Mesyuarat Agung Wanita MCA Hangat Dengan Isu Skandal Seks Dr Chua
KUALA LUMPUR, 9 Okt - Sesi perbahasan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA kali ke-35 hari ini hangat apabila skandal seks yang melibatkan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dibangkitkan oleh anggota perwakilan.
Seorang perwakilan dari Pahang, Khiew Yuh Jiuan, mendakwa kebanyakan anggota parti itu berasa malu kerana mempunyai seorang pemimpin tertinggi yang mempunyai "masalah moral".
Beliau turut menyifatkan perjuangan parti itu sebagai gagal berhubung perkara itu yang menyebabkan ramai anggota tidak dapat menyatakan pendirian mereka dengan jelas tentang pelbagai perkara.
"Bila kami mahu menyampaikan pandangan, orang lain akan menyerang parti ini dengan mudah melalui skandal seks presiden. Sebagai ahli, kami terpaksa berdiam diri sahaja. Presiden (Dr Chua), bolehkah kepimpinan anda membantu memperkembangkan MCA?" katanya.
Kata-kata itu kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi dewan mesyuarat di Hotel Berjaya Times Square di sini.
Speaker Ooi Siew Kim pula berkata ucapan Khiew itu jelas merupakan suara hati anggota dari peringkat akar umbi kepada pucuk pimpinan parti.
Pada Januari 2008, Dr Chua melepaskan jawatannya dalam Kabinet dan Naib Presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.
Dr Chua dipilih menerajui MCA dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 28 Mac lepas selepas menewaskan dua orang bekas presiden iaitu Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Tan Sri Ong Ka Ting. -Bernama
Ulasan GB
Kan dah susah bila dapat Presiden cenggitu...
dulu nak sangat...

4 ulasan:
Walau apa bangsa walau apa agama atau kefahaman akhlak atau moral tidak boleh diabaikan. Kalau seseorang itu berharta, berilmu, bijaksana @ apa-apa pun la, jika tiada akhlak maka semuanya akan musnah ! Renung-renungkan............
Hi Encik Lim, Betul kata kau tu LIM, Tak ada satu agama, bangsa dan sekolah pun yang mengajar mungkar. Dalam UmNo dan parti lain pun yang benar-benar berakhlak itu ramai. Yang maniak tu sikit aja, tak lebih one% pun. Tapi golongan inilah kalau tak menang undian pun masih boleh kontrol semua. Yang melayunya Babi hehe HaRam tak boleh makan, arak yeye tonggang aja, dan YANG satu INI yahoo memang dicari dan diburu. Pun tetap berpengaruh. Dah terbalik negara kita ni Lim ooi ... Siapa berani TEGUR. Kalau kau berani, baik hati-hati sikit Lim!, lainlah kalau kau sebatang kara. Selamat berjaya.
Ya 0818 wa tak berani woo. Tapi nanti PRU 13 wa kasi hantam wakaka
sesuai dengan kepimpinan UMNO...?
Catat Ulasan