Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu, di sini, kelmarin, tiba-tiba rebah dan diserang sawan ketika disiasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).
Keadaan itu menyebabkan anggota penguat kuasa dan teman lelakinya berusia 32 tahun panik apabila mulut remaja terbabit berdarah, lidah tergigit dan seluruh badannya kekejangan.
Berikutan itu, anggota penguat kuasa Jaik terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, serta dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, remaja terbabit dari Tongkang Yard, di sini, ditahan bersama pasangannya dari Hutan Kampung, di sini, dalam operasi sempena Maal Hijrah.
Beliau berkata, lelaki terbabit turut diambil keterangan kerana disyaki bersekedudukan dengan remaja itu sejak malam Selasa lalu di motel berkenaan.
“Ini kes pertama membabitkan kejadian seperti ini, tetapi tindakan pantas anggota kita mengawal keadaan menyebabkan remaja itu dapat diselamatkan.
“Bagaimanapun, kita akan menahan remaja itu sebaik keluar wad untuk diambil keterangan dan hanya dibebaskan dengan jaminan keluarga sehingga menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah,” katanya.
Menurutnya, di motel sama, pihaknya turut menahan dua pelajar tahun akhir sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat, kira-kira jam 5.15 petang.
Beliau berkata, remaja perempuan berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal seorang diri kerana baru pulang bercuti di rumahnya di Johor manakala teman lelakinya berasal dari sini hanya datang menemaninya.
“Bagaimanapun, ketika serbuan, pintu bilik mereka tertutup rapat dan apabila diketuk mereka mengambil masa lama sebelum membukanya.
Menurutnya, operasi bermula jam 2 petang hingga 8 malam itu membabitkan 28 anggota yang tertumpu sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala, Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini.
Beliau berkata, semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 32 tahun dengan tiga daripada mereka pelajar universiti dan dua pelajar manakala selebihnya bekerja sekitar negeri ini.
“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1)dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung hingga mendatangkan syak yang jika dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.
“Kebanyakan pasangan memberi alasan menumpang di bilik hotel untuk berseronok,” katanya. -hm

Tiada ulasan:
Catat Ulasan