14 Nov 2010

Hishamuddin Tak Pandang Serius Kejadian Warga Nigeria Loloskan Diri

Kejadian dua warga Nigeria lolos diri tidak jejas keselamatan negara - Hishamuddin

KLUANG -- Kejadian dua tahanan warga Nigeria yang berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen dua hari lepas, tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bagaimanapun, kementeriannya memandang serius perkara itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan terhadap dua pegawai Imigresen yang mengiringi kedua-dua tahanan berkenaan.

"Dalam hal berkaitan negara, saya sudah kata, kita (KDN) akan mengambil tindakan tegas, tidak kira orang luar atau pegawai kita sendiri sekiranya tindakan mereka menjejaskan keselamatan negara.

"Sudah tiba masanya kita serius hal-hal berkaitan pintu masuk negara dan saya cukup yakin mereka yang terlibat bukan sahaja bertaubat, tetapi menjadi pengajaran kepada pegawai lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Parlimen Sembrong dekat di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata, kedua-dua pegawai berkenaan kini digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan, dan pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut.

Insiden pada 11.30 malam itu berlaku ketika dua warga Nigeria berkenaan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

Sebelum itu, mereka ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin meminta anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis, supaya kekal di kedua-dua negeri untuk tempoh seminggu lagi bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

"Kebanyakan anggota ini datang dari negeri lain. Kalau air sudah surut, kita izinkan mereka pulang, tetapi kita juga tidak menghadapi masalah untuk menggerakkan mereka semula sekiranya diperlukan," katanya.

Beliau berkata anggota polis, JPAM dan Rela yang berada di Kedah dan Perlis kini menumpukan usaha membersihkan tempat ibadat, sekolah dan taman perumahan di kedua-dua negeri. -- BERNAMA

berita sebelum ini.


Dua Tahanan Warga Nigeria Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke KLIA

Dua warga Nigeria berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal, Rabu malam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam berkata kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran.

Bagaimanapun, difahamkan van Jabatan Imigresen yang membawa Solomon Udo Eneh dan Osuji Chinedu, bersama seorang lagi warga Palestin, singgah di sebuah stesen minyak sebelum dua lelaki yang bergari itu bertindak melarikan diri.

Mahmood berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, dua pegawai Imigresen yang mengiringi tahanan tersebut telah digantung tugas dan usaha menjejak dua warga Nigeria itu sedang berjalan dengan bantuan polis.

"Pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Bagaimanapun, katanya, warga Palestin yang berada dalam kenderaan itu tidak melarikan diri dan dia rela dihantar pulang ke negara asalnya. -BERNAMA


Ulasan GB

Kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa kejadian dua tahanan warga Nigeria yang berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen dua hari lepas, tidak menjejaskan keselamatan negara itu amat merbahaya.

Ini bererti beliau tidak memandang kejadian seumpama itu sebagai serius.

Kini, dimana anda nak cari dua warga kulit hitam yang dah lepaskan diri itu? Ia seperti menunjukkan kepada kita betapa lemah Jabatan Imigresen dan lemah juga kementerian dan menterinya!

Menteri KDN sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya. Beliau sepatutnya meletakkan jawatan.

6 ulasan:

merbok berkata...

memang lemah pun!! bila org luar cakap kita ni (malaysia) 3rd world country, tau pulak marah!!

benda mcm ni pun menteri tak kesah.. lepas tu nak tutup kelemahan, jatuhkan hukuman kat pegawai sendiri, apa jadi kat mamat nigeria yg lolos tu??

lepas ni kita tunggu laa pengedar dadah lolos dari penjara pulak!! apa punya prosedur keselamatan ntah yg malaysia guna!! semua hampeh! dengan rakyat sendiri punya la tegas.. dgn org luar boleh pulak lebih kurang.

Tanpa Nama berkata...

kerana nila stitik hbs susu sebelanga..bkn smua pgwai imigresen mcm tue..sbgai contoh kemasukan warga asing ke negara kita..rmai gler kite tgk wrga asing msuk..bkn suke2 je pegawai imigresen nk bawa msuk..2 smua keje puak2 atasan,puak2 menteri..diorg buat duit dgn cara cmtu..yg pgwai imigresen bawahan ni trime arahan,trpaksa la buat..pstu mereka dipersalahkan disebabkan taik2 yg dibuat oleh puak2 atasan..meme celako la

MIBU BULAN. berkata...

Nak Komen sikit.....
Sebagai seorang Pegawai Kerajaan, mereka harus bertanggong jawap atas insiden ini...... Jika didapati mereka ini cuai,tamatkan sahaja perkhidmatan mereka,ramai lagi rakyat Malaysia yang beramanah yang memerlukan pekerjaan... Sebagai menteri dan Ketua Jabatan, Gunakan kuasa di bawah Sek. 223/224 Kanun Kesiksaan atau di bawah Perintah Am bab D (Tatakelakuan dan Tatatertib)1993, jika ada unsur rasuah.....Pemberi dan penerima rasuah....Pengkianat Negara dan ALLAH menjanjikan Neraka jahanamlah tempatnya.......

wak parjoe berkata...

Ini kes terpencil..... bukan hari-hari ada yang terlepas. Lagipun bagi kes yang ini memang depa dua ekog ni bukan pengebom berani mati........Hisyamudin kan dah cakap sissatan akan dibuat dan tindakan akan diambil tak kira pangkat. OK la tu kita tunggu, bagi masa kat dia buat kerja.

mat bosan berkata...

Ini bukan soal angka,2,4,atau 10 mahu pun 100.Hishammuddin tak boleh cakap "tak menjejaskan keselamatan negara" kerana angkanya kecil.Bagaimana kalau angkanya besar?Soal "bolos" bukan sekadar dapat lari dari penjara atau kawalan,tetapi bermaksud juga "bolos" melalui pintu masuk dilapangan-lapangan terbang,pelabuhan-pelabuhan,jalan darat melalui jalan raya dan stesen-stesen kereta api.Akibat " bolos" ini lihat,terutama pada hari kelepasan awam dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,Johor Baharu dan Pulau Pinang,betapa ramainya pendatang asing berkeliaran.Apakah Hishammuddin sudah mengistiharkan Malaysia sebagai negara bebas dari undang-undang dan peraturan immegresi? Boleh masuk tanpa sekatan,guna visa pelawat boleh terus tinggal dinegara ini,pakai visa pelajar boleh bawa sekali sekeluarga yang besar termasuk datuk nenek?Sudah habis belajar pun masih boleh terus menetap diMalaysia? Menteri-menteri dan pembesar-pembesar negara tak ada mata ke? Rasuah adalah salah satu sebab mengapa "bolos" ini berlaku.

Tanpa Nama berkata...

menteri yang jaga keselamatan negara pun tak kisah, bagaimana rakyat nak harap jaga keselamatan rakyat, tumbangkan BN PRU13