18 Sep 2010

Seorang Lagi Diberkas Di Selayang

Seorang lagi lelaki ditahan berhubung kes kehilangan saudagar permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthuraja (gambar), 34, yang dilaporkan ghaib di Banting, sejak lapan bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika mengesahkan penahanan lelaki berusia 34 tahun itu berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

“Dia ditahan petang semalam di Taman Wilayah, Selayang, dan itu saja yang boleh saya beritahu,” katanya ketika dihubungi semalam dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya mengesahkan seorang lelaki ditahan berhubung kait kes kehilangan warga India itu dan dia kini ditahan di IPD Kuala Langat untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit yang dibawa ke IPD Kuala Langat kira-kira jam 8.40 malam tadi turut mempunyai kaitan dengan ugutan yang diterima isteri mangsa, S Usharani, 24, bagi meminta wang pendahuluan 10 peratus daripada RM1 juta bagi membebaskan suaminya.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan lelaki berkenaan sama ada ia mempunyai kaitan dengan seorang peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan dan bakar pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang lain.

Sebelum ini akhbar melaporkan, Usharani, yang menetap di Ramapuram, Chennai mendakwa suaminya tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. -HM

2 ulasan:

Pak Oncu berkata...

Soklan gua kepada Khalid,,, kenapa dulu tak leh nak tangkap org yg di syaki,,, kenapa la ni hebat sangat dan cekap sangat polis buat tangkapan,,,,,, ada apa apa yg tersimpan di bawah tikar ke ????

Tanpa Nama berkata...

PDRM sepatutnya berusaha membersihkan Malaysia yang mula dianggap 'lubuk jenayah' oleh pemodal-pemodal asing yang kini mulai rasa gerun untuk melabur modal di sini!!