PAS perlu ubah pendekatan
SHAH ALAM, 14 Nov: PAS 'baru' dengan pembaharuan dari segi pendekatan tanpa mengubah dasar, amat diperlukan untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU), kata penganalisis politik, Ghazali Mayudin.
Bercakap dalam forum "PAS Sedia Ganti Umno: Harapan dan Cabaran" di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) petang semalam, beliau berkata, senario politik hari ini, hanya PAS baru boleh menggantikan Umno.
"PAS tidak boleh ganti Umno dalam kerangka yang lama.Berdasarkan senario politik semasa, PAS baru dengan pendekatan yang baru, kaedah yang baru mungkin boleh. Tapi PAS yang sedia ada agar sukar untuk menggantikan Umno," katanya.
Beliau juga berkata, PAS harus bersedia berubah mengikut kehendak masyarakat tanpa perlu mengubah dasar Islam yang diperjuangkan.
Perubahan tersebut juga perlu menyeluruh, bukan bersifat cebisan sahaja.
"PAS mesti berubah mengikut perubahan-perubahan dan kehendak-kehendak dalam masyarakat supaya diterima umum. Bila kita katakan PAS ganti Umno bermakna kita nak masyarakat Melayu menerima PAS untuk menggantikan Umno.
"Perubahan keadaan bukan bersifat cebisan tapi menyeluruh. Dari segi keahlian juga harus berubah. Bukan sahaja ahli PAS setakat dengar ceramah tetapi haruslah bergerak ke lapangan masyarakat, baru boleh berlaku satu transformasi.
Tambahnya, bagi memastikan PAS diminati, bukan dibenci, parti itu harus tahu menggunakan isu yang relevan mengikut perkembangan dalam masyarakat
"Perubahan yang harus dilakukan ialah dari segi cara kepimpinan, cara memerintah negeri, dan dasar-dasar yang ditekankan.
"Sekarang ini orang menekankan hak asasi, kebebasan, ketelusan dan sebagainya. Jadi agak asing kalau PAS masih memperjuangkan isu-isu yang mengguris dan menyebabkan orang lari daripada PAS," katanya lagi.
Sudah ada perubahan
Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Shaharudin Badarudin dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wadah, PAS sudah mengalami proses perubahan yang besar sejak lima tahun kebelakangan ini.
"Dalam empat, lima tahun ini PAS berubah begitu besar. PAS sudah mengalami perubahan itu terutamanya sejak tahun 2001, banyak pembaharuan yang dikemukakan.
"Contohnya isu muslimat boleh bertanding. Walaupun pada mulanya memang dibenarkan dan kemudiannya tidak dibenarkan, ia dibenarkan kembali pada 2003. Begitu juga dengan penubuhan kelab dan seterusnya Dewan Himpunan Penyokong PAS, tahaluf siasi iaitu pakatan dengan DAP dan NGO sudah mencirikan PAS baru.
Menurutnya juga, PAS telah menunjukkan kelebihan apabila boleh bergerak kerja tanpa mendominasi Pakatan Rakyat, seperti Umno mendominasi barisan Nasional.
"Kelebihan PAS ialah PAS boleh bekerja dalam keadaan tidak mendominasi parti. Dalam tidak dominan itu PAS mampu melakukan perundingan dan sebagainya dengan DAP dan PKR, apatah lagi jika PAS mendominasi Pakatan, sudah tentu banyak kejayaan yang boleh dicapai," katanya.
Forum dua jam itu dipengerusikan oleh ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat dalam seminar "PAS ganti Umno" anjuran lajnah penerangan dan dakwah PAS Pusat. -harakahdaily
Ulasan GB
Persoalan pokok, mampukah PAS dan ahlinya berubah?
Senario yang ada kita melihat PAS dan ahlinya terlalu ingin kemenangan tetapi tidak ada kesungguhan di dalam setiap usaha yang dilakukan untuk mencapai kemenangan.
