2 Apr 2010

Timbalan Speaker Berat Sebelah, Hanya Bertindak Ke Atas MP Pakatan Rakyat

Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Chong Eng telah digantung sepanjang baki hari ini pada prosiding Dewan Rakyat apabila bertikam lidah dengan Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan).

Pertikaman lidah bermula apabila ahli-ahli parlimen wanita Pakatan Rakyat bangun untuk menyoal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu cuti bersalin bagi kakitangan-kakitangan kerajaan.

Menurut Chong Eng, kerajaan persekutuan, tidak seperti kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor, memberi cuti bersalin hanya 60 hari dan bukan 90 hari.

Pada ketika ini, Bung Mukhtar bangun dan berhujah bahawa kerajaan telah melaksanakan kemudahan cuti bersalin selama 90 hari.

"Kerajaan telah pun memberi cuti 90 hari walaupun mereka hanya meminta 60 hari," kata beliau, lalu dibantah oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.

Chong Eng kemudian menuduh Bung Mukhtar berbohong. Sebagai tindak balas, ahli parlimen BN itu melabel ahli parlimen DAP itu sebagai "kaki manipulasi".

Keadaan menjadi bertambah hangat apabila Chong Eng membangkitkan Perintah Tetap 36 (12) untuk dikenakan ke atas ahli parlimen Sabah itu kerana mengelirukan dewan.

Pada masa sama Chong Eng menggesa supaya Timbalan Speaker Ronald Kiandee mengambil tindakan terhadap Bung Mukhtar

Bagaimanapun, Kiandee menyatakan Bung Mukhtar tidak bermaksud apa yang dikatakannya dan beliau hanya berjenaka. Oleh itu, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap beliau.

Insiden ini telah mencetuskan protes baru dan Kiandee mengambil tindakan untuk menggantung Chong Eng sepanjang baki hari kerana beliau enggan mengalah.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa la sengal sgt abg bung ni...celah mana kerajaan bg cuti 90 hari cuti bersalin...agaknya abg bung masih dibuai mimpi honeymoon xhabis2 lagi kot.ke mmg dia xtau...MP apa ni?rakyat pn tau cuti bsalin 60hari ja.apa punya turr....

Tanpa Nama berkata...

Mamat tu baru dapat teman tidur baru, dia mamai dengan bini gebu tu, lalu terlupa fakta sebenar. Oii... tak habis lagi berbulan madu?

Tanpa Nama berkata...

Speaker dan timbalan Speaker hanya jadi barua saja dalam parlimen

Tanpa Nama berkata...

abihlah rakyat malaysia cam ni..diluar dewan polis makan sebelah..sprm makan sebelah...hakim makan sebelah...spr makan sebelah..mana ada keadilan di malaysia. yang betoi UMNO haprak saja!