1 Nov 2010

Sudah Sampai Masanya Anwar Bersara Dari Politik - MAZA

Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualiti

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi “nafas baru” atas alasan banyak “rentak tari politiknya makin tidak seimbang.”

Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti.

“Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’,” kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai “penggerak ketiga” dalam arena politik semasa.

“Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi.

“Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama,” kata Asri lagi.

PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno.

Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

“Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi.

“Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,”
kata tokoh agama ini.

“Maaf atas pandangan ini,” kata Asri sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini.

“Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.


“Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,” kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan.

Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang.

Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik.

“Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama.

“Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti,” katanya sambil menambah, “sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini.”

Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen.

“Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara,” katanya.

Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

“Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

“Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi
,” katanya.

Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas.

“Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-amanah (amanah).

“Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh.


“Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat,” katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan.

Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

“Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat.

“Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula,” katanya. -TMI

Ulasan GB

GB dah pun menyatakan hal ini lebih awal.

Anwar Semakin Hampir Ke Penjara, Bukan Putrajaya.

PKR Sudah Sedia Menghantar Anwar Ke Penjara Semula


22 ulasan:

antihipokrit berkata...

Ada beberapa pandangan Dr Asri saya amat menyetujuinya. Cuma dalam beberapa hal saya berpandangan Dr Asri melihat politik negara Malaysia hanya dalam kerangka pemikiran politik kepartaian sahaja tidak lebih dari itu. Dr Asri mengambil jalan tengah iaitu memuji apa-apa yg patut dipuji tak kira mana-mana parti politik, dan menegur tak kira mana2 parti politik sekalipun jika dilihat bertentangan dengan pegangan beliau. Saya melihat ada baiknya pandangan2 tersebut, tetapi terdapat juga pandangan2 itu yang memberikan persepsi kepada umum bahawa PAS dan UMNO sama sahaja baik dari segi penubuhannya, dasarnya dan amalan politiknya. Andai kata UMNO dipenuhi oleh orang2 seperti Ust Fathul Bari dan 40 ulama mudanya, maka mungkin beliau berpandangan UMNO sudah menjadi lebih baik daripada PAS! Baginya tidak jelik kalau ulama masuk kedalam politik UMNO kerana UMNO boleh menerima sesiapa sahaja walaupun dasar-dasar UMNO adalah dasar kebangsaan/asobiyyah. Tambahan pula saya tidak melihat komen2 beliau tentang boleh atau tidaknya 40 ulama muda tersebut dari sudut hukum Islam. Begitulah kiranya apabila ulama mengambil sikap non-partisan sedangkan dalam Islam seseorang mesti membuat pilihan terhadap gerakan manakah yang perlu disokong atau ditentang! Ingatlah maksud sebuah hadis,iaitu kambing yang keseorangan akan mudah dibaham oleh serigala yang lapar...

Tanpa Nama berkata...

Seruan Dr.Mohd Asri ni jangan dipandang ringan.Ada betulnya seruan beliau ni jika hendakkan Pakatan Rakyat maju kePutrajaya.Sebagai contoh,dalam PAS,yang masih berkuasa diIbu Pejabat PAS adalah politikus yang berkecimpun diarena politik tanah air sejak tahun 60an.Muka seperti Hadi Awang,Mustafa Ali,Harun Taib dan Bakar Chik memang sudah ketinggalan zaman.Begitu juga dengan DAP - Karpal Singh dan Lim Kit Siang,sudah wajar bersara dan beri laluan kepada pemimpin-pemimpin muda.Dalam Keadilan Annuar,Syed Hussin wajar berundur dan beri peluang kepada pemimpin-peminpin muda untuk mengimbang kepimpinan UMNO/BN.Cadangan Prof.Dr.Mohd.Asri ni baik dan wajar dipertimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

bekas mufti layak bersara dari bawa fahaman wahabi...

Tanpa Nama berkata...

Kecuali satu orang saja iaitu TG Nik Abdul Aziz. Yang lain-lain dalam PAS tu rasanya macam dah bermaya saja.

TGNA sekalipun semaki berumur, perjuangannya masih kental dan maish diperlukan bukan sahaja oleh ahli PAS, malah oleh seluruh rakyat Malaysia.

LeeZ berkata...

komen anonymous tu org umno kut... eja nama anwar pun tak betul... hiksss

Tanpa Nama berkata...

Asri nih mungkin nak menyelusuri populariti diri dia. Dia pu pandai bercakap dan berteori je. PEMERHATI. PENONTON. Dua golongan tersebut memang serba tahu.

Turun padanglah. Nak tau langit perjuangan itu samakah seperti sangkaan semasa jadi pemerhati dan penonto. Aku pun boleh cakap macam tuh.

Dalam Islam mana ada istilah pendakwah bebas. sejak zaman sahabat semua mereka berjemaah. Bergerak secara berjemaah.

Apa yang diucapnya itu memang kesukaan UMNO. Dan tentu nama dia disebut. Anda mampukah bebuat seperti apa yang telah diperbuat oleh DSAI..!!??