Ahli-ahli PAS benci dan takut dengan kritikan. Apabila blog seperti blog GB mengkritik parti komponen Pakatan Rakyat cepat saja dianggapnya GB sebagai blogger UMNO yang menyerang, tidak dihargai ulasan-ulasan kita untuk memperbaiki dan memperkemaskan parti.
Maunya, biar hanya yang indah-indah dipaparkan. Yang jelek sekalipun ada hendaklah disorokkan. Cukup dah katanya kita dah dihentam oleh media UMNO BN. Biar media PR dan blogger menyajikan perkara baik dan wangi sahaja tentang PR.
Sedangkan kebenarannya, yang pahit itulah ubat untuk ditelan supaya "demam" PR segera sembuh. Hanya anak-anak kecil yang manja takut memakan "ubat yang pahit".
Sewaktu sebelum PRK Galas, Pemuda PAS menganjurkan Ijtima' Tarbawi dengan laporan 5,000 pemuda berhimpun di Rusila dan ia merupakan pelancaran jentera PAS untuk PRK Galas tersebut.
Jika setiap seorang dari peserta Ijtima berkenaan dapat mencari seorang saja penugundi, kita sudah dapat 5,000 pengundi dan boleh menang. Tetapi PAS hanya memungut 4,134 undi, maka kita kalah. Itupun tidak dapat disandar kesemua 4,134 undi hanya usaha Pemuda. Ini bererti Ijtima Pemuda di Rusila itu sepatutnya dibedah dan diberikan penilaian terhadap keberkesanannya.
Contoh terkini, tatkala PAS berforum di Shah Alam dengan tajuk "PAS Sedia Ganti Umno", rakyat marhain yang ada di antaranya sedang bersusah payah di Kedah kerana banjir, ada pesawah sedang menitis air mata kerana tidak tahu apakah kesudahan nasibnya selepas ini, ada di mana-mana di dalam negara ini, seorang petani sedang menghitung wang syiling dari tabung untuk mencari sesuap nasi, ada pemanjat pokok kelapa yang sedang memetik buah untuk menanggung anak-anak yang sedang di bangku sekolah, ada pemetik kelapa sawit yang sedang menderita kerana pokoknya lawas tidak menghasilkan buah yang baik dan pelbagai lagi kisah rakyat yang masih susah. Apa usaha PAS / PR untuk mereka?
Kita hanya menjengah dan mengetuk pintu mereka sewaktu pilihanraya diadakan. Sebelumnya?
Kita berijtimak, berforum, berseminar di bilik hawa dingin tentang sesuatu yang muluk-muluk untuk menyedapkan hati, dan kita mendakwa bahawa kita adalah "kerajaan menanti" sedangkan pesawah, petani dan pemanjat pokok kelapa itu sedang menggelengkan kepalanya dengan menyatakan di dalam hati mereka, "ada kamu semua jengah kami? Kamu serupa saja dengan mereka, aku tetap begini juga".
Hal ini yang berlaku di Manek Urai, Bagan Pinang, Galas dan Batu Sapi.
Hal ini mengingatkan saya tentang kisah Umar Al-Khattab. suatu malam menyamar menjadi rakyat jelata dan menyusuri kampung-kampung kecil di Madinah. Di sebuah tempat, ia berhenti karena melihat seorang perempuan tengah merebus batu kerana tidak punya gandum untuk ditanak. Anak si perempuan menangis tak henti-henti karena lapar. Perempuan itu merebus batu, untuk membujuk anaknya, agar berhenti menangis.
Umar terperanjat. Nuraninya tersodok. Ia cepat-cepat balik dan langsung menuju gudang tempat penyimpanan gandum. Umar bin Khatab mengambil satu karung gandum dan memikulnya di atas bahunya sendiri. Ketika seorang pembantunya ingin membantu mengangkat karung gandum itu, Umar berkata, “Apakah kau sanggup memikul dosaku kerana aku membiarkan umatku kelaparan, sementara aku tak memberinya makan?" Umar kembali menuju rumah perempuan miskin itu dan memberikan gandum itu agar mereka bisa makan dengan semestinya.
Siapakah diantara pemimpin PAS / PR yang ada melakukan ini?
