Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh
Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan “rasa tidak puas hati, marah dan kecewa” berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.
Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.
"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan,” petik kenyataan itu.
"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?”
Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.
"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melengah-lengah),” kata keluarga itu.
Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.
Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.
Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'. -MK
Ulasan GB
Isu ini, telah GB ulas di SINI.
Apa yang GB cadangkan sebelum ini dipersetujui oleh keluarga mendiang bahawa:
"Sesiapa pun boleh menulis dan kemudiannya menyatakan ia ditemui pada si mangsa.
"Nota terakhir" itu perlukan siasatan terperinci. Perlu dilakukan siasatan forensik untuk dikesani bila ia ditulis, tangan siapa yang menulisnya, pena dan kertas apa dan mana yang digunakan, cap-cap jari siapa ada di atasnya dan keadaan yang bagaimana ianya ditemui."

9 ulasan:
nampak gayanya memanglah Allah yang telah menjadikan puak2 umno bee end kaki pembohong... tu yang rasa seronok sgt menipu dan mereka2 cerita. yang peliknya mengapa dah setahun baru nak keluarkan surat tu... inilah rancangan jahat umno bee end yang memang semenjak pemerintahan che det lagi dah menipu rakyat... bila diperintah oleh najib pula semakin menjadi2 maksiat dan segala macam jenayah... SEMOGA RAKYAT 1 MALAYSIA BUKA MINDA DAN FIKIRLAH....
Lawak bodoh yang menggambarkan kebodohan peguam negara dan kuncu kuncunya..dahlah bodoh kemudian nak memperbodohkan pulak rakyat marhaen..serupalah cam najib altantuya dahlah busuk lagi membusukkan, kebusukan tu pulak bersipongang keseluruh alam hingga memalukan rakyat marhaen..inilah yang dislogankan 'Rakyat didahulukan'..
rakyat sedang dizalimi BN yang ditunjangi UMNO, tukar kerajaan PRU13 insyaalah negara lebih adil dan makmur
Inilah akibatnya punya AG yang "under-qualified",naik pangkat berasaskan "jasa" kepada Mamak Kutty.Untuk mengekalkan kedudukan dia terpaksa ikut kata Najib dan UMNO.Itu saja kelayakannya.
Ada sesiapa di sini yang tulis nota peribadi siap bertandatangan? Biasanya nota ditulis secara simple2 je, tak perlu ikut format.
Tapi nota TBH siap ada tandatangan. Kah..kah..kah..
Nasib baik mendiang tak sempat hantar nota peribadi untuk di cop oleh pesuruh jaya sumpah.
banyak perkara rekaan oleh pakar rekaan ni macam tilam....
lepas ni mungkin keluar surat sumpah pula... orang melayu mudah ditipu UMNO?????
apakah peguam negara ni ingat rakyat malaysia ni bodoh macam puak2 umno yang memang mudah di perbodohkan tu... AGAKNYA PEGUAM NI DEMAM PANAS ATAU PUN BUANG TEBIAT KUT.... hanya orang2 umno yang bingung aje boleh percaya dengan cerita karut ni... macam nujum pak belalang la... pulak...
Catat Ulasan