Cakap tak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

masaalahnya, siapakah yang boleh mengganggu gugat BN tanpa Anwar Ibrahim. Apakah pakatan ada orang yang leebih berwibawa yang bleh diketngahkan seperti keupayaan anwar nanti..... APAKAH PAKATAN BOLEH TERUS KUKUH ATAU MENJADI BISU SELEPAS ANWAR BERUNDUR???? INGAT TUUU !!!

Tanpa Nama berkata...

ramai ada lagi... yg lebih bagus dari anwar...

nizar, khalid samad, mahfuz, salahuddin dll.

Tanpa Nama berkata...

jangan harap lah nizar, mahfuz dan ahli2 PAS lain tu nak gegar kerajaan BN.. Bertahun2 PAS tetap ditakuk lama jak.
Hanya selepas senario Anwar pada tahun 1998 barulah corak politik tanahair berubah..
Kegemilangan anwar telah membuka mata rakyat tentang kelemahan BN..
Anwar tetap de best. kerana Anwar PAS dan DAP bersatu di bawah satu pakatan.
Sekarang BN kecut kerana adanya pengaruh kuat Anwar...
Hari ini rakyat bangkit kerana kebijaksanaan Anwar membuka semua kelemahan2 BN yang selama ini kita terpedaya bertahun2 lamanya..
Kalau Anwar berundur, memang gelak besar lah orang2 UMNGOK ni. Tak perlu lagi dorang bermati2an buat fitnah liwat yang keji tu...
Asri---> Fikir dulu sebelum berucap

Tanpa Nama berkata...

ura-ura kumpulan ulamak muda yang masuk UMNO salah seorang Asri mula nampak belang..

Tanpa Nama berkata...

ASRI patut suruh UMNO bersara dari politik, rakyat cerdik tak mudah diperbodohkan UMNO lagi

Unknown berkata...

DSAI masih relevant ...no matter what .. your statement is the most stupid comment coming from a man on the outside ...

The birth of Pakatan is due to Anwar .. all people rally behind him ... he is our inspiration ...
U are nothing but a man sitting on the fence ...

U are not committed enough to be with DSAI and all the rest in Pakatan ... so just shut up .. dont try to ruin everything there is ...

U are nothing as compared to Anwar .. U dont need u to champion our cause ..

Just who do U think DSAI is ?

Think before u speak ...what a damaging statement ...

I use to respect U ... even though u dun really say who u r ... but what u said change all that ... U are just like one of them...SCUMNO ...

Tanpa Nama berkata...

ASRI pandai cakap saja, masa dia jadi mufti perangai macam Yong masa jadi ketua menteri, cakap tak serupa bikin

Unknown berkata...

I have answered everything in the comments column at the link given below. Go and read it.

http://greenboc.blogspot.com/2010/10/anwar-sebuas-dan-sijijik-itu.html

Still want to support DSAI? Go ahead.

Later, God will show who is right or wrong. My conscience is clear and I believed I have written it correctly.

No matter what, facts are fact and no matter what you or I think truth prevails in the end.

Tanpa Nama berkata...

Takdirnya Anwar realitikan hal ini aku rasa Najib dan Mahyuddin merupakan orang yang paling gembira. Gembira kerana musuh politiknya sudah tinggalkan gelanggang. Kini mereka ni sedang kecut perut kerana dengan adanya Anwar dan Saifuddin Nasution sedang mendedahkah maklumat yang sedang digunakan oleh UMNO untuk memperbodohkan rakyat. Aku teringat kepada ceramah seorang Mamat menjelang PRU 12 dulu bahawa musuh UMNO/BN kini bukan lagi PAS atau DAP, tapi ialah PKR. Betullah tu. BN dah difikan 2/3 menguasai Parlimen, 4 negeri terlepas dari tampuk kekuasaannya di samping Kelantan yang masih gagal dirampasnya dan kini telah 20 tahun dikuasai oleh PAS. Perak yang telah dirampas bukan dengan pengundian tetapi kuasa mahkamah masih bimbang akan dirampas semula dalam PRU 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

cuba kalian fikir

diantara anwar dan asri, siapa yg lebih bersih?

Budak Jelebu berkata...

Itu hanya pandangan peribadi Dr Asri. pandangan yang menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau tentang perkembangan politik negara dan pandangan yang hanya untuk mencari publisiti murahan.Pandangan yang harus di abaikan oleh para pejuang.Tiada titik noktah dalam perjuangan menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.Tiada istilah persaraan dalam membela nasib rakyat yang ditindas dan dizalimi

Tanpa Nama berkata...

Allah s.w.t. takkan redha dan restu orang seperti Anwar yang diragui "kebersihannya" untuk memimpin ummah.

Beliau akan gagal seperti Allah menggagalkannya ketika hampir setapak untuk menjadi TPM. Kini, insyaAllah beliau akan gagal lagi walaupun setapak lagi nak jadi PM.

Tanpa Nama berkata...

sehingga ini saya rasa tiada ahli pembangkang yg. dapat menggugat kerajaan BN selain daripada anwar. Kalau anwar berhenti berpolitik BN akan terus selesa mentadbir negara ini. Banyak kepincangan kerajaan BN yang diperkatakan sekarang datang dari ketua pembangkang. Pada Asri kita cadangkan masuk politik tak kiralah mana politik yang beliau pilih agar mudah kita buat perhitungan.