Setahu GB ramai pula yang semakin sibuk mengira-ngira berapa yang hendak dibelanjakan untuk membesarkan rumah, menggantikan kenderaan dan seumpamanya. Dan bagi parti pula, sibuk nak pakai karpet warna apa, bilik air-cond yang mana untuk kita berseminar lagi bulan depan!
Rakyat di solok teluk, petani di hujung tanjung dan tulisan/perkataan blogger macam GB dipersampahkan sebab kata mereka "you all are nobody!". Mentang-mentang pilihanraya jauh lagi.
Kami hanya mampu menjawab "terima kasih".
Tetapi ingat pesan GB, di Padang Masyar nanti, berkemungkinan ada tapak kaki petani itu diangkat Allah lebih bercahaya atau lebih mulia dari wajah seorang YB!

9 ulasan:
Amat setuju dengan pandangan Ghazali Mayudin.Yang diperlukan ialah PAS Baru,yang bermaksud pemimpin-pemimpin baru yang lebih muda,bijak,berani,berilmu dan berwawasan.Prinsip perjuangan boleh kekal yang lama cuma pemimpin-pemimpin wajar ditukar dan infrastuktur parti pun elok direeingineering semula untuk menghadapi cabaran semasa.Kalau PAS yang ada hari ini,tak munkin dapat menggantikan UMNO apatah lagi nak mara kePutrajaya.Pemimpin-pemimpin yang sudah dianggap sebagai "kuda tua" atau "tunggul lapuk" wajar berkorban untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda.Jangan tunggu "ditendang" baru sadar diri,fikirkanlah masa depan parti tanpa memikirkan kepentingan peribadi.Anta semua sudah berjasa kepada PAS dan ramai pula yang sudah "menikmati" jasa yang anta semua taburkan.
YA! KESEMUA PIMPINAN PAS PATUT TURUN SEMASA BANJIR BESAR DI KEDAH! JANGAN DOK LENA SAJA DI KAWASAN MASING! KALAU DAH TURUN TU, BAWA BERSAMA ANGKATAN DAN BANTUAN UTK SAMA-SAMA MEMBANTU! MASALAH NYA KITA NI KERANA IKHLAS KONONNYA, MAKA BERITA2 TENTANG KEGIATAN PAS MEMBANTU MANGSA-MAGSA BANJIR TIDAK DITONJOLKAN. KALAU KERJA2 ISLAM TAK DITONJOLKAN, ANDA NAK TONJOL APA LAGI? BILA UMNO MEMFITNAH KITA, BARU LAH KATA AKHBAR2 DAN TV TAK SIAR.... PEDULI APA TENTANG AKHBAR2 DAN TV UMNO.... MANA MEDIA ALTERNATIF KITA? SEBAB ITU KALAU ORG CAKAP KITA TAK BUAT KERJA (WALAUPUN HAKIKATNYA KITA BERKERJA), MAKA KITA JGN MARAH KAT DEPA... TU MMG KERJA DEPA.... KALAU NAK "BERPERANG" PUN TAK TAU NAK GUNA ALAT, BAIK TAK PAYAH "BERPERANG".... MENGHABISKAN BOREH JE... KALAU NAK BANTU NEGARA LUAR, KITA CANANG 1DUNIA TAHU... JGN DUK NAMPAK DEKAT PILIHANRAYA BARU NAK TERHEGEH2 MERAYU UNDI... BUAT MALU JER... SAYA TAK MARAH PAS KEDAH, PASAL DEPA BUAT KERJA. CUMA KERJA TU BUAT DLM DIAM, KONON2 NAK IKHLAS KUT! YG SAYA NAK MARAH NI PASAI PAS NEGERI2 LAIN... DUK BUAT APA? TURUNLAH KE KEDAH...BANTU SEKADAR YG BOLEH....MASA TIME PILIHANRAYA KECIL, BOLEH TURUN WALAUPUN JAUH... TAKKAN BILA KENA MUSIBAH NI, TAK NAMPAK MUKA? SEKIAN...
