18 Sep 2010

UMNO Selangor Gerun Dengan TV Selangor

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus meminta polis menyiasat portal berita TV Selangor kerana menyiar laporan berbentuk kritikan terhadap polis berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain.

Beliau menganggap kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin yang mempersoal kewibawaan polis dalam kes itu dan disiar TV Selangor, menjejaskan imej pihak berkuasa itu.

Mengikut laporan Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu mendakwa laporan berkenaan tidak berasas manakala kenyataan Shamsul mengandungi unsur hasutan dan mengganggu proses siasatan kes Sosilawati.

"Tidak ada sebab untuk beliau (Shamsul Iskandar) dan TV Selangor masing-masing membuat kenyataan serta menyiarkan laporan sedemikian. Umum mengetahui bahawa kes pembunuhan tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

"Jadi apa motif sebenar membuat kenyataan sedemikian? Apakah beliau mahu mempolitikkan kes pembunuhan ini dengan merosakkan imej serta kredibiliti polis yang menyiasat kes itu.

"Maka, adalah wajar pihak polis turut memanggil pihak TV Selangor selain Shamsul Iskandar sendiri bagi menyiasat dakwaan ini. Jika didapati tidak berasas, tindakan tegas harus diambil terhadap kedua-dua pihak," katanya yang dipetik akhbar itu, hari ini.

Ulasan GB

Apa? PDRM tidak boleh dikritikkah? Polis semuanya betulkah selama ini? Anggota polis tidak ada yang buat salahkah? Sedangkan ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sendiri mengakui bahawa kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil. Ini bererti KPN sendiri akui ada kelemahan di pihak polis.

Petikan dari akhbar thestar:



Jadi dimana letaknya kematangan Ketua Penerangan Umno Selangor ituuntuk meminta polis menyiasat portal berita TV Selangor kerana kononnya dikatakan menyiarkan laporan berbentuk kritikan terhadap polis berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain?

Kalau nak ampu tu biarlah biarlah berpada-pada sikit dan janganlah sampai ketara terdedah kebebalan sendiri.


2 ulasan:

atat berkata...

kalau org lain komen hampa kata fitnah la hasut la tapi kalau org hampa yg komen hampa buat pekak badak,memang dasar mengampu!

Tanpa Nama berkata...

ni nk bg tau ....YB Kuang ni sekolah x tinggi mn pun...jd cr pikir pun mcm bdk abih SRP je lah...cuma dia ni bijak membodohkan Melayu kt sg buloh ni...berani pi check akaun YB ni sama...ada brpjuta plak dlm akaun dia...kereta mewah pun byk...jd adun..gj bp sen je...mn mai duit...kalau x pau tauke sana sini...benda yg dh lama UMNO buat...silap2 datuk yg bunuh sosilawati ni pun penaja pilihanraya bg UMNO...tanya YB kt Banting...dia lg tau...