6 Mac 2010

Zulkifli Tak Tahu Malu, Ingin Kekal Sebagi MP Walau Didesak Kosongkan Kerusi

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun tegasnya, Umno dan komponen Barisan Nasional bukan pilihanya.

"Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPPPKR) yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat dari parti.

"Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 September 1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.

"Keputusan hari ini jelas membuktikan bahawa parti sudah dikuasai sepenuhnya oleh 'firaun-firaun kecil' yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Ini juga membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebelum itu mengesahkan pemecatan berkenaan selepas keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan MPPPKR yang diadakan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Sementara itu, Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

"Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya.

"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kini menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti.

"Saya berharap mereka akan menghentikan serta-merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih," ujarnya.

Beliau meminta pihak-pihak tertentu jangan mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap membuka segala-galanya dan mendedahkan semua keburukan mereka. -MSTAR

Ulasan GB

Muka tak tahu malu ZulKulim ni:

1) Beliau menyatakan: beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti

Sedangkan yang sebenarnya pengundi memilih parti bukan Zulkifli.

2) Beliau menyatakan: tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Sedangkan PAS sentiasa memperjuangkan Islam hanya Zulkifli yang buta hati tak dapat melihat kebenaran itu. PAS pernah pecat Presidennya sendiri Datuk Asri apabila Asri lari dari memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya memperjuangkan "kebangsaan".

3) Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

Sedangkan beliau telah dengan angkuh berjalan keluar dari Lembaga Disiplin PKR dengan alasan anggotanya tidak beragama Islam sedangkan beliau dihadapkan ke lembaga disiplin bukan kerana kalimah Allah.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah atas keputusan bijak memecat Zulkifli Noordin. Orang macam ni tak perlu dalam memperjuangkan islam dan parti. Hati-hati dengan perjuangan orang sebegini, pentingkan diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

bagi saya saya berpendapat,tak perlu menekan supaya YB zul letak jawatan kerana jika ada pilihan raya duit rakyat akan melayang banyak. keadilan parti yg mementingkan keadilan sejagat bukan?. jadi kepentingan kewangan negara perlu di ambil kira. Jika rakyat kulim bandar baru nak perubahan YB, minta tunggu PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

pengkhianat perlu dinyah keluar dari parlimen.

zulkulik makan wang secara haram bila mengkhianati amanah.

Tanpa Nama berkata...

mcm ni punya org pun boleh jadik wakil rakyat.... ckp mcm org tk siuman..tk pakai otak n menyangka org lain bodoh buta huruf!

Tanpa Nama berkata...

ada jugak YB a.k.a peguam macam ni? pelik pulak.......

mudz berkata...

YB Zul boleh join PIS Parti Iman SeMalaysia....

Jebon berkata...

Suruh je dia join parti PBS di sabah. Nanti bolehlah dia tarbiyah orang-orang kristian kat parti tu. Kalau PBS tak nak terima dia suruh dia join parti Tai Rak Thai kat Thailand sana tu, lagi baik.

Dipersilakan BERAMBUS...

sydeen aka saidin berkata...

YB zul pun boleh sertai PUS, Parti Urus Sendiri.....

Tanpa Nama berkata...

YB Zul boleh sertai PAS.
Lebih baik perjuang Islam dalam PAS. Dalam PKR tiada ruang untuk perjuang Islam. Parti sekular kan tu.
Umno tiada dalam list dia insyaAllah.
YB Khalid Samad pun dah kena gantung, takla bertembung nanti.
Tak perlu juga letak jawatan MP. Sebab bukan dia lompat mana2 pun. Tak termasuk dalam kategori MP lompat yg katakan TGNA tu.

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

Sekalipun beliau sebelum ini adalah ahli PAS, dan akan cuba untuk menyertai PAS semula selepas dipecat dari PKR, PAS dipercayai tidak akan dapat menerimanya demi untuk menjaga keutuhan Pakatan Rakyat dengan menghormati keputusan rakan komponen PR yang telah memecatnya. Sekalipun ada segelintir ahli PAS terutama kumpulan yang tidak suka Khalid Samad dan mereka yang menyokong gagasan UG sebelum ini telah menunjukkan sokongan kepada tindakan Zulkifli namun, bilangan mereka tidak ramai.

Ali Kajang berkata...

Ada satu lagi parti yang berkemungkinan akan terima mangkuk ni iaitu PARTI KHAIRAT KEMATIAN yang baru ditubuhkan di Perak Express.

