10 Nov 2010

Soalan Salahuddin Mengenai Kereta Lama Di Parlimen Merisaukan Rakyat

Lebih 5 Juta Kenderaan Lebihi Usia 10 Tahun

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,110,326 daripada 19,820,842 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga Ogos lepas berusia lebih 10 tahun, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, kementerian sentiasa menekankan aspek keselamatan terhadapsemua kenderaan tanpa mengambil kira usia kenderaan berkenaan.

"Selain daripada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, langkah pengawalan keselamatan melalui pemeriksaan Puspakom diwajibkan bagi memastikan kenderaan itu masih layak digunakan," katanya semasa menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.


Salahudin ingin tahu jumlah kenderaan berdaftar di negara ini melebihi usia 10 tahun dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan itu selamat.

Abdul Rahim berkata, pemeriksaan yang dilakukan adalah berdasarkan beberapakategori termasuk kategori kenderaan perdagangan yang memerlukan kewajipanpemeriksaan awalan sebelum pendaftaran dan menjalani pemeriksaan berkala setiaptahun bagi dua tahun pertama dan setiap enam bulan untuk masa seterusnya.

Bagi kenderaan persendirian, setiap urusan pertukaran hak milik perlu menjalani pemeriksaan Puspakom selain perlu menjalani pemeriksaan khas sebelum diubah suai, katanya.

"Selain itu kementerian melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan meneruskan kempen keselamatan jalan raya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penyelenggaraan kenderaan dalam keadaan 'roadworthy' (masih boleh digunakan di jalan raya) bagi menjamin keselamatan pengguna kenderaan itu dan pengguna lain," katanya.

Penggunaan cermin gelap pada kenderaan di negara ini masih dibenarkan asalkan tidak melebihi had yang ditetapkan, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).

Berdasarkan peraturan sekarang, sesebuah kenderaan dibenarkan memasang cermin gelap dengan ketelusan cahaya tidak kurang daripada 70 peratus bagi cermin hadapan dan 50 peratus bagi cermin sisi dan belakang. - BERNAMA

Ulasan GB

Beberapa orang rakan telah bertanya saya malam tadi apakah soalan YB dari Kubang Kerian itu sebagai tanda beliau turut menyokong tindakan kerajaan untuk menyusahkan pengguna kenderaan lama?

Penggunaan kenderaan lama kini menghadapi banyak kesukaran, malah untuk menghidupkan road tax pun kini kena mengambil insurans yang berkali-kali ganda mahalnya. Kini nak dihantar pula ke Puspakom.

GB tidak dapat menghubungi YB Salahuddin. Tetapi GB juga turut tersentak membaca laporan Bernama berkenaan.

Jika benar apa yang dilaporkan, rakyat amat dukacita.

Kemalangan jalanraya yang berlaku tidak mengira usia kereta, baru atau lama. Malah didapati daripada kejadian-kejadian yang dilaporkan setakat ini kita lihat kebanyakan adalah terdiri dari kereta-kereta baru yang usianya kurang 10 tahun. PDRM sepatutnya mempunyai angka yang terperinci mengenai hal ini.

Kedua, kemungkinan sekali YB Salahuddin kini sudah berkereta baru, dah dua penggal menjadi MP. Mungkin dah tak ingat lagi zaman dimana beliau, sebelum menjadi YB dahulu terpaksa menggunakan kereta lama ke hulu hilir menyampaikan ceramah, itu pun menumpang kereta rakan-rakan. Pernah sekali GB ada bersama.

Itu sebab GB kata, ramai YB-YB kita sudah lupa. Sudah hidup dengan kemewahan kemudian ke parlimen bukan untuk menjadikan rakyat senang tetapi megemukakan soalan-soalan yang akan menjadi rakyat lebih susah.

Susah lah begini jika YB Pakatan Rakyat pun dah tak dapat membantu rakyat.

16 ulasan:

SyokNyaMadu berkata...

