9 Dis 2010

Amah Bunuh Isteri Majikan Kerana Cemburu

Cemburu punca amah bunuh isteri majikan

SUSPEK kes bunuh warga emas di Kampung Lubuk Tapah dibawa polis ke mahkamah untuk mendapat perintah reman.

KOTA BHARU: Hubungan sulit antara suami dan pembantu rumah warga Indonesia dipercayai punca pergaduhan dan seterusnya pembunuhan ngeri seorang wanita warga emas di di Kampung Lubuk Tapah, kelmarin.

Mangsa Yeap Seok Pen, 60, yang juga mempunyai penyakit parkinson sejak beberapa tahun lalu mengesyaki amah yang juga suspek berusia 21 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, Lee Lai Wing, 64.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mazlan Lazim, berkata mangsa cemburu dengan layanan suaminya terhadap suspek yang dikatakan malas bekerja tetapi suami mangsa tetap memberi layanan yang baik.

"Ketika kejadian, mereka dipercayai bergaduh sehingga ada jiran mendengarnya.
Suspek yang tidak tahan dengan sikap Yeap, mengambil sebilah pisau lalu menikamnya bertubi-tubi di muka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Melihat mangsa berlumuran darah, pembantu rumah itu melarikan diri.

Semalam, akhbar melaporkan seorang wanita warga emas mati berlumuran darah di ruang tamu rumahnya dipercayai ditikam penyerangnya di Kampung Lubuk Tapah, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu, Yeap dikatakan tinggal berdua bersama seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 21 tahun.

Kejadian itu disedari anak lelaki Yeap, Lee Che Keng, 20-an, yang pulang ke rumah pada jam 2 petang.

Suspek yang ditahan polis kelmarin, direman selama tujuh hari bermula semalam. -BH


Tiada ulasan: