2 Dis 2010

Utara Eropah Lumpuh Akibat Salji Tebal

Utara Eropah lumpuh akibat salji tebal

LONDON: Salji yang turun dengan lebat menyebabkan lapangan terbang di utara Eropah di tutup dan trafik lumpuh.

Lapangan terbang UK, Perancis dan Switzerland juga ditutup. Beberapa penerbangan di Jerman dan Sepanyol tergendala.

Penerbangan Perdana Menteri Sepanyol Jose Luis Rodriquez Zapatero ke Zurich untuk menyaksikan majlis pengundian Piala Dunia Fifa tertangguh.

Di ibu kota Rusia, Moscow, suhu jatuh ke paras -23.6C (-10.5F), terendah yang direkodkan pada 1 Disember sejak 1931.

Cuaca lebih sejuk di Poland dengan bandar timur Bialystok mencatat suhu -26C (-14.8F).

Pasukan polis menyeru para penduduk memberitahu pihaknya jika terjumpa dengan mereka yang tidak berumah selepas lapan daripada mereka meninggal dunia akibat beku di Poland.

Di Britain, beribu-ribu sekolah ditutup dan polis di selatan Surrey menyifatkan sebagai keadaan terburuk yang pernah mereka saksikan.

Amaran salji tebal

Pejabat Met mengeluarkan amaran salji tebal di kebanyakan tempat di timur Britain dan bahagian tengah negara itu.

Para penumpang tertangguh hampir sejam perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan Eurostar yang menghubungkan London dengan Paris dan Brussels.

Gatwick, salah sebuah lapangan terbaik Britain yang paling sibuk, ditutup, sama juga dengan lapangan terbang Edinburgh. Lapangan terbang Geneva, Switzerland dan Lyon-Bron di selatan Perancis juga ditutup ketika kakitangan bergelut membersihkan landasan penerbangan dari salji.

Beberapa penerbangan dilaporkan tergendala di Frankfurt, Munich, Vienna dan Prague.

Di Perancis, 12 kawasan beku di bahagian tengah dan timur negara itu menyebabkan penggunaan lori dilarang, mengakibatkan lebih 7,000 pemandu tergendala semalaman.

Salji tebal membungkus Jerman, menyekat jalan raya dan beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan dan sekolah-sekolah ditutup.

Akhbar Bild berkata, salji kali ini paling teruk sejak beberapa kurun menjelang Disember, dengan di setengah-setengah kawasan mencatat suhu di bawah -18C (-0.4F).

Harga elektrik dan gas meningkat akibat permintaan yang bertambah di pasaran tenaga Eropah.

1 ulasan:

L0kman Pearl berkata...

http://pearlsebelas.wordpress.com/2013/01/13/salji-tebal-2010/