3 Okt 2010

Majistret Berumur 28 Tahun Dipenjara 6 Tahun & Denda RM40,000

Majistret dipenjara 6 tahun, denda RM40,000 kerana rasuah

KOTA BHARU: Seorang Majistret dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan berkaitan rasuah.

Mohd Firdaus Ramlan, 28, baru bertugas selama dua tahun sebagai Majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh rasuah berupa wang tunai RM3,000 daripada Md Shani Ishak di sebuah stesen minyak Esso, Machang, kira-kira 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu.

Wang suapan itu dikatakan diperoleh sebagai dorongan baginya melepaskan lelaki berkenaan daripada kesalahan jenayah yang dilakukan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Firdaus didakwa meminta rasuah RM5,000 daripada Md Shani di Bilik Majistret, Mahkamah Majistret Kuala Krai di sini, pada 6 Oktober tahun lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa, dan Mohd Firdaus diwakili peguam Datuk Shukri Mohammed.

Bagi tuduhan pertama Mohd Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000, dan jika tidak dibayar denda, beliau boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan, manakala bagi pertuduhan kedua beliau dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM25,000, dan jika denda tidak dibayar beliau boleh dihukum penjara 18 bulan.

Hakim Sabariah Othman mengarahkan agar perintah penjara ditangguhkan sehingga Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan rayuan.

Hukuman denda pula ditangguh tiga bulan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin. - BERNAMA

Ulasan GB

Apa yang menarik di atas?

Umur majistret berkenaan. Baru 28 tahun. Dah berkhidmat selama 2 tahun. Bererti beliau telah menjawat jawatan majistret tatkala berumur 26 tahun.

Ini bererti juga bahawa di negara kita perlantikan majistret hanya bersandarkan kepada kelayakan di atas sijil. Tidak memperdulikan latabelakang dan pengalaman seseorang.

Untuk seseorang yang jawatannya begitu penting, adalah tidak menasabah samasekali untuk melantik seseorang sebagai majistret pada umur yang terlalu muda disamping belum mempunyai pengalaman yang mencukupi di dalam soal-soal kehakiman dan perundangan.

Saya turut merasakan seseorang majistret itu sepatutnya dilantik dari kalangan mereka yang lebih senior, contohnya 5 tahun di dalam perkhidmatan ke atas. latihan guaman selama beberapa tahun sepatutnya menjadi kriteria sebelum seseorang itu dilantik sebagai majistret.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...sokong pandangan GB....mana mungkin seusia 26 th dh dilantik jd majistret.....ni lah satu kelemahan yg sgt jelas...satu lg..gambaran tentang kegagalan sistem pendidikan kita...anak muda dididik materialistik.....mengejar dunia....kekayaan..status....anak muda berasa dia sudah hebat lantaran dilantik sbg majestret seusia 26 thn...

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya apa yang berlaku ini ialah kurang penekanan tentang bab hukum ISLAM yang mana mereka ini tidak dapat membezakan yang haram dan yang mana halal sekiranya dia memgambil pendirin sebagai seoranhg MUSLIM ini tidak akan berlaku

Pilot mesin berkata...

Dalam apa jua hal orang muda memang gopoh tambah pulak dengan tak ada pengalaman jadi dua kali gopoh. Oleh itu ilmu penting dan pengalaman lagi penting. Hakim woi bukan dreba mesin padi.....

Tanpa Nama berkata...

salam.dia ni bdk sekolah agama di kedah.petah memberi tazkirah.tp yg plg penting,idola dia anwar ibrahim..

gerrard stylo berkata...

Cuma yang saya boleh cakap si tertuduh di perangkap. Si tertuduh lakukan rasuah ini bersama pendakwa raya dan pendakwa raya telah mengadu pada SPRM sebab telah terkantoi dan telah membuat perangkap bersama SPRM supaya majistret di tangkap. Si tertuduh telah di perangkap dengan dengan dicampakkan duit di dalam kereta semasa di esso machang. Duit itu telah bertanda dan berasal dari duit SPRM untuk bahan bukti kepada si tertuduh@majistret. Dan jika hendak tahu sistem perundangan negara ini penuh dengan rasuah yang tidak dapat dilihat. Cume orang tertentu sahaja tahu. Saya telah didedahkan dengan perkara ini dan diharap dijauhkan...