10 Nov 2010

Fazley, Menantu Rosmah Miliki Ijazah MBA & PhD Palsu

Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan

Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.


Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan. -mstar


BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu

KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu. -kosmo



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mamat ni lebih kurang mentuanya, sama-sama kaki kencing.

Tanpa Nama berkata...

Tengok muka pun dah tau Mamat ni tak pernah dapat sebarang ijazah.Muka kaki kelentong.

Tanpa Nama berkata...

teman x berani kata bab phd ni...tapi pada teman fazley langsung x sesuai jadi motivator..jadi motivator ni kena disulami Quran dan Hadis ..takut pada ALLAH amal makruf nahi mungkar....mcmna nak jadi motivator supaya para pelajar berjaya dan mendapat rahmat ALLAH kalau dia pun dok menyanyi ..di tempat maksiat...bercampur laki pompuan tu tempat maksiat la...bukan di kelab malam je...kena paham tu....tq

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengatasi masalah ini dicadang kerajaan tubuh satu pengkalan data bagi merekodkan pemegang berkelulusan Phd sama ada dari dalam atau luar negara. Cipta satu undang-undang supaya pemegang Phd wajib daftar untuk disimpan dalam pengkalan data.

Tanpa Nama berkata...

Aku yang tengah buat master kat IPTA di Malaysia ni punya lah susah. Pensyarah yang duk tengah buat PhD pun aku tengok sekuat hati membanting tulang menyiapkan thesis......

Tut... tut... dengar - dengar malaun - malaun ni senang je dapat master, dapat PhD.....