1 Nov 2010

Azhar Digantung 6 Bulan

Azhar digantung 6 bulan daripada hadiri sidang DUN Pulau Pinang

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

Azhar, yang juga merupakan ADUN Penaga bagaimanapun, masih menerima elaunnya.

Keputusan tersebut menyebabkan kesemua ADUN Umno bertindak keluar dewan.
Azhar, yang juga ADUN Penaga dirujuk kepadajawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.
Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.

Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, telah mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan. -mk

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesihan adun-adun UMNO. Dah jadi pembangkang. Dah tuh berperangai buruk lah pulak.

Memang UMNO nih dah patut sangat dibakul sampahkan sahaja.

Bila pula golongan 'maidin' tuh jadi melayu..!!?? Heran.. herann.

Tanpa Nama berkata...

adun macam ni kedai kopi pun banyak, bukan jaga rakyat tapi jaga UMNO

non penang berkata...

sorry to say, I tengok YB ni cakap pun tak pandai, dah tu nak menegakkan sesuatu yang tak betul... nak menang dia jugak. Kurang kecerdikan .......

Tanpa Nama berkata...

Sekali-sekala nak juga tengok ADUN dari UMNO/BN digantung. Biar dia rasa sebagaimana dirasai pembangkang.