1 Nov 2010

Ansari : Ia Takdir Ilahi, Bukan Feng Shui

Ansari kecewa didakwa tak ada feng shui

SANDAKAN: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah semalam menyatakan kekecewaannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menuduh beliau tidak ada 'feng shui' atau ditimpa kecelakaan akibat dua kali terjatuh ke dalam laut ketika berkempen.

Katanya, kenyataan pemimpin terbabit mencerminkan betapa rendahnya tahap pemikiran mereka yang lebih mementingkan ‘feng shui’ berbanding menganggapnya sebagai takdir Allah.

“Sejak bila BN percaya kepada ‘feng shui’? Ada pemimpin BN menuduh saya mereka-reka kejadian terjatuh ke dalam laut, semata-mata ingin meraih simpati.

“Terjatuh ke dalam laut bukan perkara main-main. Mereka kata saya main-main atau mereka-reka terjatuh ke dalam laut,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Cabang Batu Sapi, di Bandar Leila, di sini.

Bagaimanapun, Ansari tidak menyatakan siapa pemimpin BN yang membuat tuduhan itu.

Ansari terjatuh ke dalam laut apabila jeti di Kampung Api-Api di Pulau Timbang runtuh ketika beliau menaiki jeti berkenaan Rabu lalu.

Beliau sekali lagi ditimpa kemalangan apabila terjatuh ketika berjalan di titi yang menyambungkan pelantar pejalan kaki dengan rumah seorang penduduk Kampung Gas Baru, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian di Kampung Api-Api beliau tidak cedera tetapi dalam kejadian di Kampung Gas Baru, beliau cedera di bahu kanan dan terpaksa menggunakan anduh.
Sementara itu, Kit Siang mendakwa kempen jentera Pakatan Pembangkang mendapat sambutan di kawasan bandar yang kebanyakannya adalah pengundi Cina.

“Pertarungan ini semakin mencapai kemuncak. Kami akan terus bekerja untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Anwar pula mendakwa, kempen Pakatan Rakyat turut mendapat sambutan daripada pengundi Melayu di luar bandar yang didakwanya berminat dengan konsep keadilan yang dibawa pembangkan. -BH

Artikel Berkaitan

[Bergambar] Detik-detik Ansari Jatuh Ke Laut Sulu

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan UMNO dan BN yang tak jaga rakyat, hanya jaga pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

cukuplah pertolongan allah dalam menumbangkan kezaliman kerajaan BN