18 Sep 2010

Datuk Shukri Buat Laporan Polis Terhadap Akhbar Kosmo Dan Utusan

Sepertimana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010, satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Sukri Mohamed (gambar) ke atas akhbar Kosmo! di atas laporan (tentang sidang akhbar Dato’ Sukri Mohamed di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010) bertajuk “Gelaran ayah bonda ditarik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010.

Kandungan laporan akhbar Kosmo! yang dipertikaikan adalah:

1. “Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.”
2. “Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.”
3. “Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”





Tujuan laporan polis ini dibuat adalah kerana laporan akhbar Kosmo! ini menggambarkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, telah bertindak zalim ke atas ayahanda dan bonda Baginda dengan menarik balik gelaran ‘Tuanku’ dan gelaran ‘Tengku’ daripada ayahanda dan bonda Baginda hanya sehari selepas Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan sedangkan pada hakikat sebenarnya Baginda tidak pernah berbuat demikian manakala Dato’ Sukri Mohamed pula tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan demikian atau perkataan-perkataan yang membawa maksud demikian di dalam sidang akhbar tersebut.

Laporan akhbar Kosmo! ini telah membuat satu tuduhan yang amat berat kepada kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan dan Dato’ Sukri Mohamed serta merupakan satu fitnah yang sengaja diada-adakan di mana perbuatan memfitnah adalah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Siasatan ke atas laporan ini sedang dibuat oleh pihak polis.

Selain membuat laporan polis ini, Dato’ Sukri Mohamed juga telah membuat satu permintaan bertulis kepada akhbar Kosmo! supaya mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu. Permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis ini diminta dibuat di dalam akhbar itu di dalam masa 24 jam dari tempoh penghantaran notis itu.

Permintaan bertulis yang sama telah turut dibuat ke atas akhbar Sinar Harian di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ ditarik balik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Sinar Harian yang dipertikaikan adalah:

1. “Gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ yang dikurniakan kepada Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan ditarik balik berikutan pemasyhuran anakandanya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan kelmarin.”
2. “Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, penarikan balik gelaran itu dilakukan kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”


Permintaan bertulis yang sama juga telah dibuat ke atas akhbar Utusan Malaysia di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ Sultan Ismail dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan gugur” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Utusan Malaysia yang dipertikaikan adalah:
1. “Gelaran ‘Tuanku’ yang dipakai bekas Sultan Kelantan dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan sebelum ini gugur secara automatik berikutan pemasyhuran anakanda sulung baginda berdua, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar kelmarin.”
2. “Ketika menjelaskan perkara tersebut, jurucakap Istana Kelantan yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ hanya diberikan kepada Sultan yang memerintah serta permaisuri baginda sahaja.”

Salah satu dari tiga akhbar ini, iaitu akhbar Sinar Harian, telah mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu pada 16 September 2010.

Akhbar-akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia pula telah gagal mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu dan kini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dato’ Sukri Mohamed. -thekelantaninsider


KENYATAAN MEDIA DATO’ SUKRI MOHAMED

Di atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Dato’ Sukri Mohamed telah memberikan satu kenyataan media berhubung dengan pemasyhuran Baginda di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010.

Berikut disiarkan kandungan kenyataan media Dato’ Sukri Mohamed tersebut.

MEDIA STATEMENT

We wish to refer to the Malaysiakini article entitled “Sultan vows to challenge purported installation” dated 12th September 2010 wherein reference was made to a press statement made by a lawyer from the firm of Messrs Rashid Zulkifli on the basis that the said firm acts for His Royal Highness Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

We wish to state the following:

(a) Messrs Rashid Zulkifli’s authority to act on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra is in dispute and is being challenged. The issue of Messrs Rashid Zulkifli’s authority to act is presently the subject of determination before the Federal Court vide Petition No. 1 of 2010 and Petition No. 2 of 2010 in the light of His Royal Highness Sultan Ismail Petra’s incapacity;

(b) Messrs Rashid Zulkifli has failed to provide any medical evidence whatsoever to substantiate that His Royal Highness Sultan Ismail Petra has the necessary capacity to instruct the said firm to act on His behalf in respect of the present court proceedings before the Federal Court; and

(c) Messrs Rashid Zulkifli also failed to disclose any medical evidence whatsoever to indicate that His Royal Highness Sultan Ismail Petra has the capacity to comprehend the contents of the petitions and affidavits filed before the Federal Court vide Petition No. 1 of 2010 and Petition No. 2 of 2010.

We also wish to state that:

(a) The laws of the Constitution of Kelantan, Second Part, can be and were already amended by way of proclamation by His Royal Highness the Regent of Kelantan with the consent and concurrence of the Council of Advisers;

(b) The two petitions that Messrs Rashid Zulkifli have previously purportedly filed before the Federal Court on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra are not relevant to the issue of whether amendments pursuant to Article 3 of the laws of the Constitution of Kelantan, Second Part, are valid or not; and

(c) The amendments do not in any way pre-empt any proposed decision of the Federal Court. The amendments are a separate and distinct issue from the two petitions that Messrs Rashid Zulkifli have purportedly filed on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra in the Federal Court.

KENYATAAN MEDIA

Kami ingin merujuk kepada artikel dalam Malaysiakini bertajuk “Sultan vows to challenge purported installation” bertarikh 12 September 2010 di mana ianya merujuk kepada satu kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli yang mendakwa firmanya mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Kami ingin menyatakan seperti berikut:

(a) Perlantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam kepada Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan kini sedang dicabar. Isu perlantikan/perwakilan Tetuan Rashid Zulkifli ini merupakan satu perkara yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No. 1, 2010 dan petisyen No. 2, 2010 ekoran ketidakupayaan (incapacitation) Sultan Ismail Petra;

(b) Tetuan Rashid Zulkifli telah gagal untuk mengemukakan apa-apa keterangan perubatan (medical evidence) untuk membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk mengarahkan Firma tersebut bertindak bagi pihak Baginda berhubung dengan prosiding di depan Mahkamah Persekutuan sekarang; dan

(c) Tetuan Rashid Zulkifli juga gagal untuk mendedahkan apa-apa keterangan perubatan (medical evidence) untuk menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan affidavit yang didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No. 1, 2010 dan petisyen no 2, 2010 tersebut.

Kami juga ingin menyatakan bahawa:

(a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) boleh dan telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja;

(b) Kedua-dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra adalah tidak relevan dengan isu sama ada pindaan-pindaan berasaskan Perkara 3 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) adalah sah atau tidak; dan

(c) Pindaan-pindaan tersebut tidak sekali-kali mendahului (pre-empt) keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Pindaan-pindaan tersebut adalah satu isu yang berasingan dan berbeza daripada dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra tersebut.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kes jenayah pun disiar tipu tak macam laporan polis, utusan bohong tak patut baca