23 Okt 2010

GB Jawab Ulamak Muda Mengenai Isu "Nasihat kepada Rosmah"

IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya. -mk

Ulasan GB

Sungguh berbahaya kenyataan "ulamak muda" ini. Ia seperti mempertahankan "kemungkaran" yang berlaku di depan mata.

Katanya, yang perlu dipersalahkan ialah penganjur IFF itu bukannya Rosmah. Rosmah hanyalah sebagai Penaung, tambahnya.

Saya bertanya, apa tugas Penaung? Menaungi kegiatan penganjur untuk menghina Islam? Dan kemudian menaungi ulamak-ulamak muda seperti kamu yang mempertahankan kegiatan mungkar itu?

Persoalan kini bukan persoalan nasihat kuat atau nasihat halus. Persoalan kini ialah pakaian yang digunakan itu seolah-olah sengaja mencabar umat Islam dengan menghina Nabi Mohd apabila terteta kalimah Mohd di bahgian dada pemakainya. Kemudian di lengan dan di belakangnya terdedah tanpa ditutupi. Fesyen apa itu jika bukan jahiliyah dan dijenamakan di atas nama Islamic Fashion? Dan ia bukan saja akan mengelirukan umat Islam, malah bukan Islam juga yang akan menganggap ia sebagai "fesyen" yang Islamik.

Rosmah Penaungnya. Mengapa tak lantik penasihat peribadi bab agama jika jahil bab agama. Nak nasihat bisik-bisik apa lagi kat Rosmah sedangkan hal kemungkaran telah berlaku dan agama Islam telah pun tercemar lantarannya. Dan jika tidak dinasihat secara kuat, nanti ada yang menerima fesyen yang telah ditayangkan itu sebagai fesyen Islam. Itu sebab mengapa umat Islam menyuarakannya secara lantang sehari dua ini. That the fashion worn and shown wasn't Islamic at all!

Di dalam Islam adalah jelas. Al-Quran dan Hadith terlalu banyak mengajar kita berkenaan menentang kemungkaran ini. Firman Allah:

Hendaklah ada di antara engkau semua itu suatu ummat -golongan – yang mengajak kepada kebaikan, memerintah dengan kebaikan serta melarang dari kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (ali-lmran: 104)

Allah Ta’ala berfirman lagi:
“Adalah engkau sekalian itu sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk seluruh manusia, kerana engkau semua memerintah dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran.” (ali-lmran: 110)

Allah Ta’ala juga berfirman:

“Orang-orang mu’min lelaki dan orang-orang mu’min perempuan itu, setengahnya adalah kekasih setengahnya, kerana mereka memerintah dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran.” (at-Taubah: 71)

Allah Ta’ala berfirman:

“Orang-orang kafir dari kaum Bani Israil itu terkena laknat dari lidah Nabi Dawud dan Isa anak Maryam. Hal itu disebabkan kerana mereka derhaka dan melanggar aturan. Mereka tidak saling larang-melarang kemungkaran yang mereka kerjakan, sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka lakukan itu.” (al-Maidah: 78-79)

Adapun Hadis-hadisnya ialah:

Pertama: Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa di antara engkau semua melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya itu dengan tangannya, jikalau tidak dapat -( dengan atau kekuasaannya), maka dengan lisannya -(dengan jalan menasihati orang yang melakukan kemungkaran tadi )-dan jikalau tidak dapat juga – (dengan lisannya), maka dengan hatinya – (maksudnya hatinya mengingkari serta tidak menyetujui perbuatan itu). Yang sedemikian itu – (yakni dengan hati saja) – adalah selemah-lemahnya keimanan.”
(Riwayat Muslim)

Kedua baginda s.a.w. bersabda:

“Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, kemudian menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.”

