2 Dis 2010

Jadi Billionir Jual Laman Web - Ulasan GB

London - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi


Ulasan GB

Hanya mencipta lamanweb, dah dapat berbillion.

GB pun tertanya-tanya juga berapa pula nilai blog Kelab Greenboc ni? heheh. Duit tengah takda. Ada pulak ramai mangkuk sampai hati tuduh dan memfitnah GB kononnya dapat sponsor dari Datuk Zaid Ibrahim.

GB dah jawab semua tuduhan itu di ruang komen di SINI

Kita tinggalkan saja penyokong tegar DSAI tuh. Mereka yang dah tak waras dituduhnya kita.

Berbalik kepada nilai blog GB ni. GB pun semaklah berapa nilainya dekat website valuer yang masyur di SINI Maka diperolehi:



Wow! RM 293,084.82

Kaya jugak kalau dapat. Tapi siapa yang nak beli? Aiseh.... GB mengeluh, banyak tipu lah semua ni.

GB begini, begini jugak... bersyukur dengan yang ada, bersabar dengan ujian yang menimpa dan berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan selagi hayat masih ada sehinggalah tertegak kalimahNya. Hasbiyallah.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yg menyokong yang menyebabkan pengasas FB jadi kayaraya adalah salah seorangnya ialah GB lah...dimana FB telah terbukti byk memberi keburukan daripada kebaikan kepada penggunanya.

Unknown berkata...

anon 12:16

anda pengguna internet. tapi tahukan anda siapa yg mencipta internet ini?

dulang paku serpi kamu nih.

perkara pokok ialah kita umat Islam perlu menggunakan apa yg ada untuk menyebarkan kebaikan memerangi keburukan.

Sebilah pisau boleh membawa kebaikan atau keburukan. Maka di tangan anda yang "memilih" mana satu keinginan anda.

Tanpa Nama berkata...

sabor lah GB, cuba advertise dlm mudah.com.. hehe.
Ramai org menyalahkan wanita yg berpakaian sexy, tapi tak nak menyalahkan tipis nya iman di dada sendiri. Sama la mudah nya kita menyalah kan FB..

Waris berkata...

Sedih bila terbaca komen anon kat atas sekali tu. Mesti meLAYU tu dgn fikiran ortodoks dia. Kalau tak nak guna internet atau FB, maka meLAYU disarankan utk mencipta satu alternatif utk kemajuan. Kenapa bangsa eropah lebih maju dari meLAYU? Jawapannya ialah kerana majoriti meLAYU berfikiran seperti anon di atas tu. Cara dia berfikir membenarkan dirinya diTIPU sepanjang hayat oleh meLAYU yg lebih bijak darinya. Bijak meLAYU pun bukannya bijak sangat pun... cuma bijak menipu. Mangsanya ialah orang meLAYU sendiri seperti anon di atas.

Orang Islam sepatutnya lebih terkedepan berbanding bangsa lain kerana Allah dah turunkan selengkapnya satu kitab yg segala2nya ada di dalamnya. Masalahnya ialah kebanyakan dari kita hanya dilahirkan sebagai Islam tetapi hanya segelintir saja yg menghayati Islam termasuk diri aku sendiri.

Tanpa Nama berkata...

anon ni nk kata bangang..tau plak surf tenet...kata tolol...marah..x da kaitan langsung...kita memilih..mana yg elok amik..x elok biar pi lah...hang kan adal akal...ke anon ni x waras...spesies mcm anon nilah yg sampai mati kena tipu dgn UMNONGOK...kalau dia melayu..ni lah melayu yg selalu kena tipu...terutama masa p.raya...dapat kain...abih...dapat duit RM100..ranap...tolong buka minda sikit....

Waris berkata...

Sokong anon 5:02... Yahudi pun ada kebaikannya yg kita boleh ikut. Contohnya, kebijaksanaan mereka dan mereka tidak menindas bangsa mereka sendiri malah dibantu bangsa mereka sehingga maju.

MeLAYU? Alamak... kalau ada meLAYU yg bodoh2 mcm anon kat atas sekali tu sudah pasti menjadi kegemaran umno utk dipijak2 sampai lembik. Yg bodoh dibodohkan lagi termasuk beberapa kerat kangkong kat IPT serta beberapa pemimpin pas & pkr. Yg maju kat Malaysia ni siapa? MeLAYU ke?