16 Nov 2010

Tiada Halangan Jika Zaid Mahu Sertai PAS - Salahuddin

Tiada Halangan Jika Zaid Mahu Sertai PAS - Salahuddin

PETALING JAYA: PAS tiada halangan jika bekas Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mahu menyertai parti itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jika benar keputusan itu, ia seharusnya dihormati kerana dalam demokrasi mana-mana individu berhak untuk menyertai mana-mana parti.

“Bagaimanapun, sama ada diterima atau tidak beliau dalam parti bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.


“Jika Zaid mahu, beliau boleh mohon. PAS mengambil sikap terbuka maka siapa-siapa pun boleh memohon.

“Namun keputusan melibatkan semua dalam PAS dan perkara itu perlu diperbincangkan terlebih dahulu sebelum diputuskan lebih jelas dalam mesyuarat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Salahuddin berkata, banyak faktor dan pertimbangan perlu dilakukan melalui mesyuarat jawatankuasa kerana Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Zaid daripada PKR, sebelum itu daripada Umno. Banyak masalah dan kontroversi yang berlaku. Jadi pertimbangan sewajarnya perlu diutamakan.

“Jika dia mahu sertai PAS, itu hak dia. Tak ada masalah. Cuma sama ada lulus atau tidak untuk kita terima dia, itu belum pasti,” katanya.

Dalam pada itu, Umno pula tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut untuk menyertai semula dalam parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata Umno telah 'membuang' Zaid maka tidak perlu diambil semula.

“Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah,” katanya.

Zaid pada 8 November lalu menarik diri daripada merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.

Keputusan itu ekoran dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan itu turut berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat daripada parti sebelum mengumumkan keluar parti. -mstar

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bg aku la, golongan agamawan kebanyakannya menolak zaid dr sertai PAS, tp yg profesional xde masalah terima zaid.

sememangnya akan berlaku pertembungan dlm PAS.

PAS ganu awal2 lg dh tak 'hingin' mana dgn zaid ni..

Tanpa Nama berkata...

Soalan saya Anon 12:02 ni pemimpin PAS ka. Ataupun UMNO Terengganu.

Unknown berkata...

xpayah lah, jika dah sampai seru jugak, pastikan jwtn tertingginya dlm parti sebagai KC aje kalau tak ahli biasa

Tanpa Nama berkata...

Sekretariat Parlimen Kota Raja mengalahkan Nabi Mohd saw pula. Sedangkan Amru Al-Ass dilantik panglima Islam di hari pertama dia memeluk Islam sekalipun sebelumnya dia penentang Nabi Mohd no 1.

Ini akibatnya bila YB PAS sendiri JAHIL tentang tarikhul-Islam.

otaklunyai berkata...

Mesti ada strategi lah Saudara Salehuddin... jangan main masuk2 je. sebab kita dah tau kejalangan makhluk ni... dia kena taubat nasuha dulu, betulkan nawaitu untuk berjuang kerana Allah S.W.T. kalau masuk PAS masih beranggapan kalau ada pangkat baru boleh menabur khidmat bakti itu nampak macam tak betul lagi lah... kena cuci cukup2 dulu. kalau nak taji kena taji dulu... sebab orang begini akan mengungkit2 apa yang dia dah buat untuk parti...

Jangan terperangkap dengan jerat yang telah sedia dipasang...

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS penyokong Anwar saja yg x suka Zaid masuk PAS. Bagi mereka Anwar tu cukup suci dan bersih. Bahalol.

Tanpa Nama berkata...

Zaid belum masuk PAS lagi, kita dah bergaduh. Begitu hebat aura Zaid ni. Silakan masuk PAS manalah tahu penyokong PAS pula akan terbelah dua.. Angkatlah pedang bersama2 pejuang PAS yang lain, insyaallah PAS akan bertambah kuat dengan kemasukan Zaid...

Tanpa Nama berkata...

sanggupkah ahli PAS terima Zaid sbg timbalan presiden Atau Presiden Pas sekalipun?Kalau ya bolehlah pelawa Zaid sertai pas.Kalau tidak, lupakan saja zaid.Sbbnya analisa sendiri.