Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu
TEMERLOH, 1 Dis: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?
Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.
Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.
Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.
“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.
“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.
"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.
Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.
“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.
"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.
"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.
Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.
Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.
“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.
"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.
Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.
“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.
“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?
"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.
Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini. -harakahdaily
Ulasan GB
Kita berterus-teranglah. GB bukanlah ornag yang mendewakan mana-mana pimpinan, hatta TGNA sekalipun. Kerana Khalifah Abu Bakar sewaktu wafatnya Rasulullah s.a.w. dan ketika umat Islam berkecamuk sesama sendiri, setelah mengucapkan puji syukur kepada Tuhan Abu Bakr berkata: "saudara-saudara! Barangsiapa mau menyembah Muhammad, Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mau menyembah Tuhan, Tuhan hidup selalu tak pernah mati."
Demikian jelas larangan mendewakan makhluk. Sekalipun kita dianjur dan diarahkan untuk berselawat ke atas Nabi, namun kita tidak boleh mendewakannya sehingga ke tahap boleh mensekutukan Allah s.w.t. seperti dilakukan oleh umat Kristian terhadap Nabi Isa a.s.
Dan sewaktu idea UG berkumandang, GB adalah salah seorang penentang utama idea berkenaan. Walaupun ramai juga yang mengambil sikap menentang GB, akhirnya kebenaran itu tertegak, UG tumbang cuma mungkin belum dikuburkan.
Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai salah seorang pemimpin yang mendokong gagasan UG berkenaan menyebabkan hilangnya "respek" GB kepadanya waktu itu. Ditambah pula dengan "penghakiman" yang beliau lakukan terhadap kes Hassan Ali dan Khalid Samad yang pada pemerhatian GB, tidak menepati neraca kebenaran dan keadilan.
Dan banyak hal yang GB kurang dapat menerima cara beliau memimpin sekalipun beliau seorang Naib presiden PAS. Namun keyakinan GB, mereka yang menegakkan kebenaran dan keadilan akan pasti diperlihatkan oleh Allah s.w.t. tentang kebenaran itu bersandarkan dengan doa agar Allah menunjukkan kebenaran itu kebenaran...dan kebatilan itu kebatilan...
Sekarang GB mengambil sikap "bersetuju" dengan TITM apabila beliau berkata benar bahawa "Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu".
Apatah lagi Saidina Ali r.a juga ada mengatakan:
"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"
Tetapi GB berharap TITM sudah komited untuk tidak membawa UG lagi.
Benar katanya, hentikan diskusi ke Putrajaya kerana Putrajaya bukan matlamat! Ia masih lagi peringkat "wasilah". Wasilah tempat untuk menegakkan kalimah tauhid.
Jika PR naik ke Putrajaya tetapi membawa sistem yang sama seperti UMNO BN, maka perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tidak mempunyai nilai apa-apa, tak kira siapa pun PMnya.
Apa tah lagi jika kita menawan Putrajaya dengan kaedah yang tidak dibenarkan oleh agama seperti menipu dan sebagainya.
GB pernah menulis komen di SINI dengan memetik sebuah hadith:
ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة
Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.
Yang perlu kini seperti GB katakan sepertimana yang diungkap oleh TITM di atas, GB dah katakan sebelum ini iaitu:
Dengan ramalan pilihanraya lebih awal, ahli-ahli Pakatan Rakyat dibebankan dengan memikul "stress" - sedangkan ia tidak perlu penyakit itu boleh dielakkan.
Apa guna memikul balak di dalam perjalanan yang panjang untuk membina jembatan sedangkan sungainya belum kelihatan? Bukankah itu kerja si Bebal?
Bukankah masa ini sebaik-baiknya digunakan memperkukohkan dan membersihkan parti, menyusun strategi dan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kualiti ilmu dan kemantapan berorganisasi supaya PR "benar-benar" memenuhi fungsi kerajaan menanti?
Galas & Batu Sapi juga baru kalah, inikan pula nak ke Putrajaya!
Bangun dari tidur wahai blogger PR.
