31 Okt 2013

[KES AMBANK] Kenapa Polis Tak Fokus Memburu Penembak, Tetapi Buru Penyebar Gambar?

Polis kesan individu pertama sebar foto mangsa tembak

Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.

Beliau berkata polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

"Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjatapi jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini. - Bernama


15 ulasan:

Awanama berkata...

Post gambar tu pun salah, tapi salah kecik je. Bunuh orang, guna IC palsu, ambik org keja pakai ic palsu tu salah besar. Ambillah iktibar, jangan post benda2 sensitif, kalu tak, tanggung la sendiri.

Amuraria berkata...

minta siasat macamana mangkuk pembunuh tu boleh dapat ic & senjata dari syarikat keselamatan? tiada tapisan atau lepas tangan atau ada 'masyuk' ? ABU jangan l000upa !

Awanama berkata...

Selagi PDRM tidak dirombak, dibuka lebih peluang pekerjaan kpd mahasiswa, dan diberi latihan yang mencukupi, selagi itulah perkara bodoh sentiasa berlaku.

Tetapi i tak nak komen banyak sebab kalau tidak bodohkan polis maka undi pos yg merupakan talian hayat umno akn terjejas. Kesannya rakyat yg kena kerana banyak polis yg tidak berilmu kes jenayah yg berat ambil masa yg lama utk diselesaikan sedangkan ia boleh diselesaikan kalau peluang perkerjaan dibuka luas untuk semua mahasiswa. But i tak akan dapat dilaksanakan kalau memerintah adalah parti cap dacing.

Awanama berkata...

Polis buru penyebar gambar pertama tu, sebab, dia dikira 'mengganggu penyiasatan'. Penjenayah yang dah tau gambar dia dah terpampang kat media, akan lebih berhati-hati dalam tindak-tanduknya. Hilanglah 'advantage' bagi polis kat sini, nak buat 'surprise attack'. Simple reasoning. Saya yakin, polis juga mencari yang bersubahat, kalau ada.
Lain kali, jangan fikir, kita yang pertama yang menyebarkan matlumat tu, 'glamour', padahal ia menyusahkan kerja polis. Umpama bagi 'warning' kat penyangak tu,'lariii.. satu kampong cari lu.. polis cari lu..!!'. Mencecet le dia.
Kenalah bijak, kalau pandai main internetpun... jangan lupa, penyangak pun tau pakai internet jugak... Dia tengok muka dia kat media internet je, dah nyorok mana entah...

Awanama berkata...

Selesaikan yg wajib dulu kemudian baru yg sunat. Penyebar video tu tak berniat nak aibkan keluarga mangsa. Pada saya hanya nak tunjuk hasil kekejaman pembunuh. Apakah penyebar tu dianggap penjenyah? Subhanallah.

Awanama berkata...

Anon 2:30PM : Isunya polis buru penyebar gambar mangsa - bukan penyebar gambar suspek!

Awanama berkata...

memang gerammmmmm. dok malaysia ni mcm dok negara bodoh ja, polis yg sepatutnya menjaga keselamatan rakyat tapi jadi musuh rakyat. ceramah dan aktiviti pembangkang no 1 polis kejar, penjahat bunuh org pun tak dpt2 tangkap lagi.

kemarin lagi mendidih darah dengar radio ikim, ada 2 org dijemput bercakap hal pengawal keselamatan 1 drp persatuan cam pemilik2 sy keselamatan dan 1 lagi drp KDN.

sakit hati2 org badut tu cakap, soalan pendengar yg talipon tak di jwp, solan straight fwd yg tanya kenapa syrikt keselamatan yg gaji pembunuh indon tu masih beroperasi, amboi kan main 2 org tu bela syrkt keselamatan, pendengar cakap dah jelas sy tu salah nape tak ambik tindakan?

di awal program tu salah sorang tu dah cakap syarat pengawal kslamatan di m'sia ialah warga negara dgn kelayakan minimum SRP. kalau bukan warganegara hanya warga nepal saja dibenarkan itu pun atas permintaan khas drp tokey kilang (foriegn owner). negara2 lain (cth US, arab saudi, s'pore) yg ambik pengawal dr luar pun hanya ambik warga nepal SAHAJA. jadi kalau kita nmpak pengawal tu kalau indon (sah2 salah), bangla ka, filipino ka semua tu salah. syrikat nak untung lebih gaji illegal ones. kata org tu kalau kes mcm ni lapor pd KDN. bukan main org kdn tu cakap.

