Pengenalan tiga langkah yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menonjolkan diri sebagai pemimpin anti rasuah, sebenarnya rapuh dan tidak menyeluruh sedangkan gejala rasuah sudah terpasak kuat dalam pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.
Pimpinan Pakatan Rakyat mendapati tiga langkah itu bukan sahaja tidak konkrit dan menggambarkan cadangan Perdana Menteri itu hanya perhiasaan dan tidak mampu memberi tekanan kepada golongan kaki rasuah.
Pakatan Rakyat selama ini secara tegas dan lantang mahu gejala rasuah ditangani secara menyeluruh dan tidak hanya bergantung kepada proses penandatangan akuan tertentu semata-mata
Mengikut cadangan Najib, semua pembida perlu menandatangani Surat Akuan Pembida manakala pembida yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya dan teks perjanjian mengandungi klausa Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membangkitkan isu PKFZ yang lengkap dengan tandatangan pelbagai dokumen tetapi gejala rasuah tetap berleluasa.
“Pada saya tidak hanya pada tandatangan sahaja. Kita tengok isu PKFZ, bukan sahaja ada tandatangan tetapi pelbagai perkara jelik berlaku. Jadi soal ia bukan soal tandatangan sahaja tetapi kepada seluruh sistem itu," katanya.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pula menganggap cadangan Najib hanya perhiasan dan tiga langkah itu bukan sahaja tidak mampu membanteras rasuah, bahkan mengurangkan gejala itu pun belum tentu.
“Sekarang ini, dari segi amalannya, terdapat sesetengah pegawai tinggi, tengok harga tender itu dan adjust (buat penyesuaian). Perkara ini memang berlaku. Tidak perlu membuat surat tetapi kena ada pelaksanaan secara menyeluruh," katanya. -TVS

4 ulasan:
Calon yang terbukti rasuah dibagan pinang pun dipilih najib, boleh percaya???
gimik politik najib nak pilihanraya, pemimpin UMNO rasuah kenapa tak singkir
Teruskan perjuangan YB! Sokongan akan diutamakan. Insya Allah. Puak-puak yang pro rasuah tu kalau tak kena hukuman di muka bumi nanti, tengoklah mereka akan terima selepas masuk liang lahad sehingga Hari Kiamat. Mudah-mudahan. Allah Maha Adil.
bagaimana pengamal rasuah nak hapus rasuah, rakyat dah tak bodoh
Catat Ulasan