Ayyan tafi'a bihi

4 ulasan:
betol sesgt ulasan gb. bukalah mata wahai ahli pas. kamu sibuk nak ke putrajaya sedangkan parti masih huru hara. akibatnya kamu dicucuk hidung saja.
GB dan sahabat2 ahli PAS sekalian,
Banyak yang perlu kita perbaiki di peringkat akar umbi masyarakat sebelum kita meneruskan hasrat utk menawan Putrajaya.
Di kebanyakan tempat, PAS adalah tidak aktif dalam masyarakat. Ahli-ahli PAS hidup dalam kepompong sendiri. Selang 5 tahun baru muncul utk mempromosikan parti. Jika diteruskan style begini, PAS tidak akan berjaya. Ini kerana kita perlu sokongan dan undi masyarakat untuk menang.
Oleh itu, perbetulkan mentaliti dan jadilah alternatif kepada BN. Bagaimana nak mentadbir negara jika kampung tak dapat ditadbirkan? PAS perlu meresap dalam institusi masyarakat, jadi tukang mandi jenazah, jadi tukang gali kubur, jadi penanggah di rumah kenduri dan jadi rapat dengan anggota masyarakat.
Di negeri2 yg baru dikuasai seperti Selangor, Penang dan Kedah, kuatkan pengaruh PAS di mata masyarakat. Sama2 menggembleng tenaga untuk menyokong wakil rakyat yang ada. Jadi kaki dan tangan wakil rakyat tersebut untuk memperjuangkan kebajikan masyarakat.
Ingatlah bahawa politik bukan sekadar untuk memenangkan parti. Tapi untuk mendapat sokongan yang berkekalan daripada pengundi. Jika kita gagal menyedarkan pengundi tentang realiti yang sebenarnya, kita tidak akan berjaya walaupun matlamat perjuangan kita suci.
Kuatkan parti, kuatkan sokongan masyarakat untuk parti dan berdoalah kepada Allah. Mudah-mudahan berjaya
Seruan Naib Presiden PAS ni benar.Banyak yang tak kemas,banyak yang tak lancar dan banyak yang belaku sepatutnya tidak berlaku.Negeri-negeri yang ditadbir PAS seperti Kelantan dan Kedah tidak cekap "mengurus kemenangan"(unable to manage success)kerana masih punya mentaliti "pembangkang".Kelantan walau pun sudah diperintah PAS lebih dari 20 tahun namun tahap Perhubungan Awamnya masih jauh ketinggalan akibatnya senang diserang oleh musuh.Negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor juga kecoh kerana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak sehaluan.Akibat perpecahan ini(ada pula yang menyokong UMNO)pentadbiran negeri jadi kacau.Semua ini wajar diselesaikan dengan cepat.Kalau mentadbir negeri pun belum boleh,masih banyak kelemahan dan kepincangan,bagaimana nak kePutrajaya.
Naib Presiden PAS yang membuat komen ni,Tuan Brahim Tuan Man,tak boleh sekadar cakap dan komen aje.Sebagai Naib Presiden yang dilantik oleh perwakilan wajar "crack the whip" agar yang malas,lembab dan banyak cakap,tak ada kerja,tu melaksanakan tugas masing-masing.Apa guna jawatan tinggi kalau tak tahu nak memenafaatkannya.
Salam kepada sahabat semua.
Kepada Pimpinan PR jgn duk tido lena dibuai mimpi yg indah sampai ke Putra jaya ..walhal masalah dalaman pun belum selesai lagi...bangunlah semua, kejutkan sahabat sahabat kita, tqvm jasa baik blogger yg banyak mainkan peranan.Zmn sekarang zaman cyber elok ada peruntukan bantuan kepada para blogger yg banyak membantu. mulakan dari sekarg...
Kita kesuntukan masa.takut angan2 menjadi angan tak kesampaian.Putrajaya nth hilang kemana.Hendak ditawan atau kita yg ditawan .Perkemaskan apa yg kurang.
Buat GB teruskan perjuangan...Moga Allah bersama org yg benar dan iklas dalam perjuangan
Maaf kalau pandagan saya ada salah silap..
Wassalam.
Catat Ulasan