkata...

cg mala..jangan layan org bangang...

tuan punya MC yg patut jawab

g la tanya suami dia ...watpe tanya cg mala...bodo punya olang

MC 21 hari kalau doktor bertauliah yg bagi tak salah apa apa...

yang salahnya org yg dapt MC tu..sepatutnya rehat kat umah...

doktor bagi rehat....rehatlah...watpe buat keje...

so jangan ada sesiapa pun mempertikaikan pemberian MC oleh doktor...dan doktor berkenaan...

yg boleh dipertikaikan ialah mengapa org yg diberi MC tak rehat bila diberi rehat...

dan kenapa takde siapa pun yg menasihatkan si suami agar berehat...

Yong berkata...

Yong ade kawan yang sakit kemurungan. Dia diberi cuti hampir setengah tahun kerana masalah ini. Nasihat Yong, jika doktor beri ubat untuk stabilkan emosi, ambil ubat ikut masa yang ditentukan. Tapi jangan hanya bergantung pada ubat. Sabar dan kuatkan semangat. InsyaAllah sembuh.

Tanpa Nama berkata...

Anon 2.41 am,

Betulkah penyakit ini kena rehat dan bersendirian? Ini bukan penyakit selsema.

bakal doktor berkata...

salah satu terapi terbaik bagi pesakit kemurungan adalah sentiasa beraktiviti dan berdamping dengan isteri(jika berkahwin),dan BUKANNYA duk berehat sorang2 kat rumah...so,ape yg peliknya jika sisuami berjalan2 waima meredah banjir sekalipun bersama isteri?? beliau bukan mohon MC kerana patah kaki(memang sgt x patut jika boleh berjalan2 dlm MC..sekarang ni pun ADUN yg byk mampos kerana mcm2 penyakit dtg dari mana?? kdg2 isu begini hanya akan menyerlahkan lagi kedangkalan pale otak org yg menimbulkannya...

azril berkata...

Kalo betul dia diberi mc kerana sebab kemurungan, dh tentu la dia perlu bersosial. Takkan dia nk duk terperuk dalam rumah sorang2. Lagi la tambah teruk penyakit dia. Btul la tu, dia kluar temankan isteri berkempen. Tp kebanyakan org pikir bila sakit je msti pikir psl sakit fizikal. Kalo nk saman, saman jela. Tak pyh nk bising2. Tgk la sape menang...

Tanpa Nama berkata...

tulong habaq kat mohyidin sat! hang tolong jaga negeri johog takut satu haghi kut boleh kat singapo,nu pulau batu puteh dan tanah ktmb hampa dah bagi kat singapo dah! ni pasai kes kecik2 toksah do pebesaq malu kat oghang,oghang tau kata hampa teghok cuma hat bengong bengong dok sokong hampa.

Tanpa Nama berkata...

Buku sekolah pun tak dapek nak jago inikan pula negeri Johor....Muyidin patut digelar Bapak Jahilliah.

Tanpa Nama berkata...

anon 7.23 am

Sila berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kem. Pelajaran M'sia, E12 Putrajaya.

Bertanya dengan Penolong Pengarah yang berkenaan.

Anda akan dapat jawapan yang tepat lagi padat.

Kakitangan Kerajaan@Penjawat Awam tertakluk dengan Perintah Am.

TK.