Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.
Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.
"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.
"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."
Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.
"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."
"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.
"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.
- Bernama
Ulasan GB
Setelah tersedar bahawa mereka salah, maka kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya. Alasannya: setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri!
Tergelak pun ada sedangkan sebenarnya mereka kecut apabila menyedari sokongan mereka terhadap tindakan saman ekor itu "menghina mahkamah" yang telah pun memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah salah dan bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
TPM, Menteri, Polis dan JPJ menyangka mereka kebal undang-undang, tapi sebenarnya mereka bebal undang-undang!
Keempat-empat pihak tersebut perlu diheret ke mahkamah untuk didakwa sebagai menghina keputusan mahkamah sekalipun kabinet telah memutuskan menarik balik tindakan menyenarai-hitamkan pesalah trafik kerana keempat-empat pihak tersebut BELUM memohon maaf di atas kenyataan-enyataan mereka.

Saman Ekor: Sokongan Muhyiddin, Hishammuddin, Kong Hina Keputusan Mahkamah
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kesa) PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mempertahankan tindakan mengeluarkan.
Beliau berkata kenyataan mereka seolah-olah menghina institusi kehakiman, tanpa mempedulikan dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak berkenaan isu saman ekor.
"Sudah tiba masanya untuk mengetengahkan isu ini, memandangkan wujudnya pelanggaran hak asasi seperti yang dimaktubkan di dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan," kepada Mahfuz kepada media selepas perjumpaan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Selasa lalu.
Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Sarawak telah memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah salah dan bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Maka apabila mereka meneruskan tindakan mereka menghalang mangsa saman ekor daripada memperbaharui cukai jalan, mereka telah membuat 'comtempt of court', penghinaan terhadap mahkamah, dan itu adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan.
"Dengan menyenarai hitamkan pengguna kenderaan, JPJ dilihat merampas kuasa mahkamah," jelas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Kata beliau lagi, menurut Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan, penguna kenderaan yang telah diberi notis patutnya dipanggil ke mahkamah dan diberi pilihan samada untuk mengaku bersalah ataupun minta dibicarakan.
Mahfuz berkata JPJ dan pihak polis dilihat merampas kuasa daripada mahkamah dan akhirnya menteri juga membelakangkan kuasa mahkamah dengan memberi hukuman tanpa merujuk kepada badan kehakiman.
"Maka tidak wajar bagi menteri ini menghina keputusan mahkamah dengan mempertahankan bahawa kenyataan mereka betul, sedangkan makhamah pula menyatakan sebaliknya.
"Saya berpendapat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) harus mengambil tindakan segera untuk membela rakyat tetapi khususnya tindakan tersebut perlu mendidik Muhyiddin dan para menteri agar menghormati mahkamah, sistem kehakiman dan Perlembagaan negara," tegas Mahfuz.
Walaupun gagal bertemu Kong minggu lalu beliau berharap dapat bertemu Hishammuddin untuk menyatakan bantahan terhadap kenyataannya.
"Jika enggan berganjak daripada pendirian mereka, maka lebih baik kita memansuhkan mahkamah yang membicarakan kes trafik, kerana saman cukup memadai. Saya minta jika benar kata-kata mereka, maka tutuplah sahaja mahkamah trafik," kata Mahfuz lagi.
Sebelum itu, Mahfuz bersama Setiausaha Kesa, Dr Siti Mariah, peguam Zulhazmi Shaarif dan Ahli Dewan Undangan Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani telah menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Mohd Sha' Ani Abdullah mengenai isu saman ekor yang dikatakan telah memangsakan lebih sejuta pengguna jalanraya.-SK
Ulasan GB
Setelah tersedar bahawa mereka salah, maka kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya. Alasannya: setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri!
Tergelak pun ada sedangkan sebenarnya mereka kecut apabila menyedari sokongan mereka terhadap tindakan saman ekor itu "menghina mahkamah" yang telah pun memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah salah dan bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
TPM, Menteri, Polis dan JPJ menyangka mereka kebal undang-undang, tapi sebenarnya mereka bebal undang-undang!
Keempat-empat pihak tersebut perlu diheret ke mahkamah untuk didakwa sebagai menghina keputusan mahkamah sekalipun kabinet telah memutuskan menarik balik tindakan menyenarai-hitamkan pesalah trafik kerana keempat-empat pihak tersebut BELUM memohon maaf di atas kenyataan-enyataan mereka.
8 ulasan:
kerajaan BN terdesak kerana PAS sekarang menerajui gerakan membela rakyat, sedangkan UMNO dan BN menindas rakyat.
teruskan gerakan anti saman ekor, PAS dan pakatan rakyat kini menjadi jaguh rakyat
Juak juak UMNgOk ni ingat merekalah paling berkuasa..suka suka saja nak kenakan rakyat..dah pokai sangat ke kerajaan zalim UBN?..dah habis ke duit rakyat dalam perbendaharaan dikorek malaun-malaun UBN?..Dah kering ke telaga PETRONAS disedut oleh mahazalim dan kroni kroninya?..Dah bangkrapkah FELDA dek auta Najib-Altantuya-Rosmah?..Dah pocek ke SIME DARBY kerana projek bakun atau duit rakyat ini buat sogokan kepada hakim hakim, polis polis, katak katak, ulamamak ulamamak bagi membuncitkan lagi perut mereka yang dah lama buncit dengan kebusukan...
penentang saman ekor yang perihatin kepada rakyat ialah PAS tapi kabinet yang menindas rakyat cari nama, jangan anggap orang melayu dan rakyat begitu bodoh
insuran sangat mahal kerana ditindas UMNO, bagaimana nak bayar roadtax????
PDRM dan JPJ berfungsi sebagi penguatkuasa dan juga hakim mahkamah.Malaysia sudah tak gunakan mahkamah lagi untuk perbicaraan.Masing-masing nak tunjuk taring.
Itulah kezaliman yang di lakukan olih pemerentah UMNO BN kepada rakyat Malaysia termasuk ahli ahli UMNO yang diperbodohkan oleh pemimpin UMNO, kenaikan insuran hampir 300% yang telah diluluskan olih UMNO hanya untuk kayakan lagi kroni dengan cepat dalam sistem pemerentahan Najib dalam agenda 1 Malaysia Rakyat didahulukan membayar segala kos pembazian, kepentingan kroni mereka..
Salagi UMNO memerentah Negara maka rakyat akan terus di tindas dengan berbagai cara termasuk saman ekor...
nak teruskan lagi pemerintahan UMNO, ada lagi ke melayu yang bodoh???
Catat Ulasan