15 Apr 2010

Muhyiddin Bakal "Ditelanjangkan" Di Hulu Selangor, Zaid Cabar Muhyiddin Isytihar Aset

Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.

Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.

Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah.

“Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.

Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.

“Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya,” soal Zaid sambi berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.

Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengana ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumh di Dubai, London dan Australia.

“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya,” katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

“Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain,” katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.

Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat.

“Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat,” kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.

“Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan,” tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin.

Ulasan GB

Muhyiddin ni lansung jadi TPM lansung tak layak, tapi nak berlagak.

Beliau hanya layak jadi Gurubesar sekolah , sekolah menengah pun tak layak, hanya sekadar sekolah rendah.

Itu sebab Muhyiddin minta Najib jadi menteri Pelajaran. Tak mahu pegang kementerian lain. Sebab tahap mentalitinya hanya di situ, tahap guru sekolah.

Maaflah kritikan GB di atas melampau agaknya. Tapi itulah hakikatnya.

6 ulasan:

Jebon berkata...

Salam tuan GB... sebenarnya guru besar sekolah rendah pun tak layak. Yang selayaknya ialah guru besar sekolah tadika.

Ada satu lagi karier yang layak untuk beliau ialah jadi TOK BOMOH

PAKTIM berkata...

GB....tolong perbetulkan tajuk diatas, ejaan zahid (zaid)

Siswa berkata...

Muhyiding memang weng.

Mula2 cakap si zaid ada duit byk.

lps tu cakap penduduk hulu selangor nk pembangunan.

Habis selama ni BN kasi pembangunan bukan melalui duit ke?

So tepat la klu lantik org yg ada duit byk utk zahirkan pembangunan.




Lagi dia cakap, lagi bodoh aku tengok.

Sape2 dlm umno tlg terajang mamat ni dari jadi timbalan perdana menteri boleh x?

Tanpa Nama berkata...

GB... Jgn buat perumpamaan begini:"Sebab tahap mentalitinya hanya di situ, tahap guru sekolah". Sian kepada para pendidik kita yg memang mempunyai ilmu yg tinggi.. Keciil hati diorang. Harap teguran ini membina. TQ

Tanpa Nama berkata...

BN cakap..je..pembangunan kepala otak dia lah berjambu..apa dah jadi dengan pembeli rumah bukit beruntung..pemaju Talam....kroni yang untuk..pembeli tanggung hutang bank..muflis...14 tahun pembangunan apa..syarikat kroni air adalah kat situ.

Tanpa Nama berkata...

GB, harap tak perlekehkan guru, tanpa guru kita tak dapat bezakan lukisan atau tulisan :)

selamat hari guru (16 Mei)