Isu Wang Ehsan, Royalti Minyak Tidak Jejas Peluang BN Di Galas
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Isu pemberian wang ehsan dan royalti minyak buat rakyat Kelantan tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi pilihan raya kecil di Galas, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya isu itu tidak akan menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya kecil itu kerana ianya adalah isu di peringkat nasional.
"Yang penting di peringkat negeri, kita sudah agihkan wang ehsan dan rakyat sudah mulai menerima wang ehsan tersebut, jadi isu ini tidak relevan lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai strategi pembangkang yang bakal membangkitkan isu-isu sensitif termasuk isu wang ehsan dan royalti minyak.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lepas.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan tarikh pilihan raya ditetapkan pada 4 Nov.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata mesyuarat rasmi pertama antara Pengarah Pilihan Raya Kecil Galas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah bersama jentera pilihan raya BN Isnin ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ke Galas Rabu ini untuk bertemu dengan jentera pilihan raya bagi membincangkan strategi pilihan raya kecil kali ini, katanya. -- BERNAMA
Ulasan GB
Banyak cantik awak punya muka, kata isu royalti tidak relevan. Isu royalti tetap akan mendominasi setiap kali pilihanraya di Kelantan selagi Petronas tidak mematuhi perjanjian.
Rompakan yang dilakukan oleh UMNO BN dengan menggantikannya dengan wang ihsan, kemudian diserahkan bukan kepada kerajaan negeri sepeertimana termaktub di dalam perjanjian adalah merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat Kelantan khususnya.
Pengarah pilihanraya UMNO BN bagi PRK Galas, YBM Tengku Razaleigh akan menjadi sasaran rakyat untuk menjawab setiap persoalan mengenai royalti ini. Apakah akan ada pusingan U pada pendirian Ku Li terhadap isu royalti ini. Kita akan sama-sama nantikannya.

3 ulasan:
Itu isu kecil lagi pinggiran.
Isu utama dan lagi terutama ialah isu rakyat muslim semakin terhakis iman akibat dasar dan aktiviti UBN mentadbir-urus negara ini.
Tiada satu susuk pun dalam UBN yang boleh dibuat pedomen hidup termasuk golongan yang di'ulamak'kan tetapi sedang mepercacaikan diri dan wibawa mereka.
Non muslim pula rasa takut dan bimbang akan semakin menjadi-jadinya kerasisan OMNO walau pun lisan mereka 'menyayikan' siang dan malam lagu perpaduan bernegara '1 Malaysia'.
Telunjuk lurus, kelingking berkait.
Kalau betul mahukan Kelantan maju (kena ada wang dulu), rakyat Kelantan tak kira apa fahaman politik mestilah berjuang supaya wang royalti hak Kelantan dibayar segera oleh kerajaan Pusat.Sokong kerajaan yang memerintah negeri Kelantan.
macam cerita peguam kes sosilawati saja? ambil wang orang lain buat derma...
Catat Ulasan