28 Jan 2011

UMNO Jadikan Warga FELDA Labis Sama Dgn Orang Asli Galas

BN digesa henti ugut pengundi Melayu

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.

"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.

"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.

"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu menjadi takut untuk menampakkan sokongan mereka kepada PAS, termasuk takut untuk menaikkan bendera PAS dan menampakkan reaksi cenderung kepada PAS," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang.

Sungguhpun begitu, beliau yakin, pengundi-pengundi Melayu akan sedar tentang kepentingan mereka memberikan undi kepada PAS pada hari mengundi nanti, sekiranya mereka terus didekati oleh para petugas PAS dan diberikan penjelasan yang secukupnya tentang kelebihan perjuangan PAS berbanding Umno BN.

Dari tinjauan yang dilakukan oleh para petugas PAS juga, katanya, para pengundi Melayu di kawasan itu juga ternyata tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno di Johor termasuk di kawasan itu kerana masih amat banyak isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan, walaupun Umno BN telah memerintah negeri itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Selain politik ugutan, Siti Zailah turut kesal dengan para pemimpin Umno BN yang masih terus menerus memainkan politik wang dalam pilihanraya Dun Tenang, walaupun ia sudah diketahui umum salah dari segi undang-undang. -harakahdaily

Ulasan GB

Ingat Galas! UMNO bawa taktik Galas ke Labis. Di Galas, orang asli yang diumpan dan diugut, tetapi di Labis, warga FELDA yang menerima umpanan dan ugutan tersebut. Tak sudah-sudah UMNO BN melembukan rakyat 1Malaysia.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan takut wahai para pengundi Felda.
kau orang kena ikut kami di Felcra Perak.
Walaupun si Tajuddin (Pengerusi Felcra) ugut para preserta, tapi kami tetap akan lawan. Anak2 kami terus bangkit menentang.

Kau orang jang takut. Politik adalah hak masing2. Pemimpin2 nipun naik kerana kita. Mereka ugut macamnapun, yang naikkan mereka adalah kita. Sebab tu undi kita penting bagi mereka.

Jadi jangan takut utk membuat perubahan. Mereka menekan dan menindas kita sekali...kita akan turunkan mereka berkali-kali lepas ni.

Undi ditangan kita.
Hidup mati pemimpin yg rakus kuasa nipun di tangan kita.
Jadi...sekali lagi saya sseru...jangan takut unmtuk membuat perubahan.

Ingat pepatah melayu " pemimpin adil...pemimpin di disanjung....pemimpin zalim...pemimpin tu akan di sanggah"

Tanpa Nama berkata...

sudah menjadi budaya pemimpin umno menakut nakutkan pengudi dengan berbagai helah,dulu mereka takutkan pengundi melayu drngan kesusahan ,huruhara sekiranya pas merentah tapi isu itu sudah tidak reliven kerana pas sudah 20 tahun lebih merentah kelantan tida berlaku huruhara malah semua bangsa hidup seperti biasa malah lebih aman dari bn merentah dulu,takut susah negeri yang umno merentah pun ada yang lebih susah ramai dikalangan anak muda keluar bekerja diluar.