Siti Balqis mula bengis
JERTIH: Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang didakwa sering ghaib dan mengalami gangguan makhluk halus kini berubah sikap apabila berperangai bengis serta enggan makan dan minum selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata perubahan sikap anaknya itu disedari selepas dibawa pulang dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin dan puncanya mungkin kerana emosi tertekan akibat gangguan berterusan dialami gadis berkenaan.
"Saya akan berusaha apa saja kaedah perubatan supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan normal. Saya juga akan membawanya mendapatkan pemeriksaan dengan pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, esok,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, berkata kerajaan negeri sedia membantu gadis itu mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan, tambahan pula Siti Balqis adalah pesakit Thalassaemia (Penyakit Sel Darah Merah).
“Penghidap penyakit ini memerlukan sokongan dan perhatian serius keluarga kerana jika dibiarkan pesakit boleh menjadi tertekan dan emosi yang tidak terkawal,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pakar psikiatri berpendapat Siti Balqis perlu dibawa berjumpa pakar bidang berkenaan bagi mendapatkan penilaian jelas secara saintifik agar gadis itu tidak mengalami tekanan perasaan yang boleh membahayakan termasuk mencederakan diri sendiri.
Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata penilaian dengan pakar psikiatri membolehkan mas-alah sebenar Balqis diketahui, sekali gus membantu gadis itu mendapatkan penjelasan keseluruhan dengan cara saintifik apa yang berlaku terhadapnya.
Kisah Balqis dari Kampung Gong Nangka, di sini menggemparkan negara apabila dilaporkan ‘ghaib’ di beberapa tempat termasuk gua dan kubur. Terbaru keluarganya mendakwa Balqis disorok ‘jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, tetapi dia kemudian ditemui polis di rumah seorang kenalannya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kelmarin.
Gadis itu juga sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Pakar Psikiatri yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Shaliza Hussin, berkata berjumpa pakar psikiatri tidak bermakna Balqis mempunyai masalah mental, tetapi untuk mengetahui jenis bantuan untuk gadis itu.
“Andai kata Balqis mempunyai masalah psikologi dan tidak diberikan rawatan sepatutnya, pelbagai perkara boleh berlaku seperti berputus asa, murung, putus semangat serta kompilasi dengan diri sendiri. Keluarganya boleh meneruskan rawatan tradisional tetapi pada masa sama perlu mendapatkan khidmat psikologi,” katanya. -BH
Ulasan GB
MasyaAllah, apa pulak tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum?
Ini menjelaskan bahawa sebenarnya bukan Siti Balqis saja yang "disukai oleh jin" tetapi ibubapanya juga. Memberi ruang dan laluan untuk tipudaya syaitan berterusan. Kaedah perubatan tradisional seperti perbomohan yang belum disemak kaedahnya hanya akan lebih mengusutkan keadaan.
Tidak ada sebab mengapa perlu dilayan sedemikian rupa. Tiada ada dalil aqli atau naqli untuk berbuat seperti itu. Kecuali untuk mewujudkan aura "jin itu kononnya raja" yang hendak menyesatkan lagi umat manusia.
GB merasakan ada hal yang disembunyikan oleh kedua ibubapa yang menyebakan anaknya jadi begitu kerana sebelum ini, yang terlalu gembira melihat wujudnya permata yang konon turun ke rumahnya adalah tidak lain ibunya sendiri.
Noziran, ibu Balqis menunjukkan konon adanya batu permata yang jatuh di rumahnya. Tiba-tiba batu permata itu hilang pula pada keesokannya.
Apa lagi yang boleh kita cakap jika ajaran (seruan) untuk kembali ke pangkal jalan tidak mahu dituruti? Kita seru agar berpegang kepada kalimah tauhid. Tidak ada yang lebih tinggi dan mulia daripadanya.
GB dah ulas perkara ini semalam.
Nak terus-terusan hidup ditipu dan menipu.
Pencak terakhir kita berhadapan dengan kedegilan melampau, kita bacakan hujung Surah At-Taubah supaya Allah singkapkan segala kebenaran:
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, penderitaanmu terasa berat olehnya, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah, 'Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia Rabb yang memiliki Arsy yang agung'." (At-Taubah: 128-129).

7 ulasan:
keluarga yg sakit jiwa..bomoh pon kena kencing!terlalu percaya pada benda khurafat.
Salam!Sian mak dia kena idup2 ngan anak.Lepas ni kena lari ngan jin tak ada bulu kegunung Kinabalu lak. Wsalam!
ini semua cerita karut..ni satu penyakit org melayu yg payah nak buang..bila la melayu nak cerdik..pasal tu umno boleh hidup lg....
Kalau kita dengar cerita manusia ghaib disebabkan kuasa jin atau iblis, itu memang karut. Apatah lagi jin atau iblis mampu memberikan batu permata atau sebagainya.
Tapi kalau manusia itu ghaib disebabkan menerima hasutan dari jin atau iblis dengan melarikan diri atau menyembunyikan diri agar tidak dilihat orang... itu boleh diterima akal.