Memang benar Sdr. GB,
Contoh terbaik sedang berlaku di Pulau Pinang. Sebelum menang dahulu dan sebelum memegang jawatan penting dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang, ustaz-ustaz yang mengajar Tafsir dan Hadith di Maslid-Masjid bebas menyampaikan kuliah tanpa ganguan mana-mana pihak.
Akan tetapi sekarang ini, ustaz-ustaz tersebut di tapis oleh ustaz-ustaz PAS dan telah terdapat beberapa orang telah dihentikan mengajar, terutama di Masjid-masjid yang dianggotai oleh kepimpinan PAS.
Mana ada pembaharuan, nalah lebih terok dari UMNO.
Best ulasan GB kali ni. Saya bersetuju sgt dan berharap tulisan ini menyedarkan semua pemimpin-pemimpin PAS yang rasa dah cukup bagus nak ke Putrajaya.
Sebelum PRK Galas, ada tak mana-mana pimpinan PAS jengah orang asli, duduk sama mereka, makan sama mereka, mendengar keluhan mereka, berbaik-baik dgn Tok Batin mereka? Illek....
Mereka senang-senang saja dibeli oleh UMNO BN, semua protes kepada PAS asa PRK berlansung, semua berbaris pakai baju merah. Seolah-olah mereka mengherdik PAS macam ni bunyi: go to hell PAS!
Salah siapa? Hadi Awang jawablah. Nasaruddin Tantawi jawablah. Nuridah jawablah. Penyokong tegar PAS jawablah.
Nonsense nak Putrajaya di dalam keadaan kamu hanya berangan-angan. Saya teringat tulisan GB dulu, ilmu masing-masing sekangkang semut, alat kelamin (nafsu) sebesar gajah.
pemimpin Pas perlu turun padang, tak perlu masuk TV, buat kerja untuk rakyat, dengan sendiri rakyat tahu keikhlasan berbanding pemimpin UMNO yang memang pelakon depan kamera
yang sebenarnya... bukan setakat YB aje yang turun padang... tapi semua peringkat kenalah memainkan peranan untuk menakluk hati rakyat supaya suka kepada pas.. bukan setakat masa nak pilihanraya aje... tapi sepanjang masa... tak payahlah kita pergi jauh2.. ambil bahagian untuk kawasan sendiri... setiap program yang dianjurkan hendaklah bersama dengan penduduk setempat.. contohnya.. masa bulan puasa... apa salahnya kalau kita sama2 masak untuk berbuka puasa dan diedarkan kepada penduduk2 sekitar... kerana berapa ramai mereka2 yang susah.. tapi dibiarkan begitu saja, bayaran untuk satu malam contohnya.. apalah salahnya jika dimasak ala kadar dan diagih2kan supaya semua merasa... ini tidak.. masak dua tiga jenis lauk.. kemudian buat makan orang2 yang tertentu tanpa memikirkan berapa ramai disekeliling kita yang mcm mana lauknya hari itu... fikir2kanlah.. sebagai contoh dan panduan dan jaga lidah dan perkataan, supaya orang lain tidak tersinggung dan menjauhkan diri dari kita... peribadi kita juga kena jaga...
PAS baru? Presiden lama? Bermakna cara berfikir pasti dengan cara lama. Umno akan acah-acah lagi dgn kerajaan perpaduan.
ucapan perasmian presiden:
(1) menggesa jentera parti itu supaya memperkuatkan parti Islam itu dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.
(2) (me)rancang strategi, (serta) tingkatkan kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya.
(3) Kita nak capai kemenangan dengan kekuatan sendiri bukan kerana kelemahan lawan.
(4) Justeru, program yang kita anjurkan hari ini amat penting supaya jentera memahami polisi dan strategi parti,” katanya.
(5) PAS perlu mempunyai kekuatan dan strategi yang baik untuk menghadapi Umno-BN dalam pilihan raya.
(6) Kita berlawan dengan Umno macam berlawan dengan orang bodoh, orang gila. Tiada undang-undang.