tapi 1 soalan aku senang ja, kenapa pembunuh indon dlm kes baru2 ni tu terlepas (kalau pun dia di anggap sbg rakyat sendiri)? adakah indon tu ada sijil SRP??? so nampak kau org semua pembelit/penipu, bukan nak membetulkan keadaaan atau mencari kebenaran, ada benda tak kena dlm kes ni mesti ada kepentingan org2 tertentu yg hendak ditutup.

adakah logik seorang penjahat dibiarkan memegang senapang/pistol dgn begitu mudah, biar nyawa rakyat di ujung senapang penjahat indon, memang sah nak bagi rakyat sendiri kena bunuh.

Awanama berkata...

Kepala otak dah senget... tu yang tak tau nak utamakan yang utama. Tak kanlah polis yang profesional tk de plan B nk tangkap penjenayah yang dah tahu mereka diburu polis?

Yang paling senget pastinya yang kat atas...

Awanama berkata...

Macam mana nak fokus, nanti buat kerja susah susah dapat siasat dan buktikan pesalahnya tiba tiba kes ditandang keluar oleh PN (tau siapa yang banyak melindungi pesalah berforfil tinggi) sebab ada orang disebelah sana yang terlibat. Dalam kubur baru tahu seksanya, granti masuk neraka. Di dunia hebat belaka bila mati badan dimamah cicing bila iman dan amal jahat didunia tak siapa bolih menolong lagi. Kerana itu kita sentiasa berdoa agar mereka diberi pengajaran didunia untuk menyedarkan orang lain supaya berbuat baik dan beriman kepada ALLAH....aamiin.....

Melayu Jati berkata...

Polis terasa tercabar seolah-olah "teloq" depa dah kelihatan. Jadi ini juga merupakan taktik untuk mengalih pandangan orang ramai.
Yang kedua, dengan tersebarnya gambar ni, polis tak boleh kelentong seperti mana biasa yang dilakukan depa tu. Kan kita tahu bahawa selama ni polis memang kuat kelentong. Sebiji macam UMNO, rasuah dah jadi darah daging. Jangan cuba menidakkannya.
Yang ketiga, tak boleh tangkap Indon, tangkaplah rakyat Malaysia. Kan itu lebih senang? Nak tangkap Indon, entah-entah dah balik kampong dah. Beranikah polis pi tangkap dia kat Indon?
Walaubagaimanapun, aku tetap salute polis sebab sampai hari ni, masih tak dapat tangkap mat indon tu. Cuba lihat kes-kes yang melibatkan politik terutama pembangkang. Tengah malam pun depa mai ambik. Caya le. Asyik dok kata mat indon ni bahaya, tak kan selaras senapang boleh mengalahkan satu kontinjen polis kot. Berapa daskah dapat dilepaskan oleh senapang patah setiap kali diisi????? 100 biji????

Awanama berkata...

Anon 2:30 sama bodoh mcm polis, lenkali baca betul2 sblm nk komen pnjg2...bengongggg...

Awanama berkata...

KDN sembang je lebih...kt taman aku ni sah2 guardnya indon & bangla... Memg company2 guard ni nk untung lbh, pastu ramai owner yg kroni dgn KDN...psl tu selamba je employ indon & bangla...ada ke KDN kesah? Harammm...aku memg boikot xmo bayar fee guard, dh la guard haram, langsung xde fungsi lak tu...

Awanama berkata...

hai....dhlah indon....ada sijil SRP plak...kelakar betul....everything possible....haha

Awanama berkata...

Bodoh..byk kejadian bodoh.. kesian....

Awanama berkata...

Syarikat Keselamatan ni banyak dimiliki oleh bekas pegawai tinggi polis dan askar.Siapa lagi yg boleh dapat lesen syarikat keselamatan kalau bukan bekas pegawai tinggi polis dan askar.Inilah masaalahnya bila nak buat penyiasatan.Faham-faham ajelah.