9 Dis 2010

Laksanakan Sistem Juri Segera Untuk Tangani Kebobrokan Sistem Kehakiman

Sistem Juri Akan Dikembalikan?

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menimbang kemungkinan untuk mengembalikan semula sistem juri yang telah dimansuhkan sejak sedekad lalu, kata Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan pada Rabu.

Malaysia memansuhkan sistem juri pada tahun 1995 ekoran masalah kesukaran untuk mencari juri yang berkelayakan memandangkan rakyat Malaysia tidak terlatih untuk mempertimbangkan bukti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kerajaan kini sedang mempertimbangkan semula rancangan untuk mengembalikan sistem yang diamalkan di negara seperti Amerika Syarikat dan Britain itu.

“Sistem juri adalah sesuatu yang kita sedang pertimbangkan,” katanya pada sidang media dan menambah, walaubagaimana pun tiada keputusan dicapai sama ada sistem tersebut akan diperkenalkan semula.

“Satu individu tidak sebagus tujuh individu untuk menentukan masa depan seseorang,” katanya merujuk kepada kes yang melibatkan hukuman mati.

“Anda tidak boleh membenarkan seorang individu untuk membuat keputusan. Kadang-kadang ada hakim yang keberatan untuk menjatuhkan hukuman mati yang akan menyebabkan ketidakadilan dalam penghakiman.”

Hukuman mati yang dilaksanakan melalui cara digantung adalah hukuman mandatori untuk kesalahan bunuh, pengedaran dadah dan pemilikan senjata api di Malaysia.

Kes terakhir yang dibicarakan oleh juri di Malaysia adalah kes pembunuhan kejam seorang ahli politik yang dibunuh dan dipotong kepada 18 bahagian oleh pasangan suami isteri yang mengamalkan ilmu hitam.

Mereka disabitkan bersalah pada Februari 1995 bersama pembantu mereka dan dihukum gantung sampai mati. -mstar

Ulasan GB

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya sistem juri diperkenalkan semual. Biar ramai yang menentukan kebenaran dan keadilan, bukan hanya ditangan seorang hakim.

Petikan ulasan GB:

Sistem kehaikman yang digunakan di negara ini sudah ketinggalan. Laksanakan sistem juri. UMNO BN takut untuk melaksanakan sistem juri kerana mereka tidak akan dapat memperkudakan institusi kehakiman negara lagi nanti.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau nak keadilan kenalah tumbangkan BN PRU13

Tanpa Nama berkata...

SISTEM JURI??? SIAPA YG LANTIK??? UMNO....SIAPA BAYAR GAJI...UMNO??? MATI LA JAWAPNYA?? TUMBANGKAN UMNO BARU CITER PASAL KEADILAN DALAM SISTEM KEHAKIMAN.

Tanpa Nama berkata...

Minta rakyat hakimkan dahulu pemerintahan UMNO/BN dan susuk-susuk yang mengurus-tadbirkan negara yang dok ada sekarang ini pada PRU-13 nanti. Jika UBN diberikan mandat, maka jangan harap ia terlaksana.

Oleh itu jika mahu pelaksana sistem yang lebih baik integriti dan ketelusannya berilah peluang itu kepada Pakatan Rakyat. Waktu itu segalanya akan diperbetulkan semula. Contoh di Selangor dan negeri-negeri tadbiran PR sekarang.

Tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... dan adakalanya kita terpaksa menongkah arus menggapai tepian agar tidak berterusan hanyut hingga ke kuala.

Tanpa Nama berkata...

NAMPAK RAKYAT MSIA SEMAKIN MUNDUR,SAMPAI LANTIK JURI PUN SUSAH.TU LA HARI2 HIBURAN SAJA.KAN DAH BODOH GENERASI AKAN DATANG.