Tujuan YB Salahudin cuba membangkitkan isu berkenaan .. saya rasa bertujuan untuk cuba membangkitkan isu mengenai CUKAI KASTAM dan DUTY IMPORT yang dikenakan pada kenderaan import .. yang mana sepatutnya harga pasaran kenderaan-kenderaan import ini lebih murah daripada harga yang dijual di dalam Malaysia .. iaitu harga kenderaan import yang dikenakan DUTY IMPORT dan CUKAI KASTAM adalah dijual lebih mahal sebanyak 200% di dalam Malaysia .. saya rasa isu inilah yang cuba dibangkitkan YB Salahuddin .. Jadi yang menyusahkan rakyat sebenarnya kerajaan BN .. disebabkan dasar automotif nasional yang dikekalkan .. hal ini betul2 membebankan rakyat. Harga kenderaan di negara2 jiran Singapore dan Thailand adalah lebih murah sebanyak 50% - 70% dari harga jualan di dalam Malaysia .. jadi isu inilah yang saya rasa cuba dibangkitkan oleh YB Salahuddin .. InsyaAllah jangan di salah ertikan niat baik YB Salahuddin.

Tanpa Nama berkata...

syoknyamadu,

saya tak nampak pun kaitan apa yg awak sebut dengan soalan yg dikemukakan oleh YB Salahuddin yang jelas menanyakan mengenai langkah kawalan keselamatan menggunakan kereta-kereta lama.

saya bersetuju dgn pendapat GB yg soalan YB Salahuddin tu macam soalan ari YB BN pulak nak suruh kerajaan ketatkan lagi syarat penggunaan kereta lama.

Itu kan menyusahkan rakyat lagi?

joe penang berkata...

Sabaq, sabaq, sabaq
Kiya cuba dapatkan video penuh ucapan beliau. Paling baik dapatkan ulasan dari mulutnya sendiri.
Buat sementara ni biar kita husnul zhan dgn dia. Dah terbukti dia berubah kita serang dia!!!
GB sila dok depan. kami dok belakang. GB kena dulu kami lari dulu...
Hehehe. Gurau je GB

Tanpa Nama berkata...

Saudara GB,

Saya cadangkan, dapatkan penjelasan daripada YB Salahudin dulu. Apa yang dilaporkan mungkin tidak sama dengan apa yang beliau maksudkan. Berspekulasi begini tidak akan menguntungkan PAS. Memandangkan saudara GB ada access terhadap pimpinan PAS, sila dapatkan pula penjelasan daripada beliau. Jangan kita melenting semata-mata laporan dari sebelah pihak. Saya menunggu untuk penjelasan YB Salahudin ini.

Salam ukhwah, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa GB pun tak salah menanyakan hal ini kerana GB ada menulis "Jika benar apa yang dilaporkan".

Walau apa pun kita tetap mahu mendengar penjelasan YB Salahuddin sendiri.

AKU berkata...

Saudara GB,
nampaknya akhir-akhir ni, saudara asyik tidak sependapat dan sehaluan dengan YB Salahuddin and the geng. Jangan kita biarkan titik hitam dalam hati kita berkembang, dikhuatiri tafsiran dan pertimbangan kita akan tersasar. Bukan saja pahal tak dapat, dosa pulak bertimbun-timbun. Usah kita selalu cuba membaca firasat daripada percakapan orang, dapatkan bukti yang sahih dan kukuh, barulah kita berbicarakan. Logik akal kaekadang menyusahkan manusia itu sendiri.

mdikhqoi berkata...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29396:kenderaan-lama-tak-selamat-apa-guna-puspakom&catid=1:utama&Itemid=50

My word is simple.

YB tanya sbb kenderaan yang lebih tahun atau lama menghadapi masalah untuk renew insurans

As aku insurans agent, aku sendiri hadapi masalah ni utk menjawab ngan customer.

itu je

Unknown berkata...

sda AKU

Bila masa saya tak sependapat byk kali dgn YB Salahuddin?

