Pemimpin UMNO di negeri ini didakwa sedang berlumba mengumpulkan harta kekayaan masing-masing setelah menyedari Barisan Na-sional (BN) tidak berpeluang untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.
Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia terbukti apabila majoriti tender projek yang dikeluarkan kerajaan dimonopoli pemimpin UMNO, sekali gus membuktikan hakikat bahawa parti itu mengutamakan kroni.
“Cerita pemimpin UMNO sedang ‘besarkan perut supaya kenyang’ sudah menjadi buah mulut rakyat khususnya di kedai kopi dan lebih mengejutkan, penyokong kerajaan sendiri turut bercakap mengenainya.
“Ini berlaku kerana mereka tahu rakyat tidak akan memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum nanti kerana mengalami krisis kepimpinan yang begitu serius,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, mengumpulkan harta dilihat sebagai perkara penting kepada orang UMNO dan atas sebab itu kebajikan rakyat bukan lagi fokus utama melainkan usaha memperoleh projek yang mampu ‘menebalkan’ poket.
Beliau berkata, memang benar penubuhan UMNO satu ketika dahulu khususnya zaman pemerintahan Tun Razak Husein adalah berjuang membasmi kemiskinan dan membantu rakyat namun sekarang matlamatnya jauh tersasar.
Malah katanya, sikap mencari kemewahan bukan sahaja berlaku di negeri ini, sebaliknya turut berleluasa di negeri pimpinan BN lain termasuk kepimpinan Kerajaan Pusat sendiri.
“Perjuangan UMNO sudah jauh tersimpang dan Pas bersama pakatan pembangkang akan berusaha mengembalikan semula hak rakyat.
“Rakyat sudah bosan sebenarnya dengan sikap pemimpin UMNO dan mereka akan jatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum nanti,” katanya. -SH

2 ulasan:
kerana itu lah sekarang ni najib juga sedang berusaha untuk menjual segala harta dan tanah2 di malaysia ini kepada pelabor asing terutama yahudi spt yang diberitahu oleh DSAI. ini semua untuk 1 malaysia yang sedang diperdaya oleh NAZAK (najib razak) ni.... sampai bilalah agaknya rakyat malaysia (melayu) nak sedar diri ya...
Rakyat akan bangkit. Tunggu apa lagi?
Catat Ulasan