8 Sep 2010

Nak Gantung, Gantung Ajelah

AJK masjid dikunjungi MP PKR Selayang mungkin digantung

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mungkin akan menggantung jawatankuasa pengurusan Masjid at-Taqwa ekoran tindakan mereka membenarkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dari PKR berada di ruang solat masjid itu bulan lalu.

Namun menurut Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi, tindakan itu bergantung pada hasil siasatan kelak.

“Setakat ini kami belum buat keputusan kerana masih mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu.

“Kita juga akan dapatkan maklumat daripada Ahli Parlimen (William) itu juga kerana berdasarkan maklumat yang kita dapat, terdapat maklumat yang bercanggah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata keputusan rasmi akan dibuat sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh.

“Jika dakwaan itu benar kita akan ambil tindakan tegas dengan menggantung tugas jawatankuasa pengurusan masjid itu,” katanya.

Laporan minggu llau menyebut wakil rakyat itu dibenarkan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Namun William ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.

“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.

“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.

Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Mais memberi amaran kepada Teo manakala jawatankuasa pengurusan surau itu pula digantung tugas mereka.

Mais juga telah mengambil-alih pengurusan surau tersebut.

Ketika ditanya mengenai tempoh penggantungan jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda, Mohammed Khusrin berkata ia bergantung kepada keadaan.

“Ia bergantung kepada keadaan mungkin kita akan putuskan tempoh penggantungan itu dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Nak gantung gantung ajelah. Lagi baik kalau MAIS dapat gantung masjid tersebut sampai kaki langit, bukan sekadar AJKnya. Begitulah respons dan kemarahan beberapa ahli kariah masyarakat Selayang yang menghubungi GB.

Rakyat Selangor akan jadikan ini sebagai satu peringatan.... menjelang pilihanraya ke 13 nanti.

Eh, Hassan Ali mana? Dah panggil Khusrin belum? Atau masih sibuk melobi MB Selangor agar tidak terlucut jawatan exco?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita pun nak mintak MAIS ke JAIS ke ambil tindakkan menggantung NAJIB dari kabinetnya sebab pergi menziarahi Batu Caves... hehehe

Tanpa Nama berkata...

AJK kena Gantung...Masjid Tak Berfungsi.. Ini ke yang dikatakan memakmurkan masjid....tak faham..memalukan islam je..macam mana kafir nak hormat islam...orang islam pun tak hormat Islam (ALLAH & Rasul)..Mereka lebih hormat pada ketua yang terang terang fasik..

Tanpa Nama berkata...

macam mana nih? nak masuk masjid pun tak buleh mcmana nak masuk ISLAM, Masjid tuh rumah ALLAH,Tuhan semua manusia.Kalo manusia jauh dari masjid tak kira lah melayu,china,india dan bangsa2 lain di malaysia bagaimana mereka nak dapat sumber yang betul mengenai Islam, tak kan kita nak ngaji ngan utusan dan rtm alamat sesat lah semua manusia.Nyah kan umno dari bumi malaysia negara akan dapat majukan Islam dan semua Insyaallah akan selamat.