Saya rasa inilah kali pertama saya menegurnya.

Apakah sdra mempunyai titik hitam dalam hati yang kelak berkembang jadi besar dan bertimbun2?

Unknown berkata...

Sdra mdikhqoi

Berdasarkan laporan harakahdaily tersebut maka benarlah laporan Bernama yang GB ulas di sini.

Harakahdaily melaporkan begini:

Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa jumlah keneraan berdaftar di negara ini yang berjumlah 10 tahun ke atas dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan-kenderaan dari kategori tersebut masih selamat

Cuma Bernama tidak menyebut mengenai aduan hal insuransi yg menjadi masalah kepada pemilik kenderaan lama tatkala Salahuddin mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan.

Tanpa Nama berkata...

Saudara GB,

Saya memiliki kereta lama, dan tau tentang pelbagai kerenah yang perlu dihadapi untuk memperbaharui insurans kereta itu. Jika pertanyaan YB Salahudin adalah berkenaan insurans, apa masalahnya?

Kita biasa mendengar orang tua-tua berkata,"Jangan jadi seperti si buta menyentuh gajah, tersentuh kaki disangka pokok, tersentuh belalai disangka ular, tersentuh gading disangka pedang". Jika hendak mengulas sesuatu perkara, pastikan la saudara sudah mendengar penerangan dari kedua-dua belah pihak.

Menyerang YB Salahudin dengan begitu keras semata-mata berdasarkan satu laporan oleh Bernama adalah tindakan yang tidak tepat. Kenapa perlu menyerang jemaah sendiri?

Saudara ada mengatakan dalam ulasan artikel di atas bahawa,"GB tidak dapat menghubungi YB Salahuddin. Tetapi GB juga turut tersentak membaca laporan Bernama berkenaan". Adakah semata-mata tidak dapat menghubungi YB Salahudin memberikan saudara lesen untuk membuat pelbagai spekulasi?

Ulasan saudara lagi, "Jika benar apa yang dilaporkan, rakyat amat dukacita". Memang benar rakyat akan berdukacita, tapi adakah laporan itu benar?

Ulasan saudara menjadi sangat tidak wajar apabila disebut, "Kedua, kemungkinan sekali YB Salahuddin kini sudah berkereta baru, dah dua penggal menjadi MP. Mungkin dah tak ingat lagi zaman dimana beliau, sebelum menjadi YB dahulu terpaksa menggunakan kereta lama ke hulu hilir menyampaikan ceramah, itu pun menumpang kereta rakan-rakan. Pernah sekali GB ada bersama". Ini adalah sangkaan yang sangat buruk. Walaupun ada perkataan kemungkinan, ini boleh mendorong kepada fitnah bahawa YB Salahudin telah menjadi seorang yang lupa diri dan lupa pada perjuangan.

Bagi saya, saudara tidak berhak menulis perkara ini sewenang-wenangnya tanpa menyiasat terlebih dahulu. Memang benar ini blog saudara, tapi ingatlah dunia ini milik Allah. Saya tidak kira apa yang saudara ingin response terhadap komen ini, cuma pesanan saya, ingatlah Allah.

Tanpa Nama berkata...

salam,

saya pun sebenarnya ada rasa tak sedap juga tgk gelagat YB Kubang kerian ni semenjak jadi Ahli Parlimen.

Pernah satu hari di masa kami berdemo, belia datang untuk bersama. Itu OK, tapi hairannya dia dtg masa itu siap berkot dan bertali leher, masa tu tghari buta, cukup panas terik.

Kawan pun bertanya, "apahal YB kita tak tanggal kot panas-panas begini?"

lepas tu di dalam satu kali forum di TV beliau pernah mengulangi ayat "saya dah jadi YB masuk 2 penggal..."