(7) Kalau nak lawan kita kena ada kekuatan sendiri, kena ada strategi sendiri, kena ada cara untuk berlawan denga musuh dan kita kena gerakkannya di peringkat akar umbi.
(8) Umno tidak boleh memerintah selama-lamanya, siapa yang boleh ambil alih negara? Sebab itu kita tawarkan diri, biar Umno berehat.
(9) meminta supaya jentera parti itu mendapatkan sokongan daripada semua pengundi termasuk orang bukan Melayu dan juga ahli Umno.
(10) Kita tidak boleh menang dengan hanya undi dari ahli PAS, tetapi undi daripada bukan ahli juga (diperlukan). Kita juga perlu undi daripada ahli Umno juga.
(11) Sebab itu kita kena rancang strategi dan gunakan pendekatan untuk membawa mereka kepada kita. Kita harus bersikap terbuka dalam perkara ini.
...1/2
ucapan penutup timbalan presiden
(1) Ahli Pas perlu berlumba dengan UMNO dan berusaha mengaktifkan semula cawangan supaya menjadi kukuh demi mencapai matlamat menggantikan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
(2) setiap ahli dituntut bergabung tenaga untuk menggiatkan usaha memberikan pemahaman yang lebih terperinci tentang konsep politik Islam yang dibawa Pas.
(3) Ia bukan sahaja perlu disampaikan kepada mereka yang beragama Islam, malah kepada yang bukan beragama Islam.
(4) “Dengan pendekatan baru, kita sudah sampai kepada peringkat masuk ke tempat-tempat yang kita tidak fikir. Contohnya di Sibu, majlis yang dianjurkan menerima kehadiran lebih kurang 5,000 orang yang terdiri daripada bukan Islam.
(5) “Kita kena berlumba dengan UMNO dalam memberi pemahaman perjuangan Pas. Sebagai parti Islam, tentulah rujukan kita sunnah Nabi.
(6) ”Jadikan perlumbaan itu sebagai kunci kejayaan."
(7) ”Pas tahu UMNO mempunyai keupayaan yang lebih baik daripada Pas. Tetapi kita sendiri nak berlumba dengan UMNO, itu tandanya kita ingin menjadi lebih baik daripada dia (UMNO).”
sedikit komen bab ucapan presiden:
@ apabila hampir dengan pilihanraya baru ada kesedaran untuk “perkasakan” parti.
@ apabila hampir dengan pilihanraya baru nak rancang strategi.
@ umno perlu berihat, pas tawarkan diri. pas semacam pemain simpanan dalam tim bola sepak je.
sedikit komen bab ucapan timbalan presiden:
@ “Ahli Pas perlu berlumba dengan UMNO dan berusaha mengaktifkan semula cawangan supaya menjadi kukuh demi mencapai matlamat menggantikan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).” apabila sudah menang, pemimpin buat kerja bertentangan dengan matlamat kerja kuat ahli.
@ “kita sudah sampai kepada peringkat masuk ke tempat-tempat yang kita tidak fikir.” sebab selepas pru 12 lain yang difikir.
@ “Kita kena berlumba dengan UMNO dalam memberi pemahaman perjuangan Pas. Sebagai parti Islam, tentulah rujukan kita sunnah Nabi.” tindakan pemimpin selepas pru12 tidak mencerminkan kebenaran seruan ini. sudah tentu “sebagai parti Islam, tentulah rujukan kita sunnah Nabi (saw)”, apa berbohong juga dari sunnah nabi saw? ahli2 pas perlu faham dengan maksud “rujukan kita sunnah Nabi” ini. inilah pemimpin yang mengajak ahli wala’ tetapi mulut sendiri celupar “nik azizi bukan pas!”
@ ”Pas tahu UMNO mempunyai keupayaan yang lebih baik daripada Pas. Tetapi kita sendiri nak berlumba dengan UMNO, itu tandanya kita ingin menjadi lebih baik daripada dia (UMNO).” cakap adik-abang lah ni! apa rasionalnya ini dijadikan isi ucapan penutup?
wallahu’alam.
Catat Ulasan