Begitu juga kalau jin atau iblis itu memberi tahu tempat dimana letaknya batu permata dan kita pergi ketempat itu untuk mengambilnya... juga boleh diterima akal.
Untuk pengetahuan kita, jin dan iblis tidak mampu mengangkat benda kasar dalam dunia ini kerana tubuhnya sungguh seni. Kecuali jika dia merasuk tubuh manusia dan dia boleh mengangkatnya.
Ada juga orang mengaitkan kisah jin dengan istana putri Balkis dengan mendakwa bahawa jin boleh mengangkat istana tersebut untuk beberapa ketika.
Itu sebenarnya adalah bidalan atau perumpamaan bagi menggambarkan bahawa iman seorang manusia terhadap Allah lebih hebat dari iman seekor jin.
Kita sebagai orang jauh memang tidak tahu hal sebenar yang menimpa diri adik Siti Balqis Mohd Nor itu. Apa yang kita buat hanyalah ramalan, tuduhan dan akhirnya kita menghina mereka pula.
Jin, Iblis dan manusia adalah makhlok yang hidup bersama dalam dunia ini cuma manusia bertubuh kasar yang boleh dilihat sedang jin dan iblis bertubuh seni seperti angin, boleh dirasa tapi tidak boleh dipegang.
Jin, Iblis dan manusia juga mempunyai nafsu syawat dan makhlok ini juga menghidap berbagai jenis penyakit kronik yang disediakan oleh Allah.
Percayakah anda jin dan manusia boleh berkahwin..? Bagi saya ianya memang karut cuma untuk menarik perhatian orang lain untuk mendengarnya. Sebagai contoh, manusia tidak boleh hidup dalam air tanpa insang dan ikan tidak boleh hidup didarat tanpa hidung.
Jika manusia sakit, mereka akan berjumpa dengan doktor untuk membuat kajiselidik penyakit jenis apa yang mereka tanggong.
Jika doktor diklinik atau dihospital tidak mampu merawat penyakit yang ditanggong oleh seseorang itu maka mereka akan mencari rawatan alternatif seperti bomoh atau dukun atau tabib...
Tapi kalau jin dan iblis sakit kita tidak tahu cara bagaimana mereka merawat penyakit yang ditanggongnya kerana kita tidak pernah melihat rupa bentuk jin serta iblis secara jelas.
Apa yang diketahui melalui pembelajaran bahawa jin dan iblis yang bebas tanpa tuan biasanya tidak suka menggangu kehidupan manusia.
Tapi kita biasa dengar cerita berkaitan dengan orang dirasuk jin... Cerita seperti ini memang benar.
Jin dan iblis jadi jahat kerana dipaksa menjalankan kerja jahat oleh orang yang mampu menguasainya. Siapa sebenarnya yang mampu menguasai jin dan iblis itu...? Anda pasti ada jawapannya.
Berkaitan dengan masaalah yang ditanggong oleh adik Siti Balqis Mohd Nor... ada kemungkinan beliau mempunyai penyakit tertentu yang biasa dihidapi oleh manusia.
Atau ada kemungkinan juga beliau dirasuk dan dihasut oleh jin yang bertuan hingga menjadi penyebab sebagai penyakit misteri.
Jika kita mahu melihat adik Siti Balqis Mohd Nor menjadi normal perlu diberi sokongan moral dan melakukan kajiselidek melalui cara moden dan juga tradinasional.
Gunalah kaedah perubatan Islam, rujuk kepada yang bidang. Pihak keluarga pula jangan la dok menyokong hala ke nak bagi budak tu jadi makin tak ketahuan, kain kuning la... ntah apa apa lagi.
Assalammualaikum,
Terima kasih Anon 11.34, kerana masih ada lagi pembahas yang mahu menyatakan pandangan yang bernas dari memaki hamun dan menyalahkan seseorang yang sedang 'menderita'.
Semasa melanjutkan pelajaran di Washington lebih 30 tahun dahulu, saya ditempatkan di asrama yang dikatakan berhantu. Ramai juga pelajar perempuan Mat Salih terjerit di waktu malam pasal hantu, tapi bagi saya selalu berfikir hantu MS akan mengacau orang sebangsa dan seagama mereka sahaja. Begitu juga kepada kawan sekerja Cina dan India yang hantu mereka hanya menghampiri orang sebangsanya. Saya berharap agar hantu Melayu tidak mahu mendekati saya kerana cerita serupa itu kerap didengari.
Pada tahun 1992 saya telah dihinggapi sesuatu yang saya tidak tahu dan mahu mempercayai puncanya. Perubatan doktor juga saya jalani termasuk di hospital pakar bila saya rebah tanpa mengetahui sebabnya. Keadaan ini mengganggu saya untuk beberapa minggu dan atas belas seorang insan saya dipelawa ke suatu tempat di Seremban.
Alhamdulillah, di samping bacaan yang kurang saya dengari penyakit saya sembuh dengan mengunakan sebungkal alia tua. Pengerasnya (?) hanya dengan duit sepuluh sen sahaja. Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih dan Maha mengasihani. Wasallam.
Bomoh Islam pun kena tipu. Kalau tak silap saya tangkap jin masuk dalam botol.
Catat Ulasan