Saya rasa YB Salahuddin teruja sgt sebab menang jadi YB sebyk 2 kali sehingga perlu bagitahu kat TV macam tu.

Saya pun terkenang Salahuddin Ayub yang sebenar, semasa sebelum jadi YB, semasa jadi Ketua Pemuda, akan sentiasa ada bersama di dalam mana-mana demo... skrg dah jarang-jarang ketemu...

7-year old car owner berkata...

masalah saudara GB ialah saudara suka menafsirkan yang bukan2 kenyataan pemimpin.. YB Salahuddin sepatutnya pakai kereta yg lebih bagus drpd Toyota Wish sbb beliau banyak travel, tak usah dipertikaikan sama ada beliau sudah lupa diri.. saya cadangkan saudara GB menawarkan diri utk bertanding di PRU13 nnt, kalau menang baru saudara tahu ape rasanya rakyat mengata saudara..

al-faqir ilallah berkata...

Salam,

Dah macam menjadi satu trend skrg ni ahli-ahli PR (samada PKR, PAS atau DAP) tak suka pemimpin-pemimpin ditegur. Mereka hanya suka membaca perkara-perkara yang sedap-sedap sahaja yang ditulis oleh para blogger.

Kita suka hanya manis-manis, yang pahit di tolak mentah.

Hasilnya apa dapat di dalam pilihanraya? Kita syik sendiri konon sangka kita sempurna hakikatnya rakyat tolak kita. Kerana sebelumnya tiada orang menegur parti kita.

Blogger semacam GB payah nak jumpa, iaitu yang boleh menentang UMNO dalamasa yang sama menegur pemimpin-pemimpin dari parti sendiri.

Kita kena akur bahawa ubat yang pahit itu biar kita terima dan makan sekarang supaya masa pilihanraya kita memetik buah yang masak, manis dan ranum.

Saya kesian juga GB yang menjadi sasaran golongan ahli PR yang syok sendiri apabila beliau banyak menegur pimpinan.

Saya teringat dulu, dalam ramai-ramai blogger, GB paling konsisten menentang idea UG, yang lain hampir2 dah mengikut arus.

Sejak itu saya respek sgt dgn GB walaupun wujud blog khas hanya untuk menghentam beliau semula.

Namun akhirnya UG yang bungkus dengan hujjah2 GB yang terang, tepat dan tajam sepertimana motto blog ini.

Itu belum lagi dengan suaranya yang serak kering di radio dulu. Terkenang nostalgia setiap malam tanpa jemu GB mengulas isu semasa yang kadangkala menyeramkan bulu roma apabila beliau bercakap di corong radionya.

Saya tetap menyatakan bahawa PR perlukan blogger seperti GB. Bukan sekadar blogger yang hanya suka menyajikan berita-berita positif dan indah-indah yang akhirnya pada pilihanraya, kita ternganga ....

7-year old car owner berkata...

memang la boleh tegur, tapi berdasarkan fakta la, bukannya sangkaan.. GB adalah blogger PR no 1 saya, tp dia juga harus ditegur dlm hal ini... tak adil lah kalau sesiapa yg menegur GB dicop syok sendiri, pro-UG, etc..

Tanpa Nama berkata...

kalau salahudin tak tanya pun memang UMNO nak hapus kenderaan lama, lihat insuran kenderaan lama, lagi lama UMNO perintah malaysia, lagi susah rakyat

reutrip berkata...

di UK, Volkswagen Polo 2nd hand tahun 2000 boleh dibeli dgn harga 600 pound(RM3000 lebih) saje.. kawan saya baru beli kereta 2nd hand di sana, urusan jual beli, insurans dll cukup mudah.. tapi di sini, Kancil manual 660cc tahun 2000 belum tentu boleh dapat dgn harga RM7-8 ribu.. kasihan orang miskin, yg ada ramai anak, ade yg terpaksa melupakan keselesaan, membahayakan nyawa utk menaiki kereta se"murah" itu..