19 Nov 2010

Anak Menderita Kerana AIDS, Dakwa Ayahnya Seorang Gitaris May

Budak Aids dakwa anak gitaris May

Teluk Intan: Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia sembilan tahun dan menghidap Aids mencetuskan misteri apabila mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, sedangkan pemuzik itu masih hidup dan langsung tidak mengenalinya.

Kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai S mendakwa, ayah, ibu serta adiknya yang berusia empat tahun semuanya meninggal dunia akibat Aids dan dia dijangkiti penyakit berbahaya itu daripada ibu dan bapanya.

“Ayah saya seorang pemain gitar, dia meninggal dunia lima tahun lalu kerana Aids. Ibu juga meninggal dunia kerana penyakit sama pada Jun lalu manakala adik meninggal dunia tahun lalu,”
katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa ayahnya, S mengeluarkan poster kumpulan May dan menunjukkan gambar pemain gitar bass, Yus sebagai ayahnya.

Bagaimanapun, S memberitahu nama ayahnya adalah Md Nor sedangkan nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.

Ibu saudara S yang enggan identitinya didedahkan mengiakan dakwaan murid darjah tiga itu bahawa Yus ayah kanak-kanak itu.

Menurutnya, S kini terpaksa bergantung hidup dan mengharap belas kasihnya dan besar kemungkinan hanya menanti detik ajal seperti dilalui ahli keluarganya lain.

Katanya, dia bersimpati terhadap nasib dilalui anak saudaranya itu dan menjaganya selepas adik perempuannya meninggal dunia pada Jun lalu.

“Adik saya sebelum ini berkahwin dengan artis kumpulan rock terkenal berkenaan sebelum dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan sembilan tahun.

“Namun segalanya penuh misteri apabila suami adik saya itu yang berusia 38 tahun mati mendadak kira-kira lima tahun lalu tanpa diketahui punca kematiannya, manakala anak lelaki mereka yang berusia empat tahun menghembuskan nafas terakhir tahun lalu sebelum adik perempuan saya itu mati mengejut pada Jun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. -HM


Sekadar wajah seiras

IPOH: “Segala bukti termasuk gambar yang didedahkan ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu bukan milik saya. Sekali imbas, memang wajah arwah bapa kanak-kanak itu ada iras muka saya.

“Dia (arwah bapa kanak-kanak itu) mungkin peminat tegar saya sehingga bergaya dan meniru gaya saya seperti yang ditunjukkan dalam gambar berkenaan. Tetapi, yang pasti dia bukan saya.” Demkian kata pemain gitar bass kumpulan May, Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48, atau dikenali dengan nama Yus mengenai dakwaan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bernama S bahawa Yus ayahnya dan meninggal dunia lima tahun lalu akibat Aids.

Mohd Mokhtar berkata, dia terkejut selepas namanya dikaitkan dengan kanak-kanak terbabit seperti disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 15 November lalu.

“Berita itu tidak benar dan ia membuatkan saya tersentak berikutan ia boleh menyebabkan reputasi kumpulan May tercalar.

“Saya tidak kenal kanak-kanak itu dan kenyataannya tidak betul. Malah, nama Md Nor yang didakwa nama bapa kanak-kanak itu berlainan dengan nama saya. Saya tidak pasti dari mana cerita tidak benar ini timbul, namun perkara ini perlu dijelaskan,” katanya ketika ditemui.

Yus berkata, apa yang pasti dia, isteri bersama tiga anak berusia tujuh hingga 21 tahun masih sihat walafiat dan hidup bahagia di bandar ini.

Menurut Yus, dia bersama ahli kumpulan May sibuk menjalani rakaman album terbaru bagi menyambut ulang tahun ke-25 kumpulan itu tidak lama lagi.

“Waris keluarga kanak-kanak terbabit seharusnya meneliti terlebih dulu dakwaan terbabit selain menunjukkan bukti jelas berhubung identiti bapa kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun, saya maafkan perkara itu jika ini hanya salah faham dari mereka (waris kanak-kanak) berkenaan. Mungkin bapa kanak-kanak terbabit individu lain yang mempunyai iras wajah dengan saya,” katanya.

Katanya, dia sudah meneliti gambar dimaksudkan waris keluarga kanak-kanak perempuan itu dan mengesahkan bukan dirinya berdasarkan beberapa perbezaan nyata.

“Muka arwah bapa kanak-kanak itu ada iras saya, tetapi saya tidak pernah memakai jam tangan sebelah kiri kerana saya memakainya pada tangan kanan walaupun gaya rambut dan berpakaian sama dengan saya.

“Saya menyifatkan arwah bapa kanak-kanak itu sebagai peminat tegar saya sehingga dia sanggup meniru setiap gaya saya. Memang kami ada peminat tegar, dia mungkin seorang daripada mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, atas dasar perikemanusiaan, dia bersama ahli kumpulan May yang lain sanggup bertemu kanak-kanak perempuan itu bagi menghulurkan sedikit sumbangan, sekali gus mengurangkan beban serta penyakit yang dihidapi.




3 ulasan:

moduck berkata...

NUJ patut bertindak ke atas wartawan murahan Harian Metro.. patutnya selidiklah dulu, kan dah memalukan orang.. cakap budak2 pon dia boleh percaya buat berita.. lg satu, HM ni pantang ada cerita seks, rogol, bogel..

Tanpa Nama berkata...

Berketawa rialah Yahudi/Nasrani kerana budaya tajaan mereka telah berakar-umbi dalam kalangan umat melayu Islam (setelah arab begitu dirosakkan)dan sedang membarahkan kemusnahannya.

Maka terbelenggulah para alim ulamat kahasnya ahli-ahli agama yang sengaja menutup mulut, mata dan hati mereka hanya dek kerana 'penaja-jayanya' adalah kalangan majikan mereka jugak. Allah s.w.t pasti 'menunjukkan' keadilannya jika tidak di dunia ini akan ditanggunh Nya di akhirat Nya nanti.

Kalangan merekalah yang terlebih dahulu dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t sebelum yang lainnya.

Ya Allah.. selamatkanlah kami daripada belenggu kemusnahan zahir dan batin yang diciptakan oleh makhluk yang memusuhi-Mu dalam kalangan Yahudi/Nasrani dan para pengikut DAJJAL yang lainnya. Amiin.

KLAPADARA berkata...

Salam.
Ada contact no kanak-kanak berkenaan atau alamat kediamannya. Saya ingin membantu.

tolong email ke klapabiotech@gmail.com

tkasih
zack