Poligami Tanpa Kebenaran, Hukuman Mesti Tegas & Adil
Hukuman atas kesalahan poligami tanpa kebenaran, harus tegas dan perlu diselaras antara rakyat bawahan dan orang kenamaan, bukannya memberi kekebalan kepada pihak tertentu atau dilaksanakan secara berpilih-pilih.
Demikian tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang menyaksikan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Raden terlepas dari hukuman penjara.
Bercakap kepada TV Selangor, Khalid Samad menggesa jabatan agama dan mahkamah syariah supaya mempertimbang secara serius kewajaran hukuman penjara terhadap pesalah yang berpoligami tanpa kebenaran.
Beliau menegaskan setiap hukuman yang ditetapkan harus dilaksanakan secara adil baik terhadap orang awam mahupun orang kenamaan tanpa sedikitpun perbezaan.
“Saya rasa pejabat agama dan mahkamah syariah mesti memikirkan soal ini - sejauh mana mereka berasa peraturan yang wajar. Sekiranya mahu dilaksanakan dengan saksama.
"Jangan bila bila ada orang kenamaan diberikan dednda yang rendah dan kalau rasa hukuman penjara tidak sesuai dalam kes ini maka awal-awal lagi keluarkan hukuman itulah dari sistem hukuman,” katanya.
Dalam konteks ini, Khalid kesal kerana Bung Moktar selaku ahli parlimen gagal menunjukkan keperibadian terpuji.
“Sebagai penggubal undang-undang, Bung menunjukkan contoh yang tidak baik. Kalau ada peraturann yang dia tak setuju, sepatutnya dia bawa ke Parlimen, bukan langgar. Bila sudah langgar, hanya bayar denda RM1,000 - jumlah yang memang dia mampu bayar,” katanya.

9 ulasan:
Isu macam ni dah lama dah dalam Malaysia. Tengok aje la isu Kartika..mula2 bukan main lagi nak sebat, last2 denda aje..
Memang dah agak dah keputusannya..kalau melibatkan juak juak dan pencacai tidak akan dihukum mereka ini..rakyat memang dah tau dan akan memerhatikan hakim hakim yang korup dan mempermainkan undang undang..bila masanya tiba mahkamah rakyat akan mengadili kesemua hakim hakim yang penakut, dayus dan bacul ini..tambahan hakim hakim mahkamah rayuan yang terang terang mempersendakan undang undang..jagalah kamu semua..tak lama dah..
Yang merosakan sistem perundangan dan kehakiman ialah Umno-BN. Hukuman dan tindakan tidak akan diambil jika pemimpin2 Umno-BN buat kesalahan.Hakim-hakim bukan takut kepada hukum tuhan tapi mereka takut hilangnya jawatan dan pulus meskipun keputusan itu benar2 melihat segala keputusan hakim menjadi tidak ikut fakta dan bodoh.
Dinegara2 maju atau negara2 lain, Hakim dilihat sebagai penegakan undang2 tapi dinegara kita Hakim2 sebagai penentu keputusan bodoh kepada orang2 politik Umno-BN.
Untuk Kerajaan adil dan telus, tolak Umno-BN dalam PRU 13.
insyaallah kerajaan lebih adil jika tukar BN dengan pakatan rakyat PRU13
Kalau diteliti komen hakim Syariah mengenai Bung Mokhtar,nampak sangat hakim memberikan perlindungan kepada Bung Mokhtar.Antara komen hakim," Bung Mokhtar tak terlibat dengan membuat undang-undang Syariah negeri Selangor,kerana dia bertugas diParlimen".Ini sah kata-kata orang bangang.
You Tube....
"Dah kahwin?"
naik najib rakyat jadi melarat dan kehakiman terganggu
menteri BN/UMNO buat salah ok, rakyat buat salah macam saman ekor salah, lihat saman ekor kereta kerajaan negeri kedah masa UMNO perintah RM ratus ribu....
Ini yang membuat orang lagi meluat dengan Islam sebab orang Islam sendiri menyeleweng, salah guna kuasa, rasuah, ...
Oh. silap AKU, bukan orang Islam yang berbuat sedemikian tetapi orang Melayu. Melayu boleh atasi Islam. Ini hanya berlaku di Malaysia. Inilah orang yang menghina Islam dan hukum-hukumNya.
Asyik dok kata orang bukan Islam menghina Islam. Yang kita dok buat apa? Inilah kelebihan orang Melayu kita, tuntutan bangsa melebihi tuntutan agama. Buat malu aja. Haram jadah sungguh manusia ni....
Catat Ulasan