8 Sep 2010

BN Menunggu Rebah

Sokongan bukan Melayu paling kritikal pada BN

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sokongan orang bukan Melayu kepada Umno Barisan Nasional (BN) sekarang berada pada tahap paling kritikal.

Ini, katanya menyebabkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) mengeluarkan kenyataan kononnya PAS adalah parti ekstrem.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri menegaskan kenyataan itu dikeluarkan apabila dilihat sokongan rakyat bukan Melayu kini lebih memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Statement itu dibuat oleh pihak pemimpin yang tidak lagi berada di dalam kepimpinan Umno seperti Zam itu.

“Tujuan dia memang jelas di mana sekarang ini sokongan orang bukan Melayu kepada Umno BN sudah di peringkat yang paling kritikal. Itu sajalah puncanya,” katanya kepada media selepas mempengerusikan satu sidang media khas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sini, pagi tadi.

Zainuddin mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merampas harta-harta orang Cina semasa tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pula, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Ekoran itu laporan polis dibuat Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib (2 September), Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di Balai Polis Sungai Senam (2 September), Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yakub Abu Seman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar (2 September) dan Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Jamid Jamah di Balai Polis Batu Pahat (5 September).

“Sekarang ini sokongan rakyat bukan Melayu lebih memihak kepada Pakatan Rakyat yang mengandungi parti campuran Melayu iaitu PAS dan juga parti campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP iaitu parti yang didominasi orang-orang Cina.

“Jadi statement-statement seumpama itu, pada pandangan saya ialah statement yang cuba untuk memecahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat, itu saja, dengan harapan apabila orang Melayu marah kepada PAS maka PAS akan berpecah dan mengharap PAS sendiri akan menimbulkan pertelingkahan terhadap PKR dan DAP. Saya fikir, itu sajalah sebabnya,” kata Takiyuddin. -harakahdaily


Ibrahim bidas Setiausaha Agung Umno hanya mahukan undi Cina

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.

“Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas (gambar) ini kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: “Tidak perlu. Ini sudah cukup.”

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang. -TMI


Ulasan GB

Zainuddin Maidin perlu menggali kubur pemimpin PAS terdahulu untuk buktikan beliau berkata benar. Sekadar menunjukkan sekeping gambar yang beliau pernah mewawancara Tunku Abdul Rahman belum merupakan satu bahan bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya.

Tetapi siapalah Zainuddin Maidin ini? Teringat kita kisah di satu ketika beliau merepek tak tentu hala tatkala diwawancara oleh Al-Jazeera... I cant hear you, I cant hear you... hehehe

Mengenai sokongan bukan Melayu terhadap BN, memang ia tahap kritikal ketika ini. Itu sebab Setiausa Agung UMNO, Tg Adnan cepat-cepat menolak Ibrahim Ali dengan Perkasanya, kerana sebarang hubungkait UMNO-Perkasa akan menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap BN. BN bakal rebah kerananya.

Maka kemudian menjeritlah Ibrahim menyatakan Tg Adnan mengharapkan undi Cina, bukan undi Melayu.

Dan Tun Mahathir pun bangun juga menyerang PAS kononnya PAS peralatkan agama untuk kepentingan politik katanya. Sedangkan politik itu sebahagian dari agama yang lantarannya, Rasulullah berjuang menegakkan negara Islam pertama di Madinah. Tapi Mahathir tidak membaca sejarah Islam, tidak mendalami pelajaran Islam. Baginya agama itu perlu diasingkan dari politik, sama dengan pandangan majoriti ahli UMNO, pandangan sekularisma yang berasaskan kepada doktrin "Render unto Caesar the things which are Caesar’s, and unto God the things that are God’s" (berikan hak Caesar kepada Caesar dan hak Tuhan kepada Tuhan).

Itu sebabnya di dalam UMNO, memang tidak ada nilai-nilai agama seperti pahala dan dosa. Untuk jawatan dan kuasa, boleh berbuat apa saja - berbunuh pun tak apa.

Dan percayalah, UMNO hancur kerananya juga!

Jadi, samada Zainuddin, Ibrahim atau Mahathir, tidak perlu kita layan sangat. Buang tenaga dan masa.


4 ulasan:

Kuda Perang berkata...

ZAM, wartawan cikai d NST dulu.. kaki bodek kaki ampu, akhirnya dpt jd menteri penerangan... zamannya jd menteri dipaksa krew2 wartawan n jurugambar RTM ke Kelantan spy merakam gambar2 rumah orang2 miskin dan susah yang ada di sana... sampai krew hadapi macam2 cabaran, nak kena baling batu dn maki hamun dgn orang Kelantan... kesian mereka. Mai PRU ke-12 2008, alhamdulillah lingkup ZAM, jangan kasi can lagi muka CIKAI nih naik jd MP, sebab dia xda kegunaan sekupang pon!!!!

Cumi Manzui berkata...

Salam,
Che Det tu dah out dated. Biarlah dia lihat apa yang dia buat selama ni. Harap-harap doa allahyarham bekas presiden PAS termakbul agar dia dapat hidup untuk melihat kemusnahan yang dia buat.
Pada Ibrahim tu, dia sedang mencari nyawa (udara untuk bernafas) sebab penggalnya dah nak abis.
Bagi Zam lagi patut kita biarkan. Satu lagi keturunan India yang mengaku Melayu dan mendapat keistimewaan di atas perlembagaan Malaysia. Inikah Melayu yang akan pertahankan hak Melayu atau hak 'melayu' depa?

Tanpa Nama berkata...

betul tu Zam keturunan India mengaku Melayu samajuga Mahafiraun Madey kuty keturunan India mengaku Melayu duduk dalam UMNO. mahafiraun pernah berkata "Melayu Mudah Lupa" dan senang di perbodohkan..

Harap Melayu jangan lah lagi menyokong UMNOBN yang kaki penipu dan memperbodohkan Melayu..

Tanpa Nama berkata...

zam dan UMNO mengamalkan perkauman sempit