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud. Adapun lafaznya Imam Tirmidzi ialah:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketika kaum Bani Israil sudah terjerumus dalam berbagai kemaksiatan, lalu alim ulama mereka itu pun melarang mereka, tetapi mereka tidak menghentikan perbuatan mereka itu. Kemudian alim ulama tadi mengawani mereka dalam duduk, makan dan minumnya – sebagai menyetujui kemungkaran yang dilakukan itu.
Kerana itu Allah lalu memukulkan – membencikan – hati setengah mereka terhadap setengahnya serta melaknat mereka atas lidahnya Nabi Dawud dan Isa anak Maryam. Yang sedemikian itu adalah kerana mereka telah melanggar aturan.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. duduk dan sebelum itu beliau s.a.w. bersandar, lalu meneruskan sabdanya: “Jangan demikian. Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya. Laknat itu pasti datang, sehingga engkau semua mengembalikan orang-orang yang berbuat kemungkaran itu kepada kebenaran yang sesungguh-sungguhnya.”


Ketiga sabdanya lagi

"Apabila berlaku satu kemungkaran sedangkan umatku berdiam diri, maka ke atas laknat Allah".

Seterusnya, apabila gejala-gejala sedemikian berlaku tanpa sebarang teguran dan sekatan, maka kelak sepertimana dinyatakan di atas bencana dan musibah dari Allah akan tiba. Apabila bencana Allah tiba ia bukan sahaja menimpa pesalah-pesalahnya tetapi menimpa juga orang-orang yang tidak bersalah kerana gagalnya orang-orang yang tidak bersalah ini membasmi kemungkaran itu.

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad

Dari Abu Bakar as-Shiddiq r.a. katanya: “Hai sekalian manusia, sesungguhnya engkau semua tentu membaca ayat ini – yang ertinya: “Hai sekalian orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri, tidaklah akan membikin bahaya kepadamu semua orang yang sesat itu, jikalau engkau telah memperolehi petunjuk.” (al-Maidah: 105), tetapi sesungguhnya saya juga mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya para manusia itu apabila melihat orang yang zalim, lalu tidak mengambil atas kedua tangannya — tidak menghentikan perbuatannya, maka hampir saja Allah akan meratakan terhadap seluruh manusia tadi dengan menurunkan siksaNya.

Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i dengan isnad-isnad yang shahih.

Terima bala selepas ini. Ulamak-ulama muda UMNO mahu bertanggungjawab ke atasnya?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam GB, Saya Omardeen dari ampang, dah lama ikut blog GB ni..tapi tak tau macam mana nak buat sumbangan pada GB. Tolong beri Ac no. kalau boleh biarlah ac maybank. radinmas160@yahoo.com

cerita aku berkata...

itu ustaz ada berani tarik tangan isteri PM dan bisik-bisik ke?

Nanti tersentuh hidung macam bintang bollywood pulak

Sekati kau ler ustaz

Unknown berkata...

SDalam wak,
kadang2 sy heran jugak apa sebenarnya fungsi ulamak dlm umno ni.adakah nak menjadi penasihat kpd pemimpin mereka atau menjadi badan penasihat kepada pembangkang.

Kita sepatutnya ucapkan terimakasih pdulamak umno sebab mereka lebih sayangkan pembangkang dari pemimpin mereka sendiri.Pemimpin mereka buat salah mrk diam bila pemimpin pembangkang buat silap mereka tegur.

"Pada hari ketika muka mereka dibalik-balikkan dlm neraka,mereka berkata alangkah baiknya andaikata kami taat kpd Allh dan taat kpd rasul,dan mereka berkata,kami telah mentaati pemimpin2 dan pembesar2 kami.lalu mereka menyesatkan kami dari jln yng benar.
ya tuhan kami berilah kpd mereka azab dua kali ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar"
-Al-Ahzab(66-68)

Tanpa Nama berkata...

ulama muda tiada komen ramai rakyat mati kenderaan kemalangan terbakar guna RON95?