Cumi Manzui berkata...

Saudara Greenboc,

"Still want to support DSAI? Go ahead.
Later, God will show who is right or wrong. My conscience is clear and I believed I have written it correctly.
No matter what, facts are fact and no matter what you or I think truth prevails in the end."

Kenyataan saudara di atas seolah-olah menterjemahkan saudara cuba menjadi Tuhan. Kalau ditakdirkan DSAI tu benar, adakah saudara sanggup memohon maaf dari DSAI? Adakah saudara dapat merasai kepahitan yang dilalui DSAI? Adakah saudara bersanggupan dilakukan sedemikian? Adakah sauadar sudah diuji sedemikian?
Kalau belum diuji, cakap saja siapa pun boleh. Kerja Tuhan biarlah Tuhan yang menentukan. Kita melakukan yang terbaik dan seterusnya serahkan saja urusan tu kepada Tuhan. Kan Tuhan yang lebih mengetahui. Lihat saja apa yang berlaku di Indonesia baru-baru ni, kau akan tahu siapa yang lebih berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

GB;

Saya seorang reformis sering turun ke jalan raya pada tahun 1998> dan penyokong tegar DSAI.

DSAI yang dikenali sebagai seorang ahli politik dan pemikir di dunia barat dan dunia islam dan sebagai orang Malaysia saya berbangga mendapat pemimpin sebegini namun Parti Melayu seperti UMNO tidak akan menilai orang seperti ini malah ditekan dan diaibkannya. Biasalah...penuh dengan sifat hasad dengki berdendam kesumat yang tak sudah2.

"Allah s.w.t. takkan redha dan restu orang seperti Anwar yang diragui "kebersihannya" untuk memimpin ummah.

Beliau akan gagal seperti Allah menggagalkannya ketika hampir setapak untuk menjadi TPM. Kini, insyaAllah beliau akan gagal lagi walaupun setapak lagi nak jadi PM."

Satu pandangan yang amat cetek, pada pendapat saya musibah yang berlaku kepada DSAi adalah masa untuk beliau lebih bertafakur dan mahasabahkan diri daripada bergelumak dengan parti UMNO dan bangkit membela kepentingan rakyat dan kini rakyat lebih menyedari penyelewangan demi penyelewangan yang dilakukan UMNO/BN.

DSAI tidak perlu menjadi PM Malaysia sebab beliau sendiri pada hakikatnya sebelum memasuki UMNO amat disegani di dalam dan di luar negara menerusi WAMY (World Assembly of Muslim Youth)dan ABIM. Walaupun umur telah meningkat, setiap pertuturan beliau sentiasa dipandang serius.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

GB,

KALAU KAU TAK SIARKAN KOMEN AKU TAPI PALING TIDAK KAU DAH BACA KOMEN AKU......

KAU JGN INGAT KAU SEPERTI TUHAN??? PAS OK CUMA ORG MACAM KAU NIE MEMANG BUAT PAKATAN RAKYAT HANCUR??? MUNGKIN KAU NIE DAJJAL CIPTAAN UMNO YG BERSELINDUNG PADA PARTI PAS.

BUKA MATA SIKIT, KALAU TAK KERANA KES ANWAR DAN TANPA IZIN TUHAN PAS AKAN HANCUR. SAYA BERCAMPUR DGN ORG-ORG UMNO SAYA TAU BILA MESYUARAT UMNO YG DIKATAKAN IALH ANWAR MESTI DINYAHKAN DARI POLITIK. UMNO TAK RISAU DENGAN PAS...UMNO JUGA TAK TAKUT DGN DAP KERANA UMNO TAU PAS & DAP BOLEH DIBECAH BELAHKAN DGN ISU AGAMA...CUMA YG MELEMAHKAN UMNO IALAH PARTI PKR DAN SEMESTINYA ANWAR YG MERISAUKAN UMNO. TAK SAMPAI 10 TAHUN PARTI PKR HAMPIR SAMA DENGAN BAHAGIAN UMNO DITUBUHKAN. CINA-CINA & INDIA BOLEH TERIMA PAS KERANA ANWAR...JIKA TIDAK PAS HANYA MENDAPAT UNDI DARI MELAYU BERSONGKOK KUPIAH AJE. INGAT!!! PAKATAN RAKYAT SALING MEMERLUKAN SATU SAMA LAIN UNTUK MENJAHANAMKAN UMNO. GB JGN SYOK SENDIRI KERANA SIFAT SYOK SENDIRI YG GB ADA AKAN MEMBUATKAN RAKYAT SEPERTI SAYA YG TIDAK MENJADI MANA-MANA AHLI POLITIK BOSAN DGN PARTI PAS WALAU PUN TGNA MENJADI IDOLA SAYA DALAM PARTI PAS, DSAI DALAM PKR & LIM GUAN ENG DALAM DAP. BERSATULAH UTK MENJAHANAMKAN UMNO.....