19 Nov 2010

Lagi Kereta Terbakar Semasa Nahas, Seorang Jurujual Rentung

Jurujual rentung kereta terbakar

Gambar: ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat pemandu kereta yang rentung di Kilometer 12.2 Jalan Lingkaran Luar Butterworth, dekat Sungai Puyu, Butterworth, awal pagi semalam.

BUTTERWORTH: Seorang jurujual rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 12.2 Jalan Lingkaran Luar Butterworth dekat Sungai Puyu, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa, Wong Tat Heng, 27, memandu kereta Chevrolet dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menikmati makan malam di Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, setiba di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan menyebabkan keretanya terbabas, sebelum merempuh pembahagi jalan di susur keluar Sungai Puyu lalu terbalik dan terbakar.

Beberapa penduduk bergegas ke tempat kejadian sebaik terdengar bunyi dentuman kuat, namun tidak dapat menyelamatkan mangsa kerana api marak lalu menghubungi bomba.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan Dua, P Yellepal, bersama empat anggotanya ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.50 pagi.

Katanya, kereta mangsa masih terbakar ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan mengambil masa 15 minit bagi mengawal api.

“Pemandu kereta itu didapati rentung seluruh badan dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui kerana musnah dijilat api.


“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Traffik dan Ketenteraman Awam Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Superintendan, Mohd Suhaimi Mohd Noor, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 421(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BH

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lagi rakyat mati kerana dasar BN guna RON95, beginilah dikatakan sokong BN membawa rebah

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan BN mesti nafi hingga yang hidup hanya koperat yang guna kereta mewah saja sebab tak guna RON95

Tanpa Nama berkata...

patut saman kerajaan kerana dasar guna RON95

Tanpa Nama berkata...

kalau rakyat salah BN nak saman ekor, sekarang dasar BN salah pejam mata saja, biar lebih ramai rakyat mati terbakar

kembara putih berkata...

Lagi minyak RON95 membakar hidup2 rakyat Malaysia yg tidak kaya.