يورحامي يوسف berkata...

apa tugas penaung...ustaz 2 xbelajar organisasi ke....
hmm..duit je ustaz ni ni...patut la sokong umngokkk

dlines berkata...

pada saya sape le mamat2 tu digelar ulamak muda.bertaubat dik..nanti sia2 je belajar agama tapi bercakap gunakan kepala lutut.itulah umno perlukan manusia seperti "ulamak muda " untuk temberangkan orang melayu yang tidak memepelajari agama islam.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Ulamak muda baru nak belajar kelintong. Satu hari nanti akan ada 'fat wa' arak pun dibolehkan kalau dibeli dengan duit halal- bukan duit judi. Bab pakaian pun sama juga, tutup sikit-sikit tak apa asal tidak menggairahkan.

Tak payah nak kelintonglah, setakat nak petik potongan ayat sana sini nak pertahankan yang jahil dan mungkar itu tandanya anak ni belum cukup ilmu agama di dada. Eloklah kamu belajar berdailog dengan GB, sekurang-kurangnya GB boleh tunjuk-ajar kamu sebelum langkahmu ditibai orang UMNO sendiri. Nak tahu, ramai orang UMNO yang pandai dan alim, saja tak nak tunjuk-tunjuk.

Tanpa Nama berkata...

Jelas yang haram tetap haram yang salah tetap salah...apa lagi nak dipertikaikan...Ulamak Muda ini nak mempertikaikan Al Quran ke...Ini lah Akhir Zaman...

Tanpa Nama berkata...

Hebat sungguh anak bekas Mufti Perlis ni. Disebabkan tindakan anaknya ini buat orang tak hormat lagi bapanya barangkali. Nak cari makan tu patut-patutlah sikit komennya, ini pasal agama. Saya bimbang saudara ada muslihat lain yang mendatangkan untung kelak.

Dikatakan orang lain yang uruskan pertunjukan fesyen itu tapi mengapa kita sebagai orang Islam (Rosmah) tidak terus tinggalkan festival itu serta merta sebagai tanda protes. Ini perkara mempertahankan kesucian agama kita Islam. Jika seorang penaung tinggalkan majlis itu sudah tentu ianya mendatangkan impak yang besar dan boleh memalukan penganjur, bahawa orang Islam sejati tidak boleh dipermainkan, apa lagi dia seorang isteri Perdana Menteri.

mun berkata...

geramnye aku...bile tah nak tgk pemimpin negara yang amal prinsip2 islam sempurna...adoiii

Tanpa Nama berkata...

anak ulamak besar tuu, anak mufti lagiiii....

Tanpa Nama berkata...

mun : ko nak tengok kena la tukar pemimpin dengan pemimpin yang amalkan Islam dalam pentadbirannya

anony 9:46 : kan Raihan dah cakap, Iman takdapat diwarisi

Tanpa Nama berkata...

Menghina Islam dan menjauhi Islam, ia bukan dilakukan anasir luar tapi saudara sesama Islam. Inilah kerja PAS," katanya.

Katanya lagi, Umno telah berusaha menjaga martabat Islam melalui beberapa isu yang diperjuangkan, termasuk ketika Islam dipersendakan melalui satu karikatur Nabi Muhammad yang menimbulkan kontroversi pada akhir 2006.

"Saat Islam dipersenda dengan karikatur, pemimpin Umno yang perjuangkan isu tersebut," katanya

IDAMOERNI
Wakil Puteri Umno...

sekarang isu busana islam yang hangat dinaungi oleh isteri boss besar si idamoerni ni tak nak komen ke?nampak yang jauh kat denmark....kat depan mata dia tak nampak pulak...

umno umno...

puyot berkata...

Fathul Bari tu ulama ke? Muahahaha.. gaya ulaq dalam semak cari makan ada la.

Tu bukan apa, target kerusi YADIM, tkpun apa jawatan dalam UMNO le tu sampai pikir guna punggung.

non baling berkata...

Camtu la kalau ada agenda tersembunyi untuk kepentingan diri.

Tanpa Nama berkata...

DAJJAL AKHIR ZAMAN.....DAJJAL CIPTAAN UMNO!!!