9 Dis 2010

Isteri Kedua Pengerusi SYABAS Tuntut Cerai


Isteri Kedua Pengerusi Syabas Fail Cerai

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Permohonan Justynn Cassandra, 25, difailkan pada bulan lalu dan permohonan tersebut disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malik Awang pada Rabu.

Pada prosiding itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Rozali memohon mahkamah memberikan masa selama tiga bulan untuk membolehkan kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara baik.

“Saya dimaklumkan oleh anak guam bahawa mereka masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai permohonan ini,” tambah Fakhrul Azman.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn.

“Tempoh tiga bulan adalah terlalu lama kerana mereka sudah tidak bersefahaman. Saya mohon diberikan dua minggu untuk mereka berbincang,” katanya.

Ab Malik kemudian membenarkan kes tersebut ditangguhkan sehingga 4 Januari depan untuk Rozali membuat keputusan terhadap permohohan plaintif.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga pada 2006 di Perlis dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan setahun.

Ulasan GB

Isteri kedua berumum 25 tahun. Tak kisah ler sebab gaji anda berjuta setahun. Tapi nama isteri Justynn Cassandra. Apa bangsanya, apa agamanya? Itu pun tak kisah ler. Tapi takkan gaji berjuta pun tak boleh jaga hati seorang isteri lagi? Kalau demikian memang tak berair lah orang Selangor asyik nak tanggung gaji anda seorang sampai SYABAS terpaksa naikkan tarif air.

Mujur memo air dapat diserahkan kepada Agong.

Setiap kebatilan pasti akan terdedah jua. Nak lari mana?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam rakyat juga tuntut keadilan, jangan asyik nak menindas penaik harga air

kembara putih berkata...

Takpe, dengan gaji 425 ribu sebulan boleh cari ramai isteri baru lagi. Kami rakyat KL dan Selangor akan bekerja lebih keras untuk membayar gaji kamu.

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat pengerusi syabas tak adil

Tanpa Nama berkata...

apa komen shahrizat?

roy berkata...

Jgn la mcm tu... kita mendengar dari pihak ke pihak.. entah btl atau tidak kita xthu... jgn benda ni menjadi kan fitnah... apa pon mereka buat satu hari mereka akan menghadap juga di akhirat...