10 Nov 2010

Khir Toyo Dimasukkan Ke Hospitak Disyaki Denggi

Khir Toyo Dimasukkan Ke Hospital Disyaki Demam Denggi

SHAH ALAM, 10 Nov - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di sini pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.

"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.

"Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad," kata beliau.

Sementara itu, ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2011 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menanyakan di mana Dr Khir yang tidak hadir untuk mendengar perbahasan.

ADUN Sungai Pelek daripada Barisan Nasional (BN) Yap Ee Wah, bangun dan memberitahu dewan bahawa Dr Khir tidak hadir pada hari ini kerana dimasukkan ke hospital disyaki menghidap demam denggi.-- BERNAMA

Ulasan GB

Kuasa manusia boleh dilawan dengan pelbagai cara, wang ringgit, Polis, SPRM dan sebagainya.

Jika sebelum ini PM sendiri diserang campak, kini Khir Toyo dipetok nyamuk aedes sehingga kena demam denggi.


7 ulasan:

bosan berkata...

hehehe lepas ni barua tu akan salahkan MB khalid sebab tak banteras denggi..hehehe.. rumah berjuta-juta.. takkan takde kelambu? hahaha

non penang berkata...

Rilek la Bro, Rasulullah pun demam gak !

Tanpa Nama berkata...

Innalillah wainnalilahirajiun...

Tanpa Nama berkata...

Takkan nak ada pilihanraya kecil lagi?

opisboi berkata...

aiikk btul ker denggi? yang aku tahu si anak TOYOL nie ada penyakit yg paling merbahaya dalam dunia iaitu penyakit hasad DENGKI

Tanpa Nama berkata...

Penyakit datang dan pergi, hanya yang kita risau bila ia berpanjangan. Sambil Dato' berubat sama-samalah juga di kuatkan doa semuga cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangan Dato'. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

"Anonymous said...
Penyakit datang dan pergi, hanya yang kita risau bila ia berpanjangan. Sambil Dato' berubat sama-samalah juga di kuatkan doa semuga cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangan Dato'. Wassalam."

Betultu dalam Islam kta sepatutunya mendoa supaya Beliua cepat sembuh, sedangkan nabi ampunkan umatnya. - Teropong buluh.