Tindakan bekas Exco Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang yang mewakili KEADILAN, Tan Wei Shu yang mengumumkan keluar parti hari ini dan menjadi ADUN Bebas tidak akan menjejaskan kekuatan parti atau sokongan rakyat terhadap KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat, Suara Keadilan dipetik.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika dihubungi Suara Keadilan berkata tindakan Tan itu telah dijangka kerana beliau tidak berpuas hati setelah parti membuat keputusan untuk mengugurkan beliau daripada jawatan Exco.
"Langkah beliau tidak ada kesan kepada parti kerana sudah kita jangkakan. Beliau banyak merungut setelah digugurkan itu kita tahu. Beliau digugurkan kerana masalah prestasi kerja dan kita mahukan seorang Exco yang mampu memperjuangkan kebajikan dan melakukan yang terbaik untuk rakyat.
"Kita telah melalui banyak proses ini (keluar parti) dan mereka yang berbuat demikian adalah individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan komited kepada perjuangan parti. Saya yakin parti akan lebih mantap dan kukuh selepas mengharungi pengalaman pembersihan elemen yang tidak ikhlas dalam perjuangan parti," kata Dr Wan Azizah.
Ditanya sama ada tindakan Tan akan menjejaskan perjalanan kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, bekas Ketua Pembangakang wanita pertama negara itu berkata ia sedikit pun tidak mempunyai kesan kepada jentera parti atau sokongan rakyat kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Tan, 54, digugurkan daripada jawatan Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina,Sumber Tenaga Manusia, Pengangkutan 10 Mac lalu dan tempat beliau digantikan oleh ADUN Sidam, Tan Chow Kang.
Beliau merupakan wakil rakyat KEADILAN kedua yang mengisytiharkan keluar parti. Sebelum ini ADUN Lunas, Mohd Radzi Salleh berbuat demikian pada 23 Ogos 2009.
Tindakan mereka dibuat pada ketika Pakatan Rakyat berhadapan dengan pilihan raya kecil masing-masing di Permatang Pasir dan terkini di Hulu Selangor.
Ketua Pengarah Strategik Keadilan Tian Chua menyatakan tindakan Tan Wei Shu keluar dari Keadilan adalah disebabkan beliau kecewa kerana gagal memikul tanggungjawab yang diberikan sebagai exco negeri sehinggakan gagal untuk terus menjawat jawatan tersebut.
Menurutnya lagi, Tan Wei Shu juga tidak mampu menjadi seorang Adun kepada rakyat kerana beliau tidak mampu untuk bertutur fasih dalam bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris.
"saya sudah duga beliau akan keluar parti kerana sebelum ini PR telah pun membincangkan kelemahan Adun ini dimana tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai exco negeri dan ada juga beberapa perkara yang menyebabkan beliau tidak diterima parti.
" Saya percaya bahawa beliau telah mengetahui mengapa beliau kecewa dengan pucuk pimpinan parti dan beliau perlu akur akan kelemahan diri beliau sendiri yang menyebabkan beliau disisihkan,"katanya.
Tian Chua berkata, PR tidak memerlukan pemimpin seperti Adun Bakar Arang yang akan memudaratkan parti berikutan beliau sendiri tidak mempunyai identiti terbaik untuk mewakili rakyat sebagai Adun.
"PR tidak inginkan wakil rakyat yang tidak beribawa dan mampu merosakkan parti.
"PR sentiasa beri laluan terbuka pada pemimpin yang tidak mampu melaksanakan tugas agar meninggalkan parti kerana kelemahan yang ada pada mereka akan membinasakan parti yang semakin kukuh,"katanya lagi.
Tian Chua menyifatkan bahawa Adun Bakar Arang mungkin telah dibeli oleh pimpinan parti Barisan Nasional yang menggunakan para pembelot parti Keadilan untuk bersama-sama bersetolongkol kearah kehancuran.
Ulasan GB
Kan lebih baik Tan Wei Shu berterus terang daripada terus menipu dan berbohong.
Dari pengamatan rakyat Malaysia, kesemua kaki lompat termasuk Tan "membaca teks yang telah disediakan" oleh pihak tertentu.
Kalau yang lepas-lepas isi kandungan teks nya hampir serupa dan berjaya dihidu oleh rakyat, kali ini diubahkan struktur ayat dan bahasa. tetapi menjurus kepada hujjah yang sama : tidak yakin dengan pucuk pimpinan parti.
Broker kali ini menyembunyikan diri setelah dibelasah hebat di dalam beberapa siri sidang media katak-katak yang lalu.

3 ulasan:
apa nak buat..semua adun & mp kita kebanyakan bidan terjun.. kini baru tahu mana kawan mana lawan..sebenarnya kita ramai oarng yg berjuang dari dulu..yg sanggup kena penebih mata..air asid...termasuk lah saya...bukan anak angkat bakul..tapi kenyataan.
aku plak percaya yang dia tak puas hati sbb digugurkan daripada jadi exco..alahai macam kat perlis tu jugak..tapi dia ni mengada2 tak nak lepas jawatan.. ahahahaa
Kompom 100 % kena beli maa..Dekat mengundi ni.....
Catat Ulasan