Pak Mat tolong komen. Boleh terima tak mangkuk ni?

Tanpa Nama berkata...

kepada yb zul klau nak tgor pinpinan atasan ikut la landasan yg betul..
bukanya tiba2 kluar kat media pro umno pas tu hntam parti sendiri.. itu kerja org gila..

saya sokong 100% dia di pecat..
sepatutnya dari awal lagi..
cadangan dia tu..
nak jadi duri dlm dagin la tapi xsempat..

sekarang sape yg malu kan diri sendiri yg malu kena buang...

klau kluar dgn rela ada la jugak org angap pminpin pkr tingalkan pkr..

klau kat kilang2 la..klau pkeja tu krna buang org akan angap nagetif sama ada pkeja itu mcuri atau malas..
angapan spt ini sudah mjadi lumrah manusia...

sekarang sape yg malu kan diri sendiri yg malu..

kemana kau nak pi skrang?

masuk bebas? kau akan di pangil pengecut..

pgi ke umno? umno kau dah hentam
xkan dah ludah jilat blk..

pgi ke dap? dap kau dah kata tampa dap kau boleh bjuang..

pgi ke pas? xkan pas nak terima org yg xbleh bkawan dgn org..
klau terima pun mnyusahkan pati je.. spt duri dlm dagin..

mcm ni lah aku syorkan..

kau jadi lah zul rembo
berjuang sorang2 xpayah pakai jamaah..

xpun bjuang mcm ayah pin ok gak ye?..
eh ayah pin ada jamaah woo..
dipangil jamaah ayah pin he..he..

FaridShah berkata...

puak2 ni sekali aje la merasa jadi YB. taktau la kot2 jd calon utk 'dacing' pulak atau menang atas tiket BEBAS dlm PRU akan dtg..

masuk PAS?
khabarnya PAS pernah menolak dia sbg calon dlm PRU. betoi kah..?

Unknown berkata...

kpd yb zul..pguam apa kmu ni otak letak kat lututkah..sedangkan kerbau pun boleh brfikir brerti kmu ni lebih bodoh dr kerbau kot..he he he..

hussin berkata...

dia ni pernah jadi ydp pas kws bdr tun razak.

dah keluar pas, nak masuk pas lagi? kalau ya pun, takkanlah pas nak tambah ahli parlimen pun secara shortcut jugak? mungkin dia sebulu dengan jln raja laut? saman khalid samad tu kira dah kuat tu...

pas, tolong jangan buat kerja bodoh...

pas dah buang banyak masa kerana mimpi perpaduan, terkial2 dengan kelab penyokong pas. dalam 2/3 kerat ahli parlimen pkr melompat, 1,400 orang ahli ppp masuk pkr. nampak kebijaksanaan pas berpolitik, dalam rakyat mulai tolak umno, pas pulak mahu berpadu dengan umno dengan alasan2 yang tak pernah disebut sebelum pru 12...

menerima loyar ni kembali kepada pas memperlihatkan lagi penambahan kecerdikan pas dalam politik. pkr dah tendang dia keluar, dengan menerima dia balik kepada pas dengan apa alasan sekali pun, pas akan mengguris hati pkr...

lagi pun rakyat pas bdr tun razak kenal benar dengan si loyar ni...

Tanpa Nama berkata...

Al Ustaz Al Palsu ni cakap berdegar-degar tentang halal dan haram tapi tetap melantak gaji yang tak halal kerana khianat pada jemaah . Bagi makan anak bini .Issyyy ... Dia lupa kot Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa setiap daging dalam tubuh badan yang berasal dari pendapatan haram akan di jamah oleh api neraka.... Nauzubillah

anti hipokrit berkata...

takkan Zul berhajat nak masuk PAS? Saya rasa tidak kerana ini berlawanan dengan prinsipnya iaitu menolak UMNO, sedangkan ada pimpinan yang beria-ia nak berkerajaang perpaduang dgn UMNO. Nanti bermasalah pulak dengan geng UG.
anakala geng anti-UG juga sudah tentu tidak dpt menerima Zul kerana isu kalimah Allah yg tak sependapat dengan Khalid Samad... So rasanya parti yg sesuai ialah AKIM iaitu Angkatan Keadilan Malaysia. Rasanya dia boleh jadi Presiden AKIM dan bolehlah bertanding dlm PRU nanti...