Kegagalan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel untuk hadir di majlis pengumuman calon BN P Kamalanathan mencetuskan persoalan sama ada beliau kecewa kerana tidak terpilih mewakili BN.
Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN Hulu Selangor, tidak kelihatan langsung kelibat Palanivel yang sebelum ini disebut-sebut akan dipilih.
Seorang lagi pemimpin MIC yang turut dispekulasikan V Mugilan bagaimanapun hadir dan bersalaman dengan Kamalanathan.
Ditanya berhubung perkara itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mengakui bahawa Palanivel mungkin “sedikit kecewa”.
“Mungkin beliau ada tugas lain atau sedikit kecewa. Kalau kita sendiri pun, mungkin ada perasaan sebegitu,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pilihan BN di hadapan kira-kira 2,000 penyokong di Bukit Beruntung.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin bagaimanapun berkata, beliau mahu Palanivel terus membantu bagi memastikan kemenangan BN di kawasan Parlimen tersebut.
"Saya nak sebutkan dalam rekod di atas pentas ini, saya ucapkan terima kasih berbanyak-banyak kepada Datuk G Palanivel," katanya.
Katanya, Palanivel telah berjasa selama empat penggal bagi kawasan tersebut.
"Apa saja yang orang kata, dia sudah ada jasa. Kita perlu letakkan penghargaan itu di tempatnya," katanya lagi.
Katanya lagi, keputusan itu juga diambil dengan mengambil saranan daripada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahukan kerusi parlimen tersebut kekal dengan MIC.
Jelasnya, beliau maklum dengan saranan daripada sesetengah golongan yang mahu kerusi itu diserahkan kepada Umno memandangkan majoriti penduduk di situ adalah kaum Melayu.
"Walaupun kita tahu MIC mewakili masyarakat kecil tapi mereka tetap perlu dibela, diberi tempat di parlimen atau DUN... kita tidak tamak," katanya.
Tambahnya, berdasarkan maklum balas, pengundi-pengundi di situ juga mahukan wakil daripada golongan muda.
"Banyak yang mahukan perubahan. Mereka mahu nafas baru untuk Hulu Selangor," katanya.
Jelasnya lagi, beliau telah mengadakan perbincangan yang panjang dengan pemimpin BN, khususnya dengan Datuk Seri S. Samy Vellu selaku Presiden MIC.
Dengan berseloroh, beliau berkata perbincangan demi perbincangan itu menyebabkan beliau tidak cukup tidur.
"Apabila saya buka mata saja saya nampak Datuk Samy Vellu," katanya yang disambut gelak ketawa para hadirin.
"Saya sangat gembira melihat beliau tersenyum hari ini... Kalau beliau senyum, semua orang akan senyum," tambahnya. -mk
Ulasan GB
Ya, sebelum ini MIC amat mempertahankan Palanivel, ada yang menyatakan akan memboikot PRK jika Palanivel tidak dicalonkan. Berpatah arang berkerat rotan bahagian-bahagian MIC pertahankan Palanivel.
Alih-alih nama orang lain yang diumumkan.
Ada juga desas-desus, Palanivel akan dilantik Senator dan kemudian Timbalan Menteri. Itu kompromi politik di dalam BN. Samy Vellu ada angguk. Satu bentuk rasuah yang telah lama dilakukan oleh BN.
Tapi Mugilan juga akan dapat habuan sebab namanya juga disebut-sebut sebagai bakal calon tempohari.

3 ulasan:
Sebenarnya dia ada kat situ tadi, cuma orang tak nampak dia je.
Alaa.. Apa nak merajuk, kan ke dah dijanjikan akan dapat lebih 'habuan' kelak? Pura2 malu la tuu...
dulu kini dan selamanya....
ITULAH SLOGAN YG DIPEGANG OLEH UMNO BEE END. tak habis2 dengan janji... kaki rasuahlah katakan...